Lilyrose 8 | Biar mati

20K 1.2K 230
                                    

Jika itu yang dia hendak
Biar jantung ini berhenti berdetak

 

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

 

Warda?

Ayam masak merah?

"Nanti sis-sia je kau masakkan, tapi dia orang tak dapat merasa..."

Kata-kata Fajmi tadi tengiang-ngiang di telinga Nuf.

Dengan tertutupnya pintu lif, ibarat tertutuplah juga ruang pernafasan Warda. Rasanya dia langsung tak sempat bernafas sepanjang lif turun. Mujur juga hanya turun lima tingkat tapi tetap dirasakan cukup lama.

Warda baru mahu menghela nafas lega apabila pintu lif terbuka. Lengannya tiba-tiba direntap kasar dan tubuhnya didorong ke arah tangga kecemasan.

"Nuf, apa ni? Lepas! Sakitlah!"

Bergelut Warda menarik lengannya, namun Nuf tetap enggan melepaskan. Malah pautannya semakin dieratkan.

"Lepaslah!"

Sebelah tangan Warda berusaha meleraikan pautan. Giginya dikancing erat.

"Lepaskan saya!"

Serentak itu, Warda menyenggol kuat dada Nuf dengan sikunya.

Terus pautan terlerai sebaik tubuh Nuf terdorong ke belakang.

Nafas Warda turun naik tak menentu. Renungannya tak kurang membalas tikaman anak mata Nuf yang menusuk.

"Awak nak apa? Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya?!" bergema suara Warda di dalam ruangan tangga kecemasan yang tertutup.

Sebetulnya, Nuf juga tak pasti dengan apa yang dilakukannya. Seperti dia dikawal oleh minda separa sedar sebaik Warda tak semena-mena dikaitkan dengan ayam masak merah. Kebetulan juga tadi dia masih sedang ralit memikirkan kemungkinan atau kebetulan yang mengusutkan fikiran. Sedar-sedar sahaja, tangan Warda sudah ditarik ke arah tangga. Jadi dia harus mendapatkan penjelasan.

"Ni apa?" plastik di tangan Warda disentap kasar.

"Apa awak ni? Dah gila ke?" Warda membalas. Plastik ditangan Nuf mahu dirampas semula tapi Nuf lebih pantas mengelak.

"Aku tanya, ni apa?!"

Warda terdiam merenung Nuf di hadapan. Seribu persoalan terukir di wajahnya.

"Apa pun yang ada dalam tu,tak ada kena mengena dengan awak!" tali beg sandang yang jatuh dari bahu, dibetulkan kembali.

"Jawab soalan aku, Warda!"

"Taknak! Bagi balik barang saya!" Sekali lagi Warda cuba mencapai plastik di tangan Nuf namun usahanya hanya sia-sia.

Akhirnya Warda mengalah. Sebetulnya malas mahu melayan dan malas mahu melawan. Tapi tindakan Nuf yang tiba-tiba sahaja menyelongkar ke dalam bungkusan plastik, automatik menaikkan darahnya. Terbuntang mata Warda.

"Nuf! Stop it!" Warda menghalang tangan Nuf membuka penutup bekas.

"Awak ni dah kenapa, hah? Dah gila ke?!" Warda menolak bahu Nuf dan kali ini dia menarik bekas itu sekali.

Nuf yang serentak menarik kuat plastik dari arah depan membuatkan pegangan Warda terlepas lantas bekas tadi melorot jatuh ke lantai. Habis bertaburan lauk dan nasi terkeluar dari bekas yang sudah terbalik.

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now