Lilyrose 12 | Mind your manners

19.7K 1.3K 230
                                    

Bila ikhlas membantu
Bukan balasan yang dimahu

 

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

 

Dalam ketegangan yang dirasakan Warda, tetap dia terasa kecut perut dengan kelajuan luar biasa Cik Pisangnya. Nuf yang memandu, cekap menyelinap kiri dan kanan memotong setiap kereta di depan sementara Warda tak henti mengucap di dalam hati. Kadang-kala terselit juga sumpah seranah untuk lelaki itu. Hanya selawat dan istighfar dipanjatkan di dalam hati buat menenangkan raksasa dalam diri yang sikit lagi mahu memunculkan diri.

"Boleh slow sikit tak?" Warda menjeling tajam.

"Kau nak bertanggungjawab ke kalau patient aku mati?"

"Habis tu, awak lagi sanggup mati accident? Siapa nak bertanggungjawab kalau Cik Pisang saya ni rosak? Awak tak dengar ke dia dah meraung-raung dari tadi?" terjah Warda.

Nuf tergelak sinis. Menjeling Warda sekilas.

"What a name."

Warda terdiam menyedari sindiran Nuf untuk Cik Pisang kesayangannya. Bibir diketap, geram.

"Senang je kau compare nyawa orang dengan kereta cabuk kau ni, kan?"

Terasa berdesup naik darah Warda dengan tuduhan yang dilemparkan.

Tak berasas!

Ditambah dengan...

What?

Kereta cabuk?!

"Awak ni memang sejenis manusia yang tak tahu berterima kasih ke?" Giliran Warda menyindir pedas.

"Berterima kasih? For what?"

Ya Allah!

Bercakap dengan lelaki itu terasa benar-benar mencabar keimanannya. Bermacam bentuk kata sumpahan sudah bermain-main dihujung lidah, hanya tinggal untuk dimuntahkan ke wajah Nuf yang kaku mengalahkan tugu batu itu.

Akhirnya, Warda mengambil keputusan mendiamkan diri. Lebih baik berdiam diri dari hati sendiri yang sakit berlawan kata yang belum tentu ada hujungnya.

Hatinya sudah terlampau penat disakiti. Mindanya sudah terlalu letih mendengar caci-maki.

Tangan Warda mengenggam erat tali pinggang keledar yang melilit tubuh. Dalam fikiran, tak habis membayangkan bahawa leher lelaki itu yang dicekiknya.

Geram!

Sebal!

Bangunan hospital yang menyapa pandangan Warda, membuatkan dia bersyukur tak terhingga. Keluhan lega terlepas dari ulas bibir. Mana taknya, sepanjang perjalanan tak habis dia berdoa agar mereka selamat sampai. Tak mahu kalau dia mati katak berdua dengan lelaki itu.

Tak sanggup rasanya!

Mendadak Nuf memberhentikan kereta di hadapan pintu hospital. Sebelum dia keluar, sempat dia menjeling Warda di sebelah yang pucat membisu sedari tadi. Wallet ditarik keluar dari kocek seluarnya.

"Nah."

Warda berpaling.

"Ambil cepat," Nuf menghulur not RM50 ke arah Warda apabila gadis itu masih membatu.

"Apa ni?" Warda mengecilkan mata sementara keningnya yang terbentuk cantik bertaut rapat.

"Upah. Aku tak nak terhutang budi dengan kau."

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now