Lilyrose 10 | Tak logik

18.6K 1.4K 207
                                    

Jika tidak mengetahui
Janganlah melulu menghakimi

 

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

 

"Mak macam mana, abah?" Nuf datang menghampiri sebaik masuk ke dalam wad yang menempatkan Puan Rozita. Matanya tertancap ke arah tubuh kaku yang terbaring di atas katil.

"Masih tak sedar lagi," Tuan Malik menggeleng lemah.

"Doktor cakap apa pada Nuf?"

Nuf menghela nafas berat sebelum sebelah punggung dilabuhkan dipinggir katil berhadapan bapa mertuanya yang  duduk berteleku di atas kerusi.

"Doktor tadi cakap yang tekanan darah mak terlampau tinggi sampai pembuluh darah ke otak dia tersumbat. Buat masa sekarang ni, in shaa Allah mak akan okay sebab tadi dah diberikan anticoagulant. Maksud Nuf, ubat untuk mencairkan darah. So, she should be okay. Abah jangan risau. Cuma—" Nuf berjeda memandang wajah Puan Rozita.

Tuan Malik gelisah menanti Nuf menyambung bicara.

"Cuma berkenaan stroke ni, kita kena tunggu keputusan lanjut dari bahagian neurology. Tapi, besar kemungkinan akan ada beberapa bahagian tubuh mak yang akan lumpuh. Kita kena tunggu mak sedar dulu untuk tahu keadaan dia."

Sebaik Nuf manghabiskan ayat, Tuan Malik meramas kasar rambutnya. Tengkuknya diraut seperti menanggung bebanan yang berat di dalam kepalanya.

Jatuh kasihan Nuf melihat kelakuan bapa mertuanya.

"Tak apa, abah jangan risau. Nuf yakin mak tak apa-apa," jaminan diberi agar dapat menenangkan waima sedikit hati Tuan Malik. Tak mahu andainya bapa mertuanya itu pula yang jatuh sakit.

Kepala Tuan Malik terangguk. Dalam hati juga tak putus berharap benda yang sama.

"Nuf tolong call Mak Ilah ya. Bagitahu dia keadaan mak. Suruh dia jangan tunggu sebab abah tak balik malam ni."

"Okay, abah. Sekejap lagi Nuf call Mak Ilah."

Punggung diangkat dari katil.

"Abah, Nuf sebenarnya kena pergi sekarang ni. Ada hal nak kena settle kan. Nanti bila mak dah sedar, abah terus call Nuf, ya?" pintanya. Tangan Tuan Malik disalam hormat.

Wajah ibu mertuanya direnung sekilas sebelum dia hilang di sebalik pintu wad menuju ke arah ruangan parkir. Ibu jarinya bermain di permukaan skrin lalu telefonnya diangkat melekap ke telinga. Setelah beberapa deringan, barulah panggilannya diangkat.

"Assalamualaikum, Mak Ilah."

"Nuf. Puan macam mana?" kelam-kabut bunyi nafas Mak Ilah sehingga salam pun tidak dijawabnya.

"Mak Ilah jangan risau. In shaa Allah mak tak apa-apa. Bila mak dah sedar nanti baru tahu keadaan stroke dia. Mak Ilah doakan ya."

"Amiin. Hish, risaulah hati Mak Ilah ni."

Nuf hanya diam mendengar. Telefonnya dikepit di antara telinga dan bahu sementara tangannya lincah menyarung sarung tangan kulit.

"Nasib baik tuan ada dekat rumah tadi. Kalau tak, tak tahulah Mak Ilah nak buat apa, Nuf."

"Hmm yelah, Mak Ilah. Kita sama-sama doa supaya mak okay. Satu lagi, abah tak balik malam ni. Mak Ilah boleh masuk tidur dulu nanti. Tak payah tunggu."

"Okaylah kalau macam tu. Mak Ilah letak telefon dulu ya."

"Sekejap, Mak Ilah," Nuf menegah apabila Mak Ilah hampir memutuskan talian.

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now