Mana pergi dendam dan benci
Yang dulu sering merajai hati
· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
Warda merenung kejauhan di padang berlumpur petang itu.
Sudah dua hari dia tidak melihat bayang lelaki itu di dalam kem. Selepas kejadian antara mereka malam itu, semuanya bagaikan angin berlalu. Tiada jejak. Amna juga tidak menyoal apa-apa, malah Abang Zul dan Kak Aishah juga seolah-olah memahami. Langsung tidak disentuh perihal lelaki itu, membuatkan Warda tertanya-tanya sendiri. Ada ketikanya dia rasa malas untuk memikirkan lalu dia mengambil keputusan untuk bersikap tak ambil peduli.
Biarkan dia, Warda.
He doesn't deserve to be here.
He doesn't belong here.
Entah-entah dia dah balik Malaysia. Orang macam tu, mana layak duduk di kem pelarian yang kotor dan serba kekurangan ni. Mestilah dia jijik.
Kata hati Warda bertingkah sesama sendiri.
Nafas dihela panjang. Sambil menongkat dagu, langit cerah dipandang. Memang setiap petang selepas habis kelas bersama anak-anak pelarian ini, dia gemar duduk di atas batu besar ini. Meluangkan masa di tanah lapang di tepi kem itu, jiwanya turut terasa lapang. Meskipun berlumpur dan kotor, dia lega dapat melihat logamaya yang bersempadan langit. Tiada apa yang menghalang pandangannya.
Lamunan Warda tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan sekumtum bunga berwarna merah jambu di depan muka.
Aylan!
Hanya Aylan yang akan memberikan bunga yang unik tetapi cantik dan harum ini kepadanya.
Lantas Warda berpaling ke sisi. Memang betul tekaannya. Tanpa berfikir panjang, dia menyambut dengan senang hati. Senyuman terus mekar di bibir sementara Aylan menunjuk-nunjuk sesuatu di belakang Warda. Tak cukup itu, dia menolak perlahan pipi Warda agar segera berpaling.
Sebaik menurut, Warda lantas terkaku. Sama seperti dua hari lepas, dia melihat wajah yang sama di belakangnya. Cepat-cepat Warda memandang depan kembali. Sangkanya dia sudah tak akan melihat wajah itu lagi tapi ternyata dugaannya meleset sama sekali. Dengan helaan nafas berat, Warda mengangkat punggung dari duduk dan menarik tangan Aylan agar mengikutnya. Dia mahu berlalu dari situ.
"Warda, boleh tak dengar dulu apa yang aku nak cakap."
Warda enggan peduli dan terus melangkah.
"Bunga tu——tahu tak bunga apa?"
Langkah Warda tiba-tiba statik.
Bunga ni, dia yang bagi ke?
Warda sudah berkira-kira untuk membuang sahaja bunga tersebut ke tanah. Dia tak sudi terima sebarang pemberian dari lelaki itu!
Menjeling tanpa sebarang perasaan, Warda menukar arah kaki melangkah.
"Damask rose."
Langkah Warda terhenti lagi.
Nuf menghampiri namun dia perasan Warda tersentak halus dan terundur setapak dua.
"Nama bunga tu, damask rose. Kebanyakan orang kat sini panggil bunya tu 'wardah'. It's quite fascinating, isn't it? You two got a same name."
Tak bagi Warda. Seanjang hidupnya, memang dia sedia maklum dengan maksud namanya.
Bunga mawar, atau ros dalam Bahasa Arab.
YOU ARE READING
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
Romance━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat n...