Suasana dalam kafe hospital agak sesak. Mungkin kerana lunch time. Aniq meneruskan suapan. Alisa yang masih disebelahnya diendahkan. Sibuk betul perempuan ni. Aku nak makan pun tak senang.
Yasmin dihadapan Aniq hanya melihat drama di depan mata. Kadang-kadang menyampah pun ada.
Alisa terus merenung Aniq tanpa berkelip.
Semakin meningkat dewasa ni, semakin handsome pulak you ni Aniq. Kenapa I tinggalkan you dulu kan? Getus hati Alisa.Aniq menjeling ke arah Alisa. Aniq tiba-tiba mendapat idea jahat untuk mengenakan Alisa. Siap kau Alisa.
"Aduh. Apa you ni?", Alisa menggosok dahi dengan tapak tangan setelah dijentik kuat oleh Aniq.
"You tu dah kenapa? Tak pernah tengok orang makan ke?"
Yasmin menahan ketawa. Kelakar melihat reaksi Alisa setelah dijentik oleh Aniq. Padan muka. Kacau lagi member aku.
"Biarlah. I nak tengok you. Salah ke?", Alisa buat muka selamba je. Air jus di depan di sedut perlahan-lahan.
Aniq mencebik. Memang tak tahu malu perempuan ni.
"Dahlah. Jom, Yasmin. Kita pergi surau lepastu pergi ke wad Nadhirah semula.", Yasmin hanya mengangguk dan melangkah pergi meninggalkan kafe hospital bersama Aniq. Alisa ditinggalkan di belakang.
"Hey. Tunggu I lah. Hish!", Alisa mengejar langkah Aniq dan Yasmin.
.
Khairul keluar daripada wad Nadhirah bersama doktor Hani.
"Saya harap encik Khairul banyak-banyak bersabar ya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.", pinta doktor Hani.
Khairul hanya mengangguk dan melihat kepergian doktor Hani.
"Khai. Kenapa dengan Reen?", mama menyoal setelah doktor Hani pergi.
Khairul tersenyum nipis sebelum memeluk umi dan baba erat.
"Hey. Kenapa ni? Reen sakit apa, Khai?", gusar mama melihat Khairul memeluk kedua ibu bapanya tiba-tiba.
"Kenapa Khai? Cakap dengan umi dan baba.", baba memujuk. Apa yang telah anaknya lalui sekarang ni?
Khairul meregangkan pelukan dan memeluk papa dan mama pula. Air mata keluar perlahan.
"Kenapa Khai? Apa dah jadi dengan Reen? Dia sakit apa?", mama masih lagi menyoal. Khairul tetap senyap.
Aniq dan Yasmin bergegas ke arah wad Nadhirah. Nampaknya, ustaz mereka sudah keluar, dia perlu tahu keadaan Nadhirah.
"Ustaz. Macam mana dengan Nadhirah?", Aniq segera menyoal.
"Haah ustaz. Macam mana dengan dia?", Yasmin turun menyoal.
Khairul melepaskan pelukan mentuanya dan memandang ke arah bekas anak muridnya.
Kening Khairul berkerut setelah melihat Alisa ada bersama Aniq dan Yasmin.
"Lisa pun ada?", soalan Khairul menyebabkan Alisa tersengih.
"Lisa datang lawat Nadhirah la."
Yasmin disebelah Aniq mencebik. Tadi kau cakap dengan aku nak jumpa Aniq. Getus hati Yasmin.
Khairul hanya menggangguk.
"Nampaknya, semua dah ada dekat sini. Jadi, bolehlah saya umumkan kesihatan isteri saya.", Khairul mengambil nafas panjang sebelum menyambung kata-katanya.
Semua yang berada di sini teruja menanti ayat yang dikeluarkan oleh Khairul.
"Semua ni salah saya."

YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...