Ada rasa yang cuba dinafi
Lantaran ego yang menakluki
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Tet...tet...tet...tet...
Bunyi yang cukup kuat tetapi tidak membingitkan, datang dari monitor paparan tanda vital pesakit seperti menghantar frekuensi kecelaruan yang hebat ke dalam jiwanya.
Sungguh, celaru yang sukar dirungkaikan. Dari mana punca dan sumber yang menjadi kekusutan.
Terkaku dia merenung sekujur tubuh yang masih nyenyak terbuai di alam lena selepas pertarungan nyawa.
Berbekalkan tangan magisnya, 'hidup' menewaskan 'kematian'.
Bersaksikan kepakarannya, 'harapan' menumpaskan 'penderitaan'.
Seperti selalu, itu yang akan didendang-dendangkan. Hatta, kebolehan itu sering menjadi kebanggaannya sendiri.
Tapi, kini...
Dengan kekemasan kepalan tangan magisnya, turut dirasakan ranap kesemuanya.
Kebanggaannya...
Musnah! Punah!
Apa jenis permainan takdir yang terpaksa dihadapnya lagi? Apa yang ingin ditunjukkan?
Tapi bila difikir-fikirkan kembali, kemusnahan itu bukan keseluruhannnya terletak di pihaknya. Baru lagi dia menuntut hutang darah yang belum terlangsai dari gadis itu, kini ditambah hutang nyawa turut harus ditanggung. Bertimpa-timpa hutang gadis itu kepadanya lantas memberi kelebihan dipihaknya.
Entah apa yang merasuk dia, agendanya seakan sudah tersedia. Hanya tinggal dilaksana.
Tanpa disedari, bibirnya tersenget penuh sinis. Namun, dasar matanya tetap dibayangi rasa yang tak terluah.
Tersembunyi keperihan yang cuba dinafikan.
Cerminan jiwa bergolak yang cuba ditolak.
Enggan mengakui mahupun akur lantaran ego yang menakluki.
Nuf menekur menongkat katil. Hanya bicara bisu tercipta sehala menembusi kelopak mata yang terkatup rapat di bawahnya.
"Doktor," tegur seorang jururawat yang baru masuk ke dalam unit rawatan rapi.
Nuf tidak membalas. Malah tidak berkutik. Wajah yang separuh tertutup dengan alat bantuan pernafasan di atas katil kekal direnung sehingga naik hairan jururawat tersebut.
"Doktor Nuffaiq," dia menegur lagi.
Nuf tersentak lalu pandangannya diangkat.
"Ada masalah dengan pesakit ni ke?"
Terlepas keluhan, terus dia menggeleng dengan kekeliruan yang masih berselirat dan memberat di dalam kepala. Tubuhnya menegak lalu tangan yang tadi menongkat di sisi katil dibawa bersilang di dada bidangnya.
"Dah call human resource department regarding this patient?"
"Sudah, doktor." Dia mengangguk kecil. "Tapi, tak ada sebarang rekod waris." Menggeleng pula.
Mata Nuf tajam mengecil.
Hairan, kenapa Warda tidak menamakan mak ngah dan pak ngahnya sebagai waris.
"Rekod perubatan dia yang lampau pun memang tak ada dalam sistem kita. Maksudnya memang bukan pesakit hospital ni."
Senyap.
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romance━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...