Lilyrose 21 | Jahil

24K 1.6K 483
                                    

Sesungguhnya dia lupa
Keredhaan siapa yang lebih utama

 

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

 

Warda duduk bersandar di bangku batu di tepi taman. Meski kaki berpijak di bumi nyata, fikirannya menerawang entah ke mana. Tanpa disedari, rintik-rintik hujan air mata membasahi alis lalu gugur mengenai pipi mulusnya. Setiap kali kejadian itu menjengah difikiran, air matanya pasti akan jatuh bercucuran.

Bukan menyesali nasib diri, tapi lebih kepada mengenang kejahilan sendiri.

Mahu menginsafi, namun ada rasa malu yang menyelubungi.

Layakkah dia memohon keampunan setelah segala apa yang dilakukan? Masih diterimakah taubatnya setelah segala keterlanjuran?

Sebelum ini, dikatakan lelaki itu kejam. Tapi tanpa dia sedari, diri sendiri lebih kejam.

Tegar menzalimi diri sendiri...

Jadi, apa bezanya dia dengan Bella?

Sungguh, malunya dia kepada Allah.

Jahilnya dia dalam menempuh ujian Ilahi. Dugaan yang diberi, bukan penyelesaian yang dicari. Sebaliknya, jalan pintas yang disusuri. Hanya kerana darah dan nyawa yang menjadi tuntutan, peluang hidup kurniaan Tuhan tergamak disia-siakan. Bukti betapa dia tewas dengan amukan perasaan. Lemah dan hilang pertimbangan saat emosinya ditekan.

Jika tidak kerana ada insan yang tiba-tiba muncul tempoh hari, sudah tentu kini dia sudah tertanam di perut bumi bersama dosa yang tak mungkin tertebus.

Tak dapat dibayangkan jika benarlah nyawanya ditarik asbab dari peristiwa itu, mustahil akan terampun segala dosa-dosanya. Tak mungkin tertanggung di atas pundak kirinya. Jika hendak dibandingkan dengan bebanan rasa bersalah yang sudah dua tahun menggebu di dalam diri, tak akan mungkin sama rasanya dengan penyesalannya kala ini.

Kenapa baru sekarang kesedaran menjengah?

Mengapa tidak sewaktu dia mengacu skalpel untuk nekad menoreh leher sendiri?

Kau boleh terus hidup dengan rasa bersalah, atau kau sendiri yang tamatkan semua ni. Only then, I'll forgive you."

Benar.

Memang ketika itu dia terdesak mahukan kemaafan dari lelaki itu. Tapi, ternyata dia lupa keredhaan dan keampunan siapa yang lebih utama.

Terngadah dia merenung langit biru berceloreng putih. Jemari berpelukan sesama sendiri seolah menyalur kekuatan disetiap sendi.

 

Ya Allah, sesungguhnya aku lemah. Tewas dengan hasutan. Memilih untuk lebih takut terhadap kebencian manusia berbanding kebencian-Mu. Memilih untuk lebih terbadai emosi tanpa mempedulikan kemurkaan-Mu. Sesungguhnya, aku insan jahil. Tak terhapus segala dosa-dosaku. Namun, hanya keampunan-Mu yang kumahu. Biar beribu insan yang datang membenci, hanya belas ihsan-Mu yang kuingini. Biar berjuta lemparan kata nista, hanya payung rahmat-Mu yang benar-benar kupinta...


Tak semena-mena, setitis lagi embun jernih menitis dari tubir matanya. Perlahan-lahan mengalir menelusuri lekuk pipi lalu jatuh mengenai selendang biru yang dibiar terlilit longgar di dada. Dengan rasa hiba yang mengetuk pintu hati, tertunduk dia penuh sesalan. Sungai air mata dibiarkan mengering sendiri. Tanpa sebarang usaha untuk menghapus, esakan halus turut terlepas dari ulas bibir merekahnya. Mata-mata yang mungkin memandang kehairanan hanya dibiarkan sepi tanpa penjelasan.

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now