Bab 26

146 2 0
                                    

Udara pagi yang segar membuatkan jiwa Ain berasa tenang sekali. Dengan langkah yang ringan, dia melangkah masuk ke pasar Marsiling yang berhampiran dengan Sekolah Menengah Si Ling. Ain berjalan dengan perlahan-lahan kerana risau jika dia terjatuh kerana lantai yang licin.

Hari ini Ain kelihatan begitu manis sekali bersama dress labuhnya yang berwarna biru gelap bersama dengan pashminanya yang berwarna hitam. Sekali lagi Ain memeriksa kertas yang dicatat olehnya bagi barang-barang pasar yang perlu dibelinya.

Apabila Ain sudah pasti bahawa semua barang-barang dapur sudah dibelinya, dia menuju ke kedai makan yang bersebelahan dengan pasar tersebut. Mata Ain berkeliaran mencari kelibat abangnya dan Syafiq.

"Ain? Ain ke ni?" Ain menoleh ke kiri untuk melihat siapa si pemanggil tersebut. Dengan pantas Ain bersalaman dengan Puan Insyira lalu melemparkan senyuman manis sambil mengangguk kepada Encik Ismail.

Puan Insyira mendakap Ain dengan erat. Sememangnya, dia amat merindui Ain kerana sudah menganggap Ain seperti anaknya sendiri. Hati Puan Insyira dan Encik Ismail berasa bahagia apabila melihat Ain bertudung.

"Ain!" Suara Syafiq meleraikan pelukan Puan Insyira dan Ain. Syafiq pun menghampiri Ain untuk menolong Ain mengangkat barang-barang pasar yang berat. Kasihan dia melihat tubuh kecil molek itu mengangkat barang-barang pasar yang berat.

"Mana Abang Fiq pergi? Penat Ain cari," suara Ain kedengaran manja sekali di telinga Syafiq. Teringin sekali dia mencubit pipi gebu dan comel kepunyaan Ain.

Akan tetapi, apa yang Syafiq boleh lakukan sekarang hanyalah tersengih. "Abang Irfan ada dekat hujung sekali. Pergilah sana dulu. Abang Fiq nak letak barang-barang pasar dekat kereta dulu."

Sebaik sahaja kelibat Syafiq tiada, Puan Insyira memulakan bicara. "Ibu rindukan Ain.. Dah lama Ain tak datang rumah. Ain dengan Shah gaduh ke? Bagitau dengan ibu. Biar ibu backhand dia nanti."

Ain melabuhkan punggung di sebelah Puan Insyira. "Mana ada gaduh, ibu. Berbual pun tidak. Entahlah, ibu. Masing-masingkan sibuk. Itu yang dah tak rapat lagi."

"Ibu rindukan Ain," Puan Insyira meluahkan perasaannya.

"Ibu je? Ayah tak rindu Ain ke?" Usik Ain.

Encik Ismail ketawa kecil. "Ayah pun rindukan kamu. Jenguk-jenguklah kami selalu."

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now