Meskipun tidaklah sempurna
Namun dia rasa begitu istimewa
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Berpisat-pisat Nuf membuka mata apabila terasa kosong ruang di sebelahnya. Fokus retinanya dilatakan pada hamparan cadar dan selimut yang bersepah sebelum dia mendadak duduk. Muka diraup bagi menghilangkan kantuk. Selebihnya dia masih cuba menjejaki kehadiran si isteri dalam ruang bilik. Malangnya, bayang Warda langsung tak kelihatan di mana-mana. Selimut ditolak dan Nuf lantas mencapai bathrobe miliknya dari atas lantai lalu segera disarung ke tubuh sasanya. Paparan jam pada telefon pintarnya dikerling sekilas.
Hampir jam 4:00 pagi.
Masih awal lagi.
Gusar pula hati memikirkan keberadaan Warda. Kamar mandi yang dijengah meninggalkan tanda yang ia baru lepas diguna. Masih terasa lembab diselubungi wap hangat dan berlantai basah. Nuf melangkah ke balkoni pula seraya menolak pintu gelongsor kaca.
Bunyi geseran pintu membuat Warda yang sedang enak mengelamun, tersentak halus sebelum berpaling. Tak sangka pula dia yang Nuf akan bangun seawal ini. Terbejat dia sejenak memerhati Nuf mengorak langkah menghampiri. Setiap langkah yang diambil lelaki itu, setiap kali itu jugalah jantungnya meloncat-loncat ke anak tekak.
"Boleh tak lain kali jangan hilang macam ni lagi?" Itu ayat pertama yang terkeluar dari mulut Nuf sebaik dia berdiri betul-betul di depan Warda. Tegas namun tak keras. Cukup sekadar mempamer kerisauan dan rasa tak puas hati ditinggalkan sendiri tadi.
Terkebil-kebil Warda diterjah. Belakangnya tersandar rapat di palang kaca pemisah balkoni tatkala batang tubuh Nuf jadi benteng di depannya sementara kedua tangannya memagari kiri kanan tubuh Warda. Walau tak bersentuhan, masih buat Warda tak keruan.
"Aku risau, tau tak?"
Warda menggigit bibir. Dia bukan ke mana pun, cuma mengambil angin di luar sambil-sambil cuba meredakan rasa malu yang masih menguasai. Kali ini malunya bukan sikit-sikit, bahkan mungkin air dari seluruh Selat Melaka ini pun masih tak mampu memadamkan segan didalam dirinya.
As you please, doctor?
Entah jin apa yang merasukinya tadi. Kalau diingatkan semula...Ya Allah, malunya!
"Sorry." Itu. Hanya itu yang mampu dibalas Warda. Pandangannya dijatuhkan ke dalam kolam renang.
"Kau tak mengantuk ke?"
Warda menggeleng. Tiba-tiba dia jadi pendiam.
"Tak sejuk?"
Warda tetap menggeleng padahal tubuhnya sendiri menahan gigil dari tadi. Sama juga kalau dia duduk di dalam bilik. Hawa dingin dari penyaman udara baginya lebih menggigit berbanding bayu malam yang semulajadi.
Riak Nuf nyata berubah melihat reaksi Warda.
"Kenapa ni? Kau menyesal ke?"
Tersentak, Warda angkat pandangan menyambut renungan Nuf yang sedia menanti. Serba-salah jadinya.
"Tak. Bukan macam tu—"
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romance━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...