Biar mereka tidak tahu
Jantung ini tidak seperti dahulu
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Nuf memulas tombol dan menolak perlahan daun pintu. Pandangannya di liarkan di sekitar bilik yang suram.
Bilik yang menyimpan serba-sedikit memori dia bersama Bella.
Melihat bilik itu sudah tidak bertuan, hati Nuf bagai dirobek-robek.
Dengan perlahan, Nuf melangkah masuk dan terus menuju ke arah tingkap. Langsir disingkap luas agar cahaya semulajadi menerangi kesuraman bilik sebelum dia melangkah dan melabuhkan punggung di birai katil. Matanya tertarah ke arah laci kecil di sisi katil dimana terletaknya gambar perkahwinan dia bersama Bella. Bingkai gambar itu lantas dicapai.
Ditenung lama wajah Bella nan jelita.
Jemari kasarnya dilarikan di permukaan kaca. Mengusap imej Bella yang anggun menawan dalam gaun pengantinnya.
Hatinya diruntun pilu yang teramat.
Baby, I minta maaf I tak dapat lindungi you. I terlampau percayakan Warda, tapi ternyata I silap! Kenapa Warda sanggup buat macam tu pada you? Selama ni, wajah polos tu hanya sekadar luaran. I tak pernah sangka hati dia sekejam tu!
Tanpa sedar setitis air matanya gugur ke atas permukaan gambar.
Tepat di wajah Bella.
Nuf menghela nafas sebelum merebahkan tubuhnya perlahan-lahan ke atas katil. Bingkai gambar dipeluk erat ke dada seolah-olah dia memeluk tubuh Bella yang dirindui.
◂ ❚ ⊱ꕥ⊰ ❚ ▸
Pranggggg.
Mata Warda spontan membulat melihat pinggan yang berada di atas lantai itu terbelah kepada beberapa bahagian.
Terkocoh-kocoh Puan Rozita masuk ke dapur sebaik terdengarkan bunyi yang amat dikenalinya. Ini bukan kali pertama Warda menjahanamkan harta bendanya!
Dadanya rasa mahu meletup dek kemarahan sebaik melihat ke atas lantai.
"Warda! Apa kau dah buat ni?!" bergema satu rumah, suara Puan Rozita pagi itu.
Pagi-pagi dah bikin masalah!
Warda cuma mampu terdiam. Apa lagi yang mampu dilakukannya, selain menelan air liur kesat melihat mak ngah yang memberang. Memang salah dia terlepaskan pinggan itu tadi. Kalau bukan salahnya, boleh juga disangkal.
"Kau tahu tak berapa harga pinggan porcelain ni, hah Warda? Kau mampu ke nak ganti?"
Mak Ilah yang sedang menggoreng di depan dapur gas hanya menjadi pendengar. Tak berani dia mahu mengangkat wajah, risau-risau bersabung pandangan dengan majikannya yang sedang menyinga.
Warda memberanikan diri.
"Mak ngah, Warda janji nanti Warda belikan mak ngah pinggan yang baru. Warda minta maaf, Warda tak sengaja terlepas pinggan mak ngah ni-"
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romans━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...