Lilyrose 52 | Marah

21.5K 1.2K 218
                                    

Kerana satu kesalahan
Hubungan jadi berantakkan

 

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

 

"Warda! Warda!" terjah Mak Ilah, gopoh dan tergesa-gesa.

Terkocoh-kocoh Warda menolak pintu kereta lalu keluar. Amna juga tak menunggu lama untuk keluar dan datang menghampiri Mak Ilah yang termengah-mengah.

"Kenapa ni, Mak Ilah?"

"Puan—puan—" terputus-putus nafas Mak Ilah. Jarinya menuding-nuding ke dalam rumah seperti mengisyaratkan kecemasan.

"Ada orang bawak puan lari! Mak Ilah tak tahu siapa! Dia ikut pintu belakang, pakai topeng!"

"Hah?" Amna terjerit kecil.

"Cepat, Amna. Warda tunggu sini. Jangan pergi mana-mana."

Tanpa membuang masa, Mak Ilah berlari semula ke dalam rumah diikuti Amna. Tak mungkinlah Warda boleh tunggu di situ tanpa melakukan apa-apa. Dia juga turut mengikut kedua mereka namun langkahnya lebih perlahan.

Sebaik masuk ke dapur, terperanjat di melihat pinggan mangkuk yang bertaburan dan pecah di lantai. Mak Ilah dan Amna sudah hilang di luar pintu dapur, namun usaha mereka sia-sia kerana kereta yang dilihat Mak Ilah tadi sudah tidak kelihatan.

Melangkah masuk, serentak langkah Amna dan Mak Ilah terpaku ke lantai. Membiru wajah keduanya melihat gerangan yang berdiri tak jauh di belakang Warda.

"Warda!"

Terpaling Warda, sekaligus terkaku apabila melihat Nuf terpacak di depan pintu. Longlai lututnya. Semakin kecut perut dia tatkala melihat wajah Nuf yang berubah sebaik melihat dia turut ada di situ.

"Buat apa kata sini? Siapa benarkan sayang keluar?" terketar suara Nuf menahan marah. Matanya mencerlung garang.

"A-abang—"

Jantung Warda terasa mahu meletup ditusuk pandangan bak laser dari mata Nuf.

"Mak Ilah, Warda buat apa kat sini?" nada Nuf masih kedengaran datar, namun tetap kedengaran bergetar. Kalau tidak diturutkan rasa hormat terhadap orang yang lebih tua, mahu dijerkahnya Mak Ilah yang sedang terkulat-kulat ketakutan.

Serba-salah menyerang Warda.

"Abang—Warda yang salah—"

Tersentak Warda apabila lengannya direntap dan dipaksa menurut lelaki itu keluar rumah menuju ke kereta putih yang terparkir di luar. Dalam menahan kesakitan di pergelangan tangannya, Warda tetap menurut sehingga pintu kereta putih itu dibuka seluas-luasnya dan lengannya dilepaskan.

Perasankan dada Nuf yang berombak dan rahang lelaki itu yang mengeras, Warda membeku. Tak berani dia bersuara walau sepatah. Pandangan lelaki itu yang tepat memanahnya cukup difahami tapi entah kenapa tubuh Warda tak bergerak walau sekelumit.

"Masuk."

Warda memberanikan diri.

"Abang, I'm so—"

"Masuk!"

Terhinjut bahu Warda ditinggikan suara. Kali ini aura kemarahan yang dipamerkan suaminya benar-benar lain. Luar daripada biasa. Bahkan waktu mereka bersengketa dulu pun tidak pernah dia lihat Nuf sebegini berang. Terputus-putus nafas Warda cuba menenangkan jantung sendiri yang mengalahkan enjin turbo kereta disebelahnya. Dalam ketakutan, Warda terpaksa akur dan masuk ke dalam kereta. Sejurus masuk, sekali lagi dia dikejutkan dengan hempasan pintu penumpang yang mampu menggegarkan jantung.

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now