Kerana bahagia bukan datang sendiri
Tapi saat kita belajar untuk berkongsi
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
"Doktor, tolong isteri saya doktor," rayu Nuf kepada seorang doktor sakit puan wanita yang berdiri di depannya. Ketika itu, bayang Warda sudah hilang ke dalam dewan bersalin.
Masih segar diingatannya pandangan Warda sebelum dia ditolak masuk tadi. Setiap kali difikirkan, hatinya jadi tak keruan.
Dia mahu ikut serta namun tak dibenarkan atas sebab-sebab tertentu.
"Kami akan cuba yang sebaiknya, Doktor Nuffaiq. Doktor pun tahu keadaan jantung Puan Warda, kan?"
Nuf memang teramat tahu. Malah dialah yang bertanggungjawab bersama kumpulannya yang lain untuk berkerjasama dengan doktor sakit puan tersebut untuk memantau keadaan Warda selama ini. Bagi memastikan kondisi Warda stabil sehingga proses melahirkan.
"Doktor jangan risau. In shaa Allah, kami cuba yang sebaiknya."
"Terima kasih, doktor."
Sebaik doktor wanita itu masuk ke dalam dewan bedah, Nuf mula tak senang duduk. Sekejap berdiri dan mundar-mandir, sekejap nanti pula duduk sebelum bangun semula. Segala apa yang dibuatnya serba tak kena. Fikirannya sendiri sudah terbang masuk bersama Warda di sebalik pintu yang tertutup itu. Doa-doa kudus dipanjatkan di dalam hati agar semuanya dipermudahkan.
Janganlah ada konflik semasa bersalin.
Janganlah ada sebarang masalah yang menganggu proses kelahiran.
Hampir sejam dia menunggu di luar, benar-benar mencabar kesabarannya. Setahu dia proses kelahiran biasanya tidak memakan masa yang begitu lama. Jam tangan ditilik lagi. Kenapa putaran jarum jamnya itu dirasakan lebih lambat dari kebiasaan.
Bersandar di dinding, Nuf memejamkan mata. Dahinya diurut-urut.
"Doktor Nuffaiq."
Serentak Nuf mencelikkan mata mendengar pintu dewan bersalin dibuka dan namanya dipanggil.
"Macam mana isteri saya, doktor? Anak saya, macam mana?" terjah dia tanpa berlengah.
"Sabar, doktor. Alhamdulillah, doktor dapat anak perempuan."
Nur lantas meraup muka.
Alhamdulillah...
Azalea, anak ayah dan ibu...
"Tapi isteri doktor—"
Nuf terkedu seraya terduduk. Bumi tempat kakinya berpijak terasa bergegar hebat umpama mengalami gempa bumi yang maha dasyat. Langitnya terasa kencang bergongcang.
Sayang...
Pandangannya kaku bersama air mata yang berlinangan turun di pipi.
"Dia perlukan doa doktor dan kepakaran team doktor sekarang ni. Kami minta maaf, kami cuma boleh bantu setakat ini. Tugas kami dah selesai. Sekarang ni, selebihnya semua terserah pada team doktor untuk bantu Puan Warda."
Nuf lantas berdiri. Wajah doktor wanita itu direnung bersungguh-sungguh lalu dibalas anggukan pasti dari wanita itu.
"Apa?" soal Nuf kurang percaya.
"Puan Warda dah dibawa ke dewan bedah, saya harap doktor bertenang. Biar team doktor yang jalankan pembedahan tersebut," tegas doktor itu lagi.
Nyawa Warda ketika itu tak ubah ibarat telur dihujung tanduk. Degupan jantung milik wanita itu yang terhenti sebaik melahirkan tadi benar-benar detik yang mencemaskan pasukan sakit puan yang menyambut kelahiran bayi tadi.
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romance━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...