BAB 44

3.5K 238 9
                                    

Jam sudah menunjukkan 4.30 p.m. Kelas tambahan Pendidikan Islam sudahpun tamat.

Khairul sempat mengerling aku sebelum dia keluar. Aku memandangnya. Dia memberi syarat untuk cepat sedikit. Aku hanya mengangguk.

Peralatan alat tulis yang digunakan dikemas dan disumbat ke dalam beg. Kemudian aku menggalas beg di bahu.

Yasmin masih terkial-kial menzip beg. Lambat betul minah ni.

"Aku pergi dulu. Ada orang dah tunggu aku. Bye Yas!"

"Okey. Jumpa pula malam ni." Aku hanya mengganguk dan berlalu ke pintu kelas.

Ketika aku berura-ura untuk menurun tangga, satu suara menyapa aku.

"Err, Nadhirah!" Aku memandang suara garau tersebut.

Aku tersenyum nipis melihat gerangan yang menegurku.

"Ya? Kenapa Aniq?" Aku menyoal sambil menurun tangga.

Aniq juga turut menurun tangga.

"Awak sibuk ke petang ni?"

"Sibuk jugakla. Nak jumpa mentu...eh nak jumpa kawan papa. Kenapa?" Aku menghembus nafas lega. Nasib baik tak kantoi. Kang terkeluar mentua tu, banyak pulak soal jawab nanti.

"Ooo. Ingatkan tak sibuk. Baru nak ajak lepak tadi. Tapi tak apalah." Aniq tersenyum nipis.

Aku memandangnya disebelah. Pertama kali Aniq ajak lepak ni. Ada apa eh?

"Mungkin lain kali. Saya dah lewat ni. Jumpa awak malam ni. Bye!" Aku tersenyum nipis dan berura-ura untuk melangkah ke luar sekolah.

Aku sudah memberitahu Khairul untuk menungguku di bus stop. Aku tak nak Khairul menunggu lama sangat nanti.

"Err, Nadhirah! Sekejap!" Aniq menahan aku.

Aku berhenti melangkah.

"Kenapa Aniq?" Soalku. Orang dah lambat ni, nak juga panggil.

"Errr.. saya..sayy..saya.." Tergagap-gagap Aniq.

"Saya apa? Saya dah lambat la, Aniq."

"Tak apalah. Malam ni jelah saya bagitahu. Bye Nadhirah." Aniq berlalu ke arah tempat memarkin motor.

Aku hanya mengangguk dan melangkah laju ke bus stop. Kereta Audi Khairul telah berada di bus stop. Aku melajukan lagi langkahku. Takut juga kena marah nanti. Khairul tu jenis sharp masa.

Nasib baik bus stop tiada orang masa ni. Kalau tak, payah jugak nak masuk kereta Khairul nanti.

Aku membuka pintu penumpang disebelah pemandu dan masuk secepatnya.

"Sorry lambat." Aku mengukir senyuman seperti kerang busuk kepada Khairul.

Khairul hanya tersenyum nipis dan mula memandu ke rumah baba dan umi.








Dia memerhati Nadhirah masuk ke dalam kereta Audi milik Ustaz Khairul. Dia tersenyum hambar. Betullah apa yang dia nampak pagi tadi. Matanya tak pernah menipu. Nadhirah datang sekolah dengan Khairul. Dan dia perlu tahu yang Nadhirah sudah dimiliki.

Dia menghela nafas dan menghidupkan enjin motor dan memecut meninggalkan sekolah.









Rumah baba dan umi mengambil masa dalam 20 minit juga dari sekolah. Aku menyandar di seat penumoang dengan selesa. Penat seharian disekolah. Malam  ni ada pula kelas Add Maths. Aduh, letih sungguh.

Mana tak letihnya. Tinggal lagi 2 minggu nak SPM. Memang kena berkorban masa, jiwa dan raga. Tambah pula aku seorang isteri kepada seorang lelaki yang menjadi pujaan aku. Berganda keletihan aku ni. Aku reda dengan apa yang aku hadapi sekarang. Gatal sangat kahwin masa belajarkan. Tapi bukan aku nak pun berkahwin masa belajar, dah telah tersurat dalam hidup aku untuk kahwin awal. Aku reda.

"Jauh termenung. Ingat abang ke?"

Aku tersentak daripada lamunanku. Aku memandang Khairul disebelah. Dia tersenyum sambil memandang ke arah jalan raya.

"Tak ingat pun dekat dia." Kataku selamba.

Khairul hanya kuntum senyum.

"Habistu ingat apa?" Soal Khairul.

"Tak tahulah. Dee rasa macam tak percaya."

"Kenapa?" Soal Khairul lagi.

"Yela, Dee dah kahwin lepastu lagi 2 minggu nak SPM. Rasa macam sekejap je masa berlalu." Kataku dengan senyuman dibibir.

Senyuman Khairul semakin melebar.

"Ooo. Ingatkan apa tadi."

Aku hanya diam. Aku kembali termenung keluar cermin kereta.

Tiba-tiba kereta Khairul bergoyang.

"Eh, kenapa ni bang?" Aku menyoal Khairul. Tergoyang-goyang ditengah highway ni excident pula nanti.

"Tak tahula."

Khairul berhenti di tepi jalan raya. Dia membuka tali pinggang kaledar dan membuka pintu kereta keluar.

Aku hanya memerhati Khairul dari dalam kereta. Khairul berjalan disetiap sudut kereta. Kemudian, aku nampak dia menunduk sedikit badannya melihat tayar kereta di bahagian depan. Dia menepuk dahi dan meraup wajahnya.

Dahiku berkerut. Aku membuka seatbelt dan membuka pintu kereta. Kemudian, Khairul aku hampiri.

"Kenapa bang?" Aku menyoalnya sambil meletakkan tapak tangan dimuka. Cahaya matahari masih lagi memancar.

"Tayar kereta pancit." Kata Khairul sambil sebelah tangan kirinya mencekak pinggang dan tangan kanannya menghalang matahari daripada masuk ke mata.

"Habistu macam mana ni? Dah petang dah ni bang. Asar tak solat lagi." Kataku gusar.

Aku menilik jam yang terlilit di tangan kananku. Sudah pukul 4.54 p.m. Sudah nak hampir 5 petang. Kereta buat hal pulak. Adoi.

"Tak apa. Abang nak tukar tayar sekejap. Nasib baik ada tayar spare. Dee duk kat tepi, okey? Abang nak tukar tayar." Khairuk berjalan ke bonet kereta dan peralatan untuk menukar tayar kereta di keluar. Kemudian, tayar spare dalam bonet dikeluarkan.
Aku hanya memerhati. Aku masih lagi statik di tempat tadi. Arahan Khairul untuk aku berada ditepi aku tak hirau. Aku mahu melihat dia menukar tayar. Mana tahu boleh tolong apa yang patutkan?

Khairul menggelek tayar ke arah aku. Aku kalut nak menangkap tayar yang digelek Khairul. Nasib baik tak pergi kat jalan raya. Kalau tak, sia-sia masuk hospital pula.

Khairul tersenyum melihat aku menangkap tayar. Dia mengangkat thump up dan mengambil peralatan untuk menukar tayar kereta di tepi kereta. Kemudian dia berjalan ke arah aku.

Aku meletakkan tayar berhampiran tayar yang pancit. Aku memberi ruang kepada Khairul untuk memulakan kerjanya.

Khairul menyerahkan songkok dan tie kepadaku. Tahu pun panas. Ingatkan nak jaga macho dia tu. Aku menyambut hulurannya.

Aku berjalan ke arah pintu kereta untuk meletak tie dan songkok. Entah apa salah langkahku tiba-tiba aku rasa nak terjatuh.

Aku ingat aku sudah mendarat diatas jalan tar tetapi aku terasa bagai terapung. Rupa-rupanya Khairul memelukku dengan erat. Dapatku lihat riak risau diwajahnya. Aku hanya mempamer muka tak bersalah.Sekejap lagi, confirm membebel dengan kecuaian aku ni.

"Ustaz. Kenapa dengan kereta ustaz?"

Suara yang menyapa membuatkan aku kaku. Suara itu! Suara yang sangat aku kenali. Aku segera berdiri dan memandang figura yang menyapa kami.

Mataku terbuntang!

Eh, Syafiq!





Double update today. Lama x update kan? Enjoy! Hehehe.

Vote!

Vote?!

Vote?!!

SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)Where stories live. Discover now