Hari ni hari terakhir aku belajar. Terasa masa cepat berlalu.Mama papa ke Mekah. Perkahwinan aku dan Khairul tanoa sengaja. Terserempak dengan Aniq tanpa sengaja di pasaraya. Kantoi dengan Syafiq masa kereta buat hal. Macam-macamlah.
Kini tinggal lagi 2 hari untuk SPM. Hati aku benar-benar berdebar. Peperangan aku akan bermula tidak lama lagi. Aku sudah membekalkan banyak senjata untuk peperangan aku nanti.
Maka misi aku nak angkat pen akan bermula hari isnin ni. Bukan angkat senjata ya. Hehehe.
Hubungan aku dengan Aniq boleh dikatakan baik walaupun dia jarang dah tegur aku. Mungkin sebab dah dekat exam atau sebab malam penjelasan tersebut. Entahlah malas nak fikir. Husnuzon."Weh, kau menung apa? Jauh noh termenung. Ustaz nak cakap something tu dekat kita." Yasmin menyenggol lenganku.
Aku tersentak daripada lamunan."Sorry, aku termenung tadi." Aku tayang senyuman tidak bersalah. Aku mula fokus dihadapan. Mendengar Khairul yang ingin berkata sesuatu.
"Hari ni adalah hari terakhir awak semua belajar. Jadi sebagai tanda perpisahan kita, saya dengan senang hatinya akan memberi awak semua hadiah."
Semua pelajar mula bersorak. Teruja mungkin dengan hadiah yang akan diberi oleh ustaz korea kesayangan mereka.
Aku melihat Khairul sedang mencari sesuatu di dalam begnya. Aku mula tidak sedap hati. Jangan kata dia...
"Tadaaa." Khairul menunjukkan sampul surat ke arah pelajar-pelajarnya.
Banyak sampul surat yang dipegang oleh Khairul. Aku menelan air liur dengan pahit.
"Apa tu ustaz?" Soal Fitri di meja hadapan atau lebih tepat dihadapan Khairul.
"Hadiahlah. Okey, sorang ambil sorang satu. Jangan buka lagi." Khairul mula mengagihkan satu per satu sampul surat kepada pelajar-pelajarnya.
Tiba saja di meja Nadhirah dan Yasmin,
Khairul menghulur kepada Yasmin dan juga Nadhirah.Khairul melemparkan senyuman penuh makna kepadaku. Aku menggigit bawah bibir.
Aku memandang ke belakang kelas atau lebih tepat memandang Khairul yang mengagihkan sampul surat kepada Aniq dan Syafiq.Mereka ambil tanpa banyak soal. Kemudian, Syafiq dan Aniq sama-sama memandang aku. Mereka menunjukkan sampul surat kepadaku dengan senyuman penuh makna.
Aku hanya tersenyum paksa. Semua bakal terbongkar sekejap lagi. Bersedialah Nadhirah!
Sejurus mengagihkan sampul surat kepada pelajar-pelajarnya, Khairul kembali dihadapan kelas. Senyuman manis terukir.
"Tak boleh bukak lagi ke ustaz? "
"Haahlah. Saya dah excited dah ni."
Khairul hanya tersenyum mendengar soalan yang dilontar oleh pelajar-pelajarnya.
"Sebelum tu, saya minta maaf andai awak semua terguris hati semasa saya mencurahkan ilmu kepada awak semua. Saya halalkan semua ilmu yang saya berikan. Dan, awak boleh bukak surat tu!"
Semua pelajar sibuk membuka sampul surat yang berada di tangan masin-masing. Ada yang excited. Ada yang macam tak kisah. Macam-macam ragam.
Aku sudah kecut. Confirm dia akan diserbu sekejap lagi. Siap sedialah Nadhirah. Kataku dalam hati.
"Ustaz nak kahwin?" Soalan yang ditanya oleh Nana tidak memeranjatkan aku. Nada suaranya seperti kecewa.
"Wow, siapa perempuan yang bertuah tu?" Fitri menyoal ustaz dihadapannya. Dia masih belum membaca kad hitam yang dipegangnya sekarang.
Syafiq dan Aniq menyimpan senyuman. Dia sudah tahu siapa perempuan bertuah tu. Siapa lagi kalau bukan Nadhirah.
"Bacalah." Khairul hanya menayang senyuman.
![](https://img.wattpad.com/cover/117732387-288-k293679.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
Storie d'amoreFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...