Sembunyi sedalam mana
Luka masih terbias di mata
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
"Amna."
"Hmm?" sahut Amna. Mata yang sudah mahu terlelap, kembali celik. Dia menoleh Warda yang baring disebelah.
"Jom kita lari dari sini. Nak tak?" Warda berbisik perlahan.
Dengar seperti gurauan, tapi Amna dapat rasakan getaran serius dalam tutur Warda.
Amna bingkas bangun dan duduk bersila sambil menarik bantalnya ke atas riba. Mata tiba-tiba terasa segar-bugar.
"Kau cakap apa ni?"
"Ikut aku, jom."
Amna garu kepala yang tidak gatal.
"Pergi mana pula tengah-tengah malam ni?"
Warda membetulkan tubuhnya agar berbaring lebih selesa. Terlentang, dia memandang siling seperti menggambarkan sesuatu.
"Aku ingat kan...lepas operation injap jantung aku nanti, aku nak berbakti dekat luarlah pulak. Afrika ke, Somalia ke. Mesti best kan?" Anak mata Warda yang tadi berlegar-legar di permukaan siling, menoleh ke arah Amna.
Pandangan Amna kaku di wajah Warda dengan rahang yang sedikit jatuh.
Afrika?
Somalia?
"Kau ni, biar betul."
"Ada nampak aku macam main-main ke?" Warda mengiring, menongkat kepala dengan telapak tangannya.
"Atau, kita pergi Syria. Nak tak?"
Kali ini rahang Amna rasa seperti mahu tercabut dan bebola matanya umpama mahu meloncat keluar dari soket.
Syria?
Negara bergolak tu?
"Kau ni dah kenapa? Tiba-tibe je Afrika, Syria tengah-tengah malam ni. Rohingya kau tak nak sebut?" Gurau Amna.
"Eh, okay jugak tu!" Terus Warda bersila teruja. "So, kau jadilah nak ikut aku? Aku serius ni." Warda tayang muka bersinar sambil meraih tangan Amna.
Raut wajah Amna nyata berubah redup. Dia tahu Warda memang serius. Dari sinar teruja dan kesungguhan yang dipamer Warda, dia tahu Warda maksudkan setiap butir bicaranya.
"Kenapa tiba-tiba ni? Kau nak larikan diri dari siapa?"
Rasanya tak perlu ditanya. Amna cukup tahu Warda ingin lari dari siapa dan atas sebab apa. Tapi sengaja dia mahu menguji Warda.
Umpan Amna ternyata mengena.
"Kau pun tahu, aku dah tak ada sesiapa, kan? Aku nak cari erti bahagia aku sendiri. Aku stay kat sini pun tak ada gunanya, Amna. Kalau boleh, aku nak tinggalkan semua ni, mulakan hidup baru di satu tempat yang jauh dari sini. Satu tempat yang tak ada seorang pun yang kenal aku. Satu tempat, yang boleh buat aku rasa diri aku ni masih berguna."
Selalunya ayat-ayat menyayat hati sebegitu cepat sahaja membuatkan air mata Warda mengalir. Tapi, kini dia rasakan kolam air matanya sudah kering selepas ditumpahkan habis-habisan tadi. Sempat lagi dia mengukir senyuman manis buat Amna.
"Warda, kau kat sini pun sebenarnya dah bantu banyak orang. Tu Kak Azi, Alif, pesakit kanak-kanak kat hospital tu masih ramai yang perlukan khidmat kau. Tak payah pergi jauh, kat sini pun kau masih boleh rasa berguna. Kami semua masih perlukan kau. Sama je."
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romance━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...