Lilyrose 15 | Melampau

19.9K 1.4K 249
                                    

Akal waras tidak lagi berfungsi
Lantaran dendam menakluki hati

 

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

 

"Alif!!!" Jerit Warda.

Terlepas beg kertas ditangannya, terus dia meluru ke arah Alif yang sudah tidak sedarkan diri di bahu jalan bersama lopak darah.

"Alif! Alif, bangun!" Warda memangku Alif. Pipi anak itu ditepuk berkali-kali. Cemasnya tak terkata. Beberapa orang  yang menyaksikan kemalangan tersebut sudah mulai mengerumuni.

Nuf tergesa-gesa keluar dari kereta, lalu ditolak beberapa orang yang menghalang laluannya. Hampir terbuntang biji mata melihat tubuh yang sudah berada di dalam pelukan Warda.

"Alif!"

Nuf lantas melutut. Tangannya mendarat di segenap tubuh Alif dari kepala, muka dan seluruh badan dalam debaran menggila yang memukul dada.

Warda angkat pandangan. Sekali lagi dia terkejut melihat gerangan di depannya.

Nuf!

"Awak yang langgar dia?"

Terketar suara Warda membendung amarah.

"Apa yang awak dah buat ni?!" Bahu Nuf ditolak kasar tanpa menunggu jawapan dari lelaki itu.

"Aku tak sengaja!" Nuf membentak. Nafasnya turun naik menahan debar.

Warda mengetap rahangnya, nafas ditarik, bersedia untuk menghamburkan kemarahan yang begitu menggunung!

"Nuf, cepat bawa dia pergi hospital!" Suara cemas Zara yang muncul dari tepi seperti menyedarkan dua manusia itu dari terus bertekak dalam keadaan genting.

Seolah-olah baru tersedar dari disampuk jembalang, Nuf segera mengangkat Alif dari pangkuan Warda. Orang ramai bergerak memberi laluan. Tanpa berfikir panjang, Warda turut masuk ke dalam kereta Nuf, memangku Alif di tempat duduk belakang.

Tiada waima sesaat pun dibazirkan. Pergerakan mereka semua tergesa-gesa bagi menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa.

Nuf memecut laju ke arah hospital. Sekali-sekala menjeling Alif dan Warda melalui cermin pandang belakang sementara stering kereta digenggam seeratnya. Tangkai hatinya dijerut-jerut rasa bersalah menyebabkan Alif sebegitu.

"Alif! Alif dengar suara kakak tak?" Pipi Alif ditepuk berkali-kali, namun Alif masih tidak sedarkan diri.

"Alif. Bangun, Alif. Tengok kakak ni, sayang."

Dipeluk rapat kepala Alif di dadanya. Ada darah yang mengalir dari sisi kepala Alif mengotorkan baju tetapi Warda enggan menghiraukan. Baginya, nyawa Alif lebih penting sekarang ini berbanding penampilannya yang kini berlumuran darah.

"Alif. Alif, bangunlah. Ya Allah—"

"Awak, relaks. He will be okay." Zara berpaling dari kerusi depan, cuba menenangkan Warda.

Sejujurnya, suara lembut Zara tetap tetap tidak dapat menenangkan hati Warda waima sesaat.

Tak henti-henti Warda berdoa sepanjang perlajanan yang dirasakan cukup lama.

Sesampai betul-betul di hadapan unit kecemasan hospital, Nuf mengangkat Alif sebelum dibawa masuk dan diletakkan di atas stretcher. Sekumpulan paramedik laju menolak stretcher tersebut masuk ke dalam bilik rawatan zon merah.

Mundar-mandir Warda di hadapan pintu. Kadang-kala dia duduk, sebentar kemudian berdiri kembali sebelum cuba mengintai di cermin kecil yang terdapat di pintu. Sesekali dia meraup mukanya dan menggigit kuku. Tapak tanganya sudah merembeskan peluh dingin. Darah yang memenuhi baju sudah tidak dihiraukan. Fikiran sepenuhnya bersama Alif yang berada di dalam walaupun jasadnya sendiri terkurung di luar.

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now