Lilyrose 30 | Sooner or later

23.1K 1.4K 296
                                    

Walau rindu menjerut hati
Diri belum mahu kembali

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Kalau aku ada perasaan pada dia pun, semua tu perasaan benci!

Wajah muramnya diraup penuh sesalan. Kaki terlampau lemah untuk menolak tubuh berdiri dari duduk melutut di atas tanah.

Aku benci dia, Amna! Benci!

Rambut pula dicengkam dan kepalanya ditarik sehingga hampir bertemu lutut. Erangan keras terlepas beberapa kali akibat kecewa dan kesal yang menjadi duri mencucuk segenap pelusuk hati. Angkara ketegangan perasaan, urat-urat hijau mulai timbul di pelipis.

Kau patutnya sedar diri, Nuf! Dah tak ada ruang kemaafan untuk kau dalam hati dia. Kau melutut pun, dah tak ada gunanya. Dah terlambat! Dia takkan maafkan kau. Lepas apa yang kau dah buat, kau rasa cukup ke melutut ni untuk tebus segala kesalahan kau? Segala dosa kau? Kau dengar sendiri dua hari lepas. Dia kata, dia bencikan kau! Benci! Tak mungkin kau dapat ubah kenyataan tu. Kau ada dekat sini, akan mengingatkan dia dengan semua kekejaman kau. Mungkin itu akan buat dia lebih bencikan kau!

Nuf mula tak keruan memikirkan semua kemungkinan yang melintas. Tersentak dia apabila dia merasakan ada tangan kecil yang memaut lengannya. Segala perbuatannya terhenti. Apabila dia menegakkan badan, pandangan yang masih berbalam dapat menangkap jasad kerdil Aylan yang berdiri di depannya. Memegang lengannya sambil menggelengkan kepala beberapa kali persis menegah dia meneruskan perbuatannya tadi. Tanpa disangka, tangan kecil itu bergerak mengesat lembab di matanya. Perlakuan Aylan sedikit kasar tipikal seorang kanak-kanak lelaki namun masih dapat menyentuh ke dasar hati lelakinya.

Aylan menggeleng lagi. Sambil menunjukkan isyarat menangis, telunjuknya digerakkan ke kiri dan kanan beberapa kali.

Tak mampu lagi menahan perasaan, dia menarik Aylan ke dalam pelukan. Dengan mata terpejam, dia memohon secebis kekuatan. Memang dapat dirasakan apabila Aylan menepuk perlahan belakangnya. Tak setanding tubuhnya yang kecil, tapak tangan itu mengalirkan arus semangat yang besar. Kerana dia tahu, Aylan itu dah menjadi sebahagian dari Warda di sini. Semangat dari Aylan secara tak langsung menyuluh sinar harapan buatnya yang tadinya sirna. Sama seperti Kak Azi, Alif dan kucing kesayangan gadis itu; Oyen yang sering membuatkan dia rasa dunia masih akan berpihak kepadanya. Yang boleh membuatkan dia bermimpi masih punya peluang kedua untuk membetulkan segala kekhilafannya.

Pelukan terungkai. Nuf lihat Aylan tunduk mengutip tangkai damask rose yang entah bila jatuh dari pegangannya. Saat Aylan melihatnya kembali, dia seperti faham apa yang tersirat di anak mata kelabu milik Aylan. Nuf mengangguk kecil tanda memberi kebenaran. Tanpa menunggu lebih lama lagi, Aylan berlari dengan damask rose ke arah kem dan terus masuk ke dalam khemah Warda.

Tak lama kemudian, kelibat Amna kelihatan keluar dari khemah tersebut. Apabila Amna berjalan ke arahnya, Nuf bangun perlahan-lahan dari duduk melutut. Wajah yang sedikit lembab diraup, bersedia untuk berdepan dengan Amna.

Pandangan Amna meliar ke atas bawah memerhati lelaki itu yang nampak sungguh serabut. Tidak pada fizikalnya namun jelas terpancar dari riak wajahnya.

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now