MALAM menjelma. Kini aku berada di ruang tamu bersama-sama keluarga yang lain. Kini hanya tinggal aku, khairul, mertuaku, maklong sekeluarga dan tak ketinggalan juga maksu sekeluarga. Semua sembang macam tak pernah jumpa bertahun-tahun. Walhal pagi tadi baru je berjumpa. Dah kematu punggung dengar mereka sembang. Sesekali aku menyampuk apabila ditanya soalan tapi sepatah jela jawab. Masih terasa dengan sindiran maksu maghrib tadi tapi aku diamkan ajelah.
Takkan nak gempar gempur pula pasal gaduhan 'manja-manja' aku tadi dengan maksu kat semua orang dalam rumah ni. Semua sindiran dan makian pedas kaw-kaw maksu aku telan jua walaupun pahit di jiwa. Papa ada pesan, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Pesanan papa ku semat ke dalam hati. Cehh! Tak menahan bebenor ayat.
Tiba-tiba aku teringat berbualan aku dengan Alisa selepas aku berbual 'rancak' tadi dengan maksu.
"Kenapa kau menangis? Kau terasa ke apa mummy aku cakap tadi hah? So, betul la kau anak buangan kan? Kesian hidup kau kan? Hidup dengan keluarga kaya tapi tak pernah sedar diri tu just anak pungutan. Apa class kau dik." Kata Alisa sambil menilik jari runcingnya di tepi pintu masuk rumah.
Asap sudah berkepul-kepul memenuhi ruang. Tunggu masa nak meletup saja. Tangan aku genggam kuat. Rasa nak tumbuk-tumbuk je minah kat depan aku ni. Aku beristighfar panjang. Lepas 'bertengkak' dengan mak, ni anak pulak nak tambah rencah. Aku menarik nafas panjang sebelum melepas. Orang dihadapan aku, aku tenung. Sabar Nadhirah. Api lawan api tak ada yang menang. Aku memujuk hati yang kini membara.
"For your infomation, saya bukan anak pungutan atau anak buangan yang diwar-warkan oleh mummy akak tadi. Saya anak sah Puan Aida dan Encik Hamzah." Saja aku tak tambah Dato' dengan Datin depan nama parents aku. Aku nak tengok sejauh mana mainan dua beranak ni. Let's play games darlingggg.
Dia tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh." Kau bohong. Kau kahwin dengan Abang Khairul pun sebab kau dah bomoh kan dia kan perempuan? Hey, budak! Memang perempuan macam kau ni suka bomoh-bomohkan orang ke hah? Biasala kan? Nak hidup senang, macam ni la kau buat kan?"
Kening aku terjongket. Bomoh? Terdesak sangat ke aku sampai macam tu dia fikir. Aku eleng kepala sebelum membalas renungan tajam dia.
"Akak ni kenapa kuno sangat? Zaman dah moden kenapa nak guna bomoh? Mesti akak pernah guna kan kat mana-mana lelaki akak minat? Nak senang kan, mesti cara ni akak buat kan?"
Aku memulangkan paku yang tajam kepadanya. Jelas wajahnya bertukar. Aku tersenyum sinis. Kau belum kenal Aireen Nadhirah la. Sekali kau jolok sarang tebuan, bertubi-tubi bisa yang kau dapat. Kataku dalam hati.
"Kau memang kurang ajar kan? Kau dengar sini eh. Tak kira apa pun, Abang Khai akan jadi milik aku juga seperti 3 tahun lepas. Kau tunggu budak. " Setelah berkata demikian, Alisa segera melangkah ke arah dapur. Bahuku dilanggar olehnya. Aku memandang kepergiannya. Takkan dengan 'budak' seperti aku pun mengalah. Tak padan dengan belajar tinggi.
"Dee? Ooo Dee? Dengar tak Alisa tanya apa?"
Lamunanku tersentak dengan teguran Khairul. Mata-mata yang berada di ruang tamu memandang aku seperti menunggu satu jawapan dari ku. Aku termalu sendiri. Suka sangat termenung.
"Kak lisa cakap apa tadi? Kurang jelas la." Dalihku. Padahal tak thu menahu pun.
"Your parents balik bila? Lama lagi ke kat Mekah sana? Reen tak bosan ke tinggal berdua dengan Abang Khai? Yelah, 'menumpang' kan?"
Ayat last tu tak menahan. Sindiran yang maha pedas itu tak sedikit pun goyahkan aku. Memang hari ni hari sindiran ke ape?
"Hish, kesitu pulak kamu ni lisa. Diorang kan dah kahwin. Tak adanye istilah tumpang menumpang. Yang kamu beria ni kenapa?" Kata Maklong sebagai backup yang tak bertauliah. Haih, mujur ada jugak saudara mara belah Khairul menerima aku. Bukan seperti serigala kejadian ni. Pekik sana pekik sini. Pening-pening.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomansaFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...