Biar diri ini dibenci
Asalkan jangan dipandang simpati
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
"Ni mesti Cik Pisang kau buat hal lagi kan, Warda? Tu yang lambat datang kerja ni," Fahmi menyapa sebaik batang hidung Warda kelihatan.
Warda cuma diam sambil tersenyum nipis. Nafas yang sedikit tercungap, diatur semula. Malas dia mahu memberitahu Fahmi perkara sebenar kenapa dia lambat memulakan syifnya pagi itu.
Jam tangannya dikerling sekilas. Hampir dua jam juga dia lewat. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Semuanya gara-gara sakit yang menyerang awal pagi tadi.
Jujur, dia rasakan hampir putus nyawa semasa serangan pagi tadi. Hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya dia masih mampu menghela nafas semasa mencelikkan mata tadi.
"Apa pulak kali ni? Tayar pancit? Ke jantung dia tu pulak yang sakit?" Fahmi mengusik. Sedikit sebanyak menyentak diri Warda sendiri.
Tahulah Cik Pisang tu dah usang. Tapi jantung a.k.a enjin dia tip top lagi tau!
Ironinya, jantung dalam tubuh aku ni yang sakit, Mi...
"Kau ni sesuka hati je kutuk Cik Pisang aku. Kau tau tak Cik Pisang aku tu dah banyak berbakti pada aku dari dulu lagi," Warda membalas. Suaranya sengaja dilirihkan seperti berjauh hati lagaknya.
Hakikatnya, dia langsung tidak terasa hati dengan usikan Fahmi. Memang sudah itu tabiat sahabat baiknya itu. Suka bergurau kasar dan memang Warda yang akan sering menjadi mangsa. Ini belum si Amna kepoh tu datang campur tangan. Kalau ada dia sekali, tentu lebih gamat dibuatnya.
"Aku tahulah Cik Pisang tu dah banyak berbakti, tapi aku tak berkenan sungguh dengan warna dia tu. Kau tukarlah jadi warna merah ke, purple ke, hijau ke boleh tak Warda? Ni warna kuning tu ke hulu hilir, dah macam isteri Mr. Bean pulak aku tengok. Cuma tak ada kunci mangga je kat pintu Cik Pisang tu," Fahmi terkekek ketawa.
"Eh, kau ni. Kalau aku tukar warna dia, dah tak boleh panggil Cik Pisang lagilah," Warda membalas selamba sambil tangannya lincah meletakkan peralatan perubatan di atas troli. Dia mahu segera memulakan tugas. Sudahlah dia lewat dua jam tadi.
"Hah, bagus jugak tu. Tukar je nama lain. Lain macam je aku dengar nama 'Cik Pisang' tu," Fahmi berbisik perlahan dihujung ayat sambil tangannya turut membantu Warda menyusun barang.
Tak semena-mena, Warda tergelak kecil.
Badan yang awalnya masih terasa lemah kerana kejadian pagi tadi, terus terasa segar dengan keletah Fahmi yang lucu.
Sememangnya dia memerlukan itu sekarang.
Positive vibes.
Positive energy.
Dan orang-orang yang positif di sekelilingnya.
"Amna mana, Mi?" Mata Warda liar mencari kelibat seorang lagi sahabat baiknya.
"Dia masuk syif malam. So, pagi ni tenang sikit sebab tak ada makcik kepoh tu."
Warda ketawa lagi sebelum menggeleng lemah. Troli mahu ditolak keluar dari bilik perkakas sebelum Fahmi bersuara lagi.
"Warda."
Warda berhenti di tengah laluan dan berpaling memandang Fahmi.
"Kau sure ke kau okey ni?" Fahmi merenung Warda ragu-ragu.
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romance━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...