Cermin mata hitam dibuka dan melihat dewan yang sedang meriah itu. Jam yang dililit ditangan dikerling. Dia sudah lewat. Ketika dalam perjalanan tadi, dia terserempak dengan Yasmin. Kata Yasmin, kawan-kawannya sudah pulang. Mestilah dah balik sebab dah petang dah ni.
Dia berjalan dengan penuh bergaya sambil memegang sebungkus hadiah.
Dia memerhati segenap ruang dewan yang sedang meriah. Dia sedang mencari seseorang. Tapi di mana ya?
"Auch. Sakitnya buntut aku. Woi! Kau tak nampak ke aku nak keluar ni?" Wanita itu jatuh terduduk di hadapan pintu dewan.
Aniq terkedu dimarahi oleh wanita yang berambut perang tersebut. Siapa langgar siapa ni? Dia yang langgar, aku pulak yang ditengking.
"Hello! Kau yang langgar aku. Kau tu yang buta tak nampak aku kat pintu ni." Aniq menjeling tajam wanita tersebut.
Wanita itu sedaya upaya untuk bangun. Belum sempat dia membuka mulut, dia terkedu melihat lelaki dihadapannya.
"Aniq. You Aniq kan?" Alisa menyoal.
"Aaaa.. Alisa." tergagap-gagap Aniq.
"Betullahkan ni Aniq. You buat apa kat sini?"
"I datang majlis kawan i. You pula buat apa kat sini?"
"Ni majlis sepu....."
"Eh, Aniq! Lambat sampai. Awak pergi mana baru sampai?" Alisa dan Aniq serentak memandang aku dan Khairul.
Aku memandang pelik ke arah Aniq dan Alisa. Macam something wrong je dua orang ni?
"Errr... Saya sesat tadi. Nasib baik terserempak dengan Yasmin. Eh, ni hadiah korang! Selamat pengantin baru." Aniq menghulur hadiah kepadaku.
Aku menyambut dengan senyuman nipis.
Aku mengerling Alisa. Senyap je. Asal ni? Kalau nampak Khairul mesti terkinja-kinja. Tergedik-gedik.
"Ehem. Aniq pergilah makan dulu. Nanti kita borak,ya?" setelah lama menyepi, Khairul membuka bicara.
"Err... Okey." Aniq pantas masuk ke dalam dewan.
Aku memandang Alisa yang perhatikan Aniq yang sedang mengambil makanan. Mesti ada something diaorang ni? Ke Alisa ni berkenan dengan Aniq? Oh,no!
"Lisa. Alisa. Hey." Khairul memetik jari di hadapan muka Alisa.
Alisa terperanjat dan reaksi yang dipamirkan olehnya tak dapat dikenal pasti.
"Lisa okey tak?" soal Khairul lagi.
"Ok..okey. Kenapa?"
"Tak adalah. Kejap lagi kitaorang nak pergi shoot gambar. Lisa nak balik dulu ke, ke nak stay sini sampai majlis habis?"
Alisa seperti memikirkan sesuatu. Dia memandang Aniq kemudian memandang Khairul kembali. Ape kena dengan perempuan ni ha? Kena sampuk ke?
"Lisa stay sampai majlis habis." Alisa mengukir senyuman hambar.
"Abang. Dee nak borak dengan Aniq. Abang berbuallah dulu dengan Kak Lisa." selepas mendapat kebenaran dengan Khairul, aku melangkah perlahan ke arah Aniq. Ada sesuatu yang perlu aku tahu.
Aku menarik kerusi di hadapan aniq. Aniq melempar senyuman manis sambil menyambung makan.
"Aniq. Saya nak tanya sesuatu boleh?" setelah lama menyepi antara aku dan Aniq, aku mula membuka mulut.
Aniq sudah selesai makan dab menyapu bibirnya yang comot dengan tisu. Kemudian dia memberi perhatian ke arahku.
"Ada apa Nad?"

YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
Любовные романыFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...