Bilakah hati mahu dikebalkan
Dengan asakan yang berterusan
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Stering kereta dicengkam ketat.
Apa yang kau dah buat ni, Nuf! Tak cukup kau dah langgar budak yang tak bersalah tadi, sekarang kau nak langgar perempuan ni pula?
Tiba-tiba hatinya terdetik sesuatu.
Dia bukan seperti Warda. Dia bukan pembunuh seperti gadis itu!
Dan tak akan sekali-kali dia menodai tangannya sendiri dengan dosa yang sama.
Dosa membunuh!
Biar beribu lintasan jahat yang menyinggah dibenaknya, namun jauh di dasar hatinya dia tahu, dia tak akan sesekali sanggup melakukan itu.
Nuf berdecit geram dan stering keretanya dihentak keras.
Apabila tingkap keretanya diketuk, Nuf menolak pintu keretanya lalu keluar.
"Bang, kat mana ambil lesen? Tak nampak ke zebra crossing ni?" sindir lelaki yang mengetuk tadi.
Pintu kereta dihempas Nuf.
"Aku berhenti sebelum line, kan? So, what's the problem?" Nuf membalas. Tak kurang sinisnya.
Memang betul. Dia berhenti di belakang garisan. Cuma pecutan luar biasa keretanya tadi yang lebih memeranjatkan Warda.
Memang betul, dia berhenti di belakang garisan. Cuma pecutan luar biasa keretanya tadi yang buat tindakannya nampak berbahaya. Memeranjatkan Warda yang baru mula melintas.
Tapi, semuanya berpunca dari gadis itu juga.
Niat baiknya disalah anggap. Dikata hendak menuntut budi sedangkan dia hanya mahu menyantuni. Lebih teruk, dia dituduh sengaja melanggar Alif.
Kalau Warda tidak menuang minyak ke dalam api kemarahannya awal tadi, tak akan ada hasutan jahat yang mendesak kesabarannya. Bara amarahnya tak akan meluap-luap lagi dan dia tak akan rasa tercabar untuk membuktikan kata-kata yang dituturkan tadi.
Warda yang masih terduduk di atas jalan, dijeling penuh geram.
Beberapa orang cuba membantu Warda bangun namun lututnya yang masih terasa longlai membuatkan Warda hampir tersungkur semula. Digagahi segala khudrat yang ada untuk menolak tubuhnya berdiri sambil dibantu beberapa orang yang sudi.
"Dik, adik okay?" soal seorang wanita lewat 40-an yang memeluk bahu Warda.
Warda hanya membalas dengan anggukan. Nafas ditarik sedalamnya sebelum dihembus perlahan-lahan bagi menstabilkan kembali degupan jantung yang berdetak kencang.
"Apa masalah, abang tanya?"
Nuf berpaling memandang lelaki itu semula.
"Kalau abang nampak zebra crossing tu, abang tak akan pecut laju macam tadi. Kalau abang terlanggar orang tadi, macam mana?" Telunjuk lelaki itu lurus ke arah Warda.
"Tapi aku tak langgar sesiapa pun."
Sinis.
"Dan kalau betul aku terlanggar, aku akan bertanggungjawab." Sengaja ditekan kuat suaranya agar Warda turut mendengar.
Dia mula bergerak ke arah Warda. Dibiarkan lelaki tadi terpinga sendiri.
Tanpa sepatah kata, Nuf melelar pergelangan tangan Warda ke pintu penumpang. Walaupun gadis itu memprotes, tak sesaat pun pautannya dilonggarkan. Dipaksa Warda duduk di kerusi penumpang lalu pintu ditutup rapat.
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romance━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...