Walau dia aku kenali
Namun dia tak pernah mengetahui
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Krekkk—
Bunyi laci meja kayu yang ditarik jelas kedengaran dalam ruang bilik yang tertutup. Dalam gerak perlahan, tangan Doktor Raiz Haidar masuk ke dalam laci dan keluar semula membawa sekeping gambar lusuh yang diambil bertahun-tahun dahulu. Cetakan kabur figura seorang gadis yang sedang tersenyum ceria sambil memangku seekor anak kucing ditatap penuh minat.
Dah tentulah gambar itu kabur.
Dia ingat lagi macam mana susahnya dia curi-curi kesempatan untuk menangkap gambar gadis itu suatu saat dahulu. Saat dimana si jelita Bella sudah diikat untuk menjadi permaisuri, tapi sebaliknya hati miliknya sudah terpaut pada si sepupu yang dikenali sebagai Lily. Baginya, Lily memang tak sejelita dan seseksi Bella namun ada sesuatu pada Lily yang tidak dimiliki tunangnya itu.
Sesuatu yang terpencil namun cukup istimewa.
Sesuatu yang cuba disembunyi namun tanpa dia sedari lebih menonjol auranya.
Sesuatu yang terpelihara rapi dan tak pernah dipamerkan sewenang-wenangnya.
Semua itu wujud dalam diri seorang Lilyrose Warda yang pernah dikenalinya dulu. Manis Lily dalam bersederhana. Santun Lily bukan berpura-pura. Buat perhatiannya ditarik-tarik oleh si bunga sekaligus teralih dari tunang yang selayaknya. Kemudian, sikap terburu-burunya jadi pemusnah. Bunga yang diidam makin jauh dari gapaian malah tunang didalam genggamannya jatuh berciciran.
Kau bodoh, Raiz Haidar!
Bang!
Meja dihentak dengan kepalan tangannya. Sebelah tangan lagi masih setia erat memegang bucu gambar. Mata menatap gambar tak berhenti. Seingat dia, kali terakhir mereka bertentang mata sudah lebih lapan tahun yang lalu. Agak mengejutkan bila wajah dah bentuk tubuh gadis itu langsung tak berubah cuma mungkin tudung di kepala yang menambah seri si bunga idaman.
Tanpa sedar, ibu jari kasar mengusap-usap lembut permukaan gambar umpama dia merasai kemulusan kulit si gadis. Mata dipejam dan kepala disandar ke kerusi.
Dengan azam yang tergenggam, dia tekad kali ini si bunga pujaan hati takkan dapat lari jauh lagi.
Akan dia gapai untuk menebus kegagalannya tempoh hari!
◂ ❚ ⊱ꕥ⊰ ❚ ▸
"Warda, kau buat apa tu?" terjah Amna.
Warda yang tadi asyik tekun membelek telefon pintarnya dan fokus mencatat sesuatu di buku terus terdongak melihat Amna yang duduk di depan.
"Aku tengah tengok kerja kosong ni," jawab Warda acuh tak acuh. Mata masih tak lepas berulang-alik antara buku dan skrin telefonnya. Pelipis yang gatal, digaru-garu perlahan dengan batang pen.
"Tak nak try apply dekat hospital balik ke? Aku rasa aku nak jadi nurse baliklah."
"Aku tak naklah. Kalau boleh, tak nak dekat situ lagi. Kalau aku nak jadi nurse semula pun, aku nak try apply kat hospital lain." Warda mengeluh. Bukan dia memilih, tapi tak mahulah dia jika terpaksa bertembung dengan Nuf di hospital yang sama lagi.
Masalahnya sekarang ini, mahu mencari jawatan kosong pun bukannya mudah.
Hish, susah betul nak cari kerja sekarang ni.
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romance━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...