Lilyrose 37 | Percaya

25.2K 1.5K 435
                                    

Ketulusan butir kata
Kadang kala bisa menyembuh luka

 

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

 

"Ra-Raiz, awak b-buat a-apa kat sini?" Warda terundur sehingga pinggulnya menyentuh kabinet dapur rumah besar itu. Terperanjat dia sebaik berpusing untuk keluar dari dapur. Di seberang counter island, dia menangkap kelibat Raiz yang tegak berdiri dan tegun menatapnya.

"Macam mana a-awak boleh masuk?"

"Maybe Mak Ilah balik tadi dia terlupa nak kunci pintu. So, saya masuk je sebab ingatkan ada orang."

"Bella kan tak ada. Takkan awak tak tahu dia ada flight balik tengah malam ni? Mak ngah dengan pak ngah pun belum balik lagi dari majlis dinner," terang Warda, berharap lelaki itu akan cepat berlalu. Sebelah hati berharap yang pak ngah dan mak ngahnya cepat kembali.

"Saya r-rasa b-baik awak balik dulu. Tak elok awak ada dalam rumah ni sekarang."

"Tapi Lily, saya datang bukan nak jumpa Bella, uncle ataupun aunty. Saya datang sebab nak jumpa dengan awak. Ada benda yang saya nak cakap sikit."

Boleh. Nak bercakap, memang boleh. Tapi kenapa perlu berjalan menghampirinya? Kan boleh je bercakap dari seberang sana?

Getus hati Warda sebaik dia perasan lelaki itu membuka langkah mengelilingi counter island di tengah-tengah ruang dapur basah. Hati Warda mula dihempas badai gelisah.

Merasakan ada sesuatu yang meresahkan dari renungan lelaki itu, kaki automatik dibawa menjauh. Raiz berpusing di sebelah kiri sementara Warda pusing ke sebelah kanan untuk menjarakkan diri. Walau langkah Raiz tak tergesa-gesa, tapi ada pantulan aura yang tak menyenangkan dapat dirasai Warda. Seperti bila-bila masa sahaja dia boleh diterkam si pemangsa mata keranjang.

"Wait, Lily. Don't be afraid. Jangan lari. Saya nak cakap sikit je dengan awak, Lily."

"Saya dah cakap banyak kali jangan panggil saya Lily. Awak siapa nak panggil saya macam tu?!"

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now