Lepaskan belenggu perasaan
Beri peluang agar dapat dibuktikan
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
"Fikirkan diri kau dulu sebelum fikirkan orang lain. If you say yes, I'll take care of the rest"
Keluhan terlepas buat kesekian kali dari seulas bibir merekah milik Warda. Hanya tangan yang berkerja namun fikirannya sudah terbang merata.
Andai kata ada satu keajaiban yang boleh mengangkat beban dalam dadanya, takkan dia ragu-ragu lagi untuk berkata 'ya'.
"Warda, akak nak tanya ni. Boleh?"
Tersentak, Warda berdehem halus.
"A-apa, kak? Sorry, Warda tak dengar."
"Akak nak tanya sesuatu ni. Boleh ke?"
"Tanya je, kak. Tak payah mintak kebenaran."
Walau sedikit teraba-raba, tangan Kak Azi tetap lincah menyusun makanan ringan di atas rak khas yang disediakan untuk dia berniaga. Warda menolong serba-sedikit itupun selepas puas ditegah Kak Azi. Kalau sekadar duduk dan tak buat apa-apa, lagilah mudah fikirannya menerawang jauh nanti.
"Warda ni tengah ada masalah ye?"
"Kenapa akak cakap macam tu?"
"Hari ni saja, rasanya dah beratus kali akak dengar Warda mengeluh."
Tanpa sedar, Warda mengeluh lagi.
"Hah, tengok tu. Mengeluh lagi. Warda ada masalah apa ni sebenarnya? Cuba cerita kat akak. Manalah tahu akak boleh tolong. Kalau tak boleh tolong selesaikan, akak boleh tolong dengar."
Tindakan Warda yang senyap dan berdiam diri tiba-tiba menjentik serba-salah pula kepada Kak Azi.
"Tapi—kalau Warda tak bersedia nak cerita pun tak apa. Akak faham. Bukan semua masalah kita boleh kongsi dengan orang luar, kan? Akak minta maaf ya, akak bukan nak menyibuk urusan Warda."
"Tak, akak. Akak tak menyibuk pun. Warda tak pernah anggap akak sebagai orang luar pun. Kalau boleh, memang Warda nak cerita tapi Warda tak tahu nak mulakan dari mana."
Segala perbuatan Kak Azi terus terhenti. Dituntun oleh gerak hati, tangan Warda dicapainya pula.
"Masalah keluarga ke?" tebak Kak Azi.
Warda pejam mata lalu menggeleng lemah.
"Akak dengan Alif je keluarga yang Warda ada."
"Habis tu, takkan masalah kerja?"
"Warda kan tengah tanam anggur a.k.a menganggur sekarang ni."
Kak Azi ketawa kecil dengan lawak Warda. Sempat lagi tu Warda bergurau.
"Habis tu, masalah negara? Kita nak tukar kerajaan lagi ke?" gurau Kak Azi pula.
Warda pula yang tergelak.
Itu pun satu hal juga tu.
"Perempuan ni ada banyak masalah tau. Tapi selalunya kalau bukan masalah keluarga atau kerja, mesti masalah lelaki ni. Hah, baik bagitahu akak lelaki mana yang buat adik kesayangan akak ni jadi macam ni?" Serkap jarang Kak Azi ternyata mengena.
Warda ketawa hambar. Cukup untuk meyakinkan Kak Azi yang telahannya benar.
"Betullah ni?" soal Kak Azi lagi apabila Warda tidak menafi.
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romance━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...