Angkara janji yang diikat mati
Jiwa dan akal tak mungkin sebati
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
"Please, Nuf. Jangan kejar dia."
Hati Nuf menggerutu marah. Dengusan keras terpacul di mulut. Tangan Zara yang meliliti lengannya dilepaskan segera.
"Sorry, Zara. This is the last time I give you a warning. You and me, got nothing to do with each other. Dari dulu lagi kita tak pernah ada apa-apa. We're just friends! You tak ingat ke? So, boleh tak kalau you stop pestering me?"
Muka Zara nyata berubah. Solekannya terbukti tak dapat menyorokkan betapa muramnya wajah di sebalik tempekan bedak. Mata menyoroti tindak-tanduk lelaki pujaannya tergesa-gesa melucutkan kot putih dari tubuh sebelum mencapai kunci yang ditinggalkan Warda tadi.
"Nuf!"
Langkah Nuf terpaku di muka pintu.
"So, you do love her. Huh?" Suara Zara bergetar.
Mendengar nada Zara yang berubah, Nuf berpusing namun Zara sedikit pun tak memandang. Berdiri tegak, Zara terus -terusan merenung dinding seolah-olah fikirannya sudah tembus ke bilik sebelah.
"So, betullah you cintakan dia? Dari dulu lagi?" soal Zara lagi. Kali ini dengan bebola mata merahnya tepat merenung Nuf.
"You cakap apa ni? Stop the nonsense."
Nuf menggeleng dan mahu berlalu bila dia mendengar suara Zara meniti lagi.
"You know what? You suruh I stop tapi I rasa you yang patut stop. Stop pretending, Nuf! I saw what happened that day."
"Apa maksud you ni? You nampak apa?"
"That day. Hari tangan you cedera tu. Sehari lepas you operate Warda."
Air liur ditelan mendengar ujar Zara yang berlatarkan sunyi. Jelas dan nyata tiap patah yang terlontar buat Nuf diserang gemuruh.
Tak mungkin Zara tahu yang...
"I saw everything." Tambah Zara lagi.
"Kenapa you buat macam tu? It was good enough that you saved her, tapi kenapa you kena cederakan diri you sendiri?"
Nuf benar-benar terkaku. Debar semakin mengasak ruang dada.
Tak. Zara tak boleh tahu!
"Kenapa you sampai lukakan tapak tangan you sendiri?" Lirih suara Zara seolah menyesali.
Hari itu, dia nampak sendiri semua yang terjadi dari awal sehingga akhir. Apa yang berlaku di ruang wad yang menempatkan Warda.
Matanya tak mungkin tersilap melihat.
Mindanya tak mungkin silap mentafsir.
🌹🌹🌹
Sebaik Zara sampai di muka pintu, langkah jadi statik. Di dalam wad itu, dia melihat Nuf turut ada, berdiri di sisi katil. Perbualan keduanya nampak serius tak seperti perbualan antara seorang pesakit dan doktor, menarik perhatian Zara untuk terus diam di balik pintu. Niat asalnya yang sekadar mahu melawat terpaksa dilupakan tatkala bait-bait perbualan mereka memecah masuk ke pendengarannya.
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romance━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...