BAB 40

4K 269 1
                                    

Tangan memegang mangkuk tingkat dengan berhati-hati menuju ke dapur.

Setelah berbual-bual dengan mama selama hampir sejam juga, Khairul ambil keputusan untuk pulang. Takut Nadhirah mencarinya pula kalau lama-lama dia menghilangkan diri.

Dia meletak di meja makan. Kemudian, mangkuk tingkat itu dibuka dan di susun elok-elok.

Khairul menuju ke dapur untuk menyediakan nasi ayam khas daripada mama.

Mama kata, Nadhirah confirm tak tolak punya nasi ayam buatannya kerana nasi ayam  merupakan kegemarannya. Patutla minta nasi ayam pun. Getus Khairul sendiri.

Dia tersenyum sendiri sambil menyediakan di atas dulang. Dia teringat akan kata-kata mama tadi.

"Aireen ni kalau dia penat sangat atau stress, dia akan cepat jatuh sakit dan pengsan. Mungkin sebab itulah dia mudah dapat penyakit." Kata mama sambil meletakkan nasi ke dalam bekas.

Khairul hanya mengangguk dan memerhati mama membuat kerja.

"Jaga Reen elok-elok. Mungkin dia akan menjadi terlebih manja lepas ni. Mama harap kamu bersabar dengan peragai Reen." Sambung mama lagi.

"Insha Allah, ma." Ringkas jawapan Khairul.

Khairul meletakkan air botol mineral dan ubat di dalam dulang. Kemudian, dia menatang dengan berhati-hati dulang ke arah tangga untuk ke bilik mereka.

Pintu diketuk perlahan. Lepas 3 minit menyepi, Khairul buka daun pintu perlahan.

Kelihatan figura tiada di dalm bilik. Mungkin dalam bilik air? Tingkah Khairul.

Dia meletakkan dulang di meja lampu. Dia merehatkan diri dikatil sambil bermain telefonnya di tangan.

Khairul berpaling ke arah bunyi itu. Bunyu itu daripada telefon Nadhirah. Dia mencapai telefon Nadhirah yang berada di sebelahnya kerana banyak bunyi mesej masuk.

Dia memandang screen telefon Nadhirah. Senyuman manis terukir. Gambar Nadhirah dan dirinya ketika berkahwin dulu menjadi wallpaper telefon Nadhirah.

Dia membuka mesej. Pelik? Selalunya orang mesej guna whatsapp tapi ni mesej. Dia membuka tanpa ragu.

Mesej nobor yang tidak dikenali dibuka. Khairul kerut dahi membaca setiap mesej yang dihantar oleh pengirim.

Hai, sweetie!-NIKKI

how are you today?-NIKKI

I miss you, baby!-NIKKI

Please reply my massage.-NIKKI

NIKKI? Who is this guy? Siapa yang mesej Nadhirah ni? Siap sweetie baby bagai ni.

Menjalar satu perasaan cemburu di hati. Khairul memegang erat telefon Nadhirah. Dia merengus kasar. Mesej itu dipadam sebelum telefon Nadhirah di hempas geram.

Siapakah lelaki yang telah mesej Nadhirah ni? Khairul tertanya sendiri. Muka sudah berubah tegang. Dia memerlukan penjelasan daripada Nadhirah. Kalau tidak, dia akan berfikiran negatif terhadap Nadhirah.

Nadhirah berlaku curang dibelakangnya? Mana mungkin!

Khairul mengambil semula telefonnya apabila nampak kelibatan Nadhirah keluar dari bilik air. Khairul sibuk-sibuk dengan telefonnya walaupun tiada yang menarik pun.

Aku memandang Khairul dikatil. Asal serius sangat muka tu? Takkan suruh buat nasi ayam pun cam gitu muka? Aku eleng kepala.

Tuala di kepala dibuka dan diletak ditempat penyidai. Sikat diambil dan disisir dengan rapi. Tubuhnya kembali segar selepas mandi.

SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)Where stories live. Discover now