Lilyrose 44 | Misteri

27K 1.5K 566
                                    

Apa yang tersembunyi
Di balik sepasang mata misteri

 

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

 

"Warda!" pekik Puan Rozita.

"Ya, mak ngah?"

"Hari ni aku tak nak kau letak besi buruk kau tu bawak pokok depan tu. Aku nak kau letak dekat luar pagar belakang. Lepas tu masuk ikut pintu dapur. Jangan mengada-ngada nak lalu pintu depan."

Bingung Warda sebaik mendengar arahan yang luar biasa dari mak ngahnya. Selalunya dia parkir Cik Pisang di situ, tak pernah pula mak ngah bising sedangkan mak ngah yang mengarahkan dia supaya letakkan keretanya di situ setiap kali kalau dia mahu pulang ke rumah besar itu. Malah, mak ngah juga yang menyuruh dia pulang hari ini untuk membantu Mak Ilah masak. Katanya ada tetamu istimewa yang akan datang.

Entah siapalah agaknya.

Warda pun malas berfikir panjang. Malas juga mahu bertanya sebaik menyedari statusnya. Tugas sebagai 'part-time maid' tak berbayar di rumah ini pun dah cukup bagus dan harus dia jalankan sebaiknya walaupun cuma berkuat kuasa pada hujung minggu. Maklumlah dia punya tuntutan lain di hari bekerja. Lagipun, mak ngah bukannya suka melihat dia di rumah itu selalu.

"Kenapa, mak ngah? Warda tak siap tolong Mak Ilah lagi ni. Sekejap lagi Warda alihkan," sahut Warda dari sebalik dinding dapur.

"Dah! Dah! Pergi alihkan sekarang. Buat malu je kalau bakal menantu aku nampak besi buruk kau tu. Ingat, lepas tu kau masuk ikut pintu belakang. Jangan mengada-ngada nak lalu pintu depan." Diherdiknya Warda lagi.

Memang pantang sungguh Puan Rozita melihat Warda terutamanya dengan kereta bernama buah yang jelik itu. Ada sahaja yang tak kena pada pandangan matanya. Lagi baik kalau Warda tak balik terus. Taklah menyakitkan mata dan hatinya. Lainlah kalau dia mahu menggunakan Warda untuk kepentingannya seperti hari ini, barulah ditahan rasa meluatnya yang meluap-luap.

Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2Where stories live. Discover now