Lilyrose 23 | Kesedaran yang menyakitkan

29.7K 1.9K 439
                                    

Lidah sudah terlajak mengguris hati
Tangan sudah terlanjur menyakiti

 

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

 

Pedal minyak dipulas habis. Motosikal berkuasa tingginya dipecut laju ke arah hospital dengan fikiran yang kosong. Seperti rohnya melayang jauh meninggalkan jasad terkontang-kanting kekosongan di muka bumi. Lalu, segala rasa cuba mengambil alih.

Ada kedukaan yang bertapak.

Kadang-kala rasa remuk-redam.

Dan yang paling besar, penyesalan.

Tapi, apa gunanya penyesalan apabila semuanya sudah terlambat?

Dan walau sebesar mana pengharapannya agar kebenaran tersingkap walau sehari awal, masih tak dapat menangkis hakikat bahawa segalanya sudah terlewat.

Lidah sudah terlajak mengguris hati.

Tangan sudah terlanjur menyakiti.

Layakkah dia menagih waima secebis kemaafan? Atau mungkin dia akan terus tenggelam dalam penyesalan yang tak berkesudahan?

Dalam pada dia merintih sendirian, superbike yang dipacu sudah berhenti di kawasan parkir hospital. Topi keledar berjenama Schuberth itu diangkat dari kepala. Jaket dan sarung tangannya dicabut. Seperti selalu, terus dia menuju ke jabatannya. Mata-mata yang memandangnya pelik, hanya dibiarkan.

Sudah pastilah pelik.

Serabut.

Kusut.

Tak terurus.

Dan lebam.

Berbeza dengan tipikal Doktor Nuffaiq Wildan yang selalunya mencuri perhatian sesiapa memandang.

Sebaik tiba di jabatan, terus dia menuju ke pantry dengan langkah yang longlai. Mug dicapai dari rak. Nescafe 3in1 dituang ke dalam mug dan water dispenser dituju dengan minda yang masih kosong.

Dari semalam lagi, ruang kosong itu hanya dipenuhi nama seseorang.

Lilyrose Warda.

Warda...

Berkali-kali nama itu diulang suara hati. Dengan mata yang terpejam, bibir dikemam rapat. Lebam dan luka dihujung bibir masih terasa menyengat sakitnya.

Kata-kata yang didengarinya dari seseorang semalam, meninggalkan kesan yang cukup mendalam.

Terpahat utuh di sanubari.

Bahawasanya segalanya sudah terlewat...

🌹🌹🌹

"Warda!"

Jeriji besi di depannya bergegar hebat akibat digoncang. Kadang-kala pintu kayu itu diketuk bertalu-talu. Namun pintu rumah pangsa itu masih kaku seperti tiada tanda-tanda akan dibuka dari dalam.

"Warda! Bukak pintu ni!"

Sekali lagi dia menggoncang jeriji besi dengan kesabaran yang sudah dihujung-hujung.

Dari semalam rasa yang sama ditampung. Gelisah, tak tentu arah sepanjang penerbangan dari Amsterdam. Sebaik menjejakkan kaki di bumi Malaysia, tergopoh-gapah dia meninggalkan lapangan terbang dan terus menuju ke sini.

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now