FLIGHT penerbangan ke Mekah tinggal 15 minit sebelum berlepas. Nadhirah tidak lepas berkepit dengan mama dan papanya. Almaklumlah anak manja.
2 bulan Dato' Hamzah dan Datin Aida meninggalkan bumi Malaysia untuk mengerjakan rukun islam yang ke 5 itu.
"Dah-dah la tu peluk papa, bukannya kami tak balik terus pergi sana."Tegur Datin Aida melihat anak tunggalnya memeluk lengan suaminya dari tadi.
"Biarla Ida, bukan selalu Nadhirah bermanja dengan abang macam ni."Dato' Hamzah menggosok kepala Nadhirah lembut.
Nadhirah tersenyum kemenangan. Khairul di sebelah di padang sekilas. Suaminya dari tadi lagi tidak mengalih matanya di screen iPhone 8 .Apa yang menarik tak tahu lah, mulut dia pun terkumat kamit.
"Khai..."Panggil Dato' Hamzah perlahan.
"ye pa?" Khairul mengalih pandanganya ke arah bapa mertuanya.
"Nanti tolong jaga Reen baik-baik.Reen ni manja sangat. Tengok ni, belum pergi lagi dah macam ni dah gayanya."
Khairul mengangguk dan tersenyum lebar melihat manjanya isterinya bersama bapa mertuanya.
Nadhirah menarik muncungnya.Dia membetulkan duduknya. peluk di lengan papanya dileraikan.
"Biarla Reen nak bermanja dengan papa. Papa dengan mamakan tak ada 2 bulan. I'll miss both of you. " Sayu Nadhirah berkata.
Khairul mengambil tangan Nadhirah dan menggegam erat.
"Abangkan ada."Khairul memujuk Nadhirah.
Nadhirah menayang muka polos. Dia membiarkan pegangan suaminya.
"flight kami dah nak bertolak. kamu berdua jaga diri elok-elok. ingat Reen, yang penting jaga..."
"jaga hati suami..."Nadhirah mula buat muka bosan. dari hari akad nikah lagi mamanya asyik mengigati tentang itu.
"Bagus. Mama pergi dulu.Jaga rumah tau. Khai, jaga elok-elok Aireen."Datin Aida dan Dato' Hamzah bingkas bangun dan segera bersalam dan memeluk anak menantu mereka.
" I'll ma. don't worry!"
Khairul mencium tangan Datin Aida dan beralih pula kepada Dato' Hamzah.
"Jangan lupa Reen tau. Sampai sana call Reen selalu. Doakan Reen dapat jodoh ye ma." Kata Nadhirah dalam nada mengusik.Dia tidak menghirau dengan muka cemberut suaminya. pelukan mamanya dieratkan lgi.
"haih, jodoh kat sebelah Reen tak cukup ke?"Dato' Hamzah menggeleng kepala. dah ada suami pun tak ubah-ubah peragai mengusiknya.
"Reen gurau jelah. Yang kat sebelah Reen ni dah terlebih dari cukup. kan awak?" Nadhirah merangkul lengan sasa Khairul sambil dibuat-buat senyuman paling manis.
Khairul hanya menayang muka selamba. merajuk ke ustaz korea ni?
"Dah lah, kami gerak dulu. Assalamualaikum." Dato' Hamzah dan Datin Aida bergerak ke arah balai perlepasan.
Khairul dan Nadhirah menjawab salam dengan serentak. mereka melambai-lambai tangan. Air mata diseka di hujung jari.Alah, 2 bulan je. pejam celik pejam celik je mama dan papa balik jugak.
"Jom balik."Khairul berura-ura mahu bergerak tetapi ditarik oleh Nadhirah.Pegangan di lengan Khairul dikemaskan.
"Awak marah ke?"Soal Nadhirah takut.
"kenapa nak marah?" soalan dibalas soalan.
argh, parah ....
"mana tau awak marah pasal tadi. saya gurau je pasal jodoh tu. awak je jodoh dunia akhirat saya. sorry awak."Nadhirah bermain-main janggut Khairul. Nadhirah hanya tinggi setaraf dagu Khairul. tabiat terbarunya selalu dilakukan apabila dia berada dekat dengan Khairul.
"Tak marah pun. Abang tau Dee berguraukan. dah jom balik." Khairul menarik hidung Nadhirah geram sambil tersenyum puas.
"sakitlah."Nadhirah merengek sakit dan menggosok-gosok hidungnya. dia memukul lengan Khairul.
Khairul galak ketawa.Dia memeluk bahu Nadhirah dan pulang ke rumah.
JAM menunjukkan tepat pukul 9 malam. Dato' Hamzah dan Datin Aida sudah berlepas setengah jam yang lalu. Khairul dan Nadhirah masih di dalam kereta. KLIA mengambil masa selama sejam dari rumahnya.
Corong radio kereta Audi Khairul tidak berhenti memutar lagu. sesekali Khairul menoleh ke arah Nadhirah disebelahnya. Nadhirah hanya diam memandang tingkap kereta.sejak balik dari KLIA, isterinya diam membisu. selalunya ada sahaja cerita yang dikongsinya. pasal sekolah la, kucing-kucing la macam-macam lah.
"Dee. Kenapa senyap ni?"Soal Khairul setelah lama menyepi.
"saya terpikir sesuatu..."Nadhirah mengeluh kecil.
"Fikir apa?"
"lepas ni pindah rumah awak kan?"Nadhirah memandang Khairul.
"rumah kita.."Khairul membetulkan ayat Nadhirah.
"Tapi macam mana dengan kucing-kucing saya."sayu bicara Nadhirah.
"kan abang dah cakap kita bawak sekali kucing-kucing ke rumah kita. jangan risau la."Khairul memujuk Nadhirah. Jangan risau laaa..
"okey."
"Awak..." Nadhirah memanggil Khairul setelah kembali menyepi.
"ye?"
"Tadi kat KLIA awak tengok apa kat handphone awak?"soal Nadhirah ingin tahu.
"oh, Abang mengaji dalam handphone. kenapa tanya?"
"saja."Nadhirah tersenyum nipis dan mengalih pandangan ke arah tingkap kereta.
Pintu pagar rumah agam itu dibuka dengan alat kawalan jauh. kereta Audi Khairul selamat diparking di bawah garaj.
"Alhamdulillah dah sampai. jom turun."Khairul keluar dari keretanya dan berjalan ke arah sebelah pintu kereta Nadhirah.
"Thanks."Nadhirah tersenyum manis dan melangkah ke arah pintu utama.
"Everything to my princess."
vote!!!
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...