Lilyrose 51 | Infinity

21K 1.1K 83
                                    

Sebahagian hati mahu memaafkan
Walau hakikatnya masih menyakitkan

 

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

 

Masuk sahaja ke dalam bilik, Warda terus menuju wardrobe untuk mengambil pakaian dan menyediakan tuala untuk kegunaan suaminya.

Nuf mengikuti dengan senyap sehingga Warda tersentak sebaik dia berpaling.

"Abang?" soal Warda sebaik melihat Nuf masih membatu. Tuala terus diletakkan atas tangan lelaki itu.

"Pergilah mandi. Dah busuklah ayah ni, kan baby?"

Tubuh Nuf terus ditolak ke arah kamar mandi namun belum sempat Nuf masuk, lelaki itu membrek di depan pintu. Tak semena-mena, Nuf berpusing dan terus memeluk lembut tubuh Warda.

Tersentak Warda dibuatnya.

"Abang."

Nuf masih membisu.

"Abang—"

"Boleh tak sayang janji sesuatu dengan abang?"

Warda pula mati kata sebaik mendengar suara Nuf betukar nada.

"Boleh, tak?" desak Nuf, separa tegas.

"Janji apa?"

Nuf melepaskan pelukan lalu bahu Warda dipegang kemas.

"Janji dengan abang yang sayang takkan sembunyikan apa-apa dari pengetahuan abang. Kalau sakit, cakap sakit. Kalau sayang dah tak boleh nak tanggung semua ni, bagitahu je abang. Boleh?"

Warda menjatuhkan pandangan.

"Abang tak percayakan Warda ke? Abang nak tukar fikiran?"

Nuf mendongak lalu menggeleng lemah. Bahu Warda ditarik lalu didakap sayang.

"I'm giving you an option to opt out if you couldn't hold it anymore. Of course abang percayakan sayang tapi bagi abang peluang untuk kongsi apa yang sayang rasa. Jangan tanggung sendiri. Abang nak sama-sama dengan sayang sepanjang tempoh sayang pregnant ni. Abang takkan biarkan sayang hadapi seorang, okey? At the same time, if things get worse, I don't have any other option other than to-"

"Abang."

Nuf termati kata tatkala Warda terdongak memandangnya.

"Okey, Warda janji. Warda akan buat apa je yang abang rasa patut asalkan abang bagi Warda cuba dulu. Warda nak cuba dulu sebab Warda yakin yang Warda boleh."

Terlepas keluhan, Nuf mengangguk. Pipi Warda ditekup. Wajah polos itu diteliti dengan rasa ragu masih berbekas di hati.

Mampukah?

Mampukah Warda bertahan nanti?

"Dahlah. Abang pergilah mandi. Mesti abang penat, kan?"

Nuf tiba-tiba melentokkan kepala ala-ala manja.

"Hmm. Mandikan?"

"Hish!" Perut Nuf dicubit geram.

Berderai tawa Nuf dibuatnya.

Nasib baik ada otot enam bar di abdomennya, tak adalah sakit sangat!

Warda hanya mampu menggeleng melihat Nuf menghilangkan diri ke dalam kamar mandi. Macam-macam perangai Nuf yang tidak diketahuinya baru ditonjolkan lelaki itu selepas mereka berkahwin.

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now