BAB 69

3.2K 146 15
                                    

Syafiq menolak aku ke arah bilik yang menempatkan Khairul. Kerusi roda tersebut masuk ke dalam bilik. Aku memandang figura Khairul yang terlantar di katil.

Hancur hati aku melihat keadaan Khairul. Wayar berselirat di serata tubuh. Kaki kanan dan kepala berbalut.Bernafas pun menggunakan bantuan alat pernafasan. Aku menguatkan hatiku supaya tidak menangis.

Setelah tiba disebelah katil Khairul. Aku mencapai tangan Khairul. Sejuk. Aku mengusap perlahan.

Syafiq berdiri berhampiran Nadhirah. Setelah dia menceritakan hal sebenar sebentar tadi, dia menawarkan diri untuk membawa Nadhirah berjumpa Khairul. Nasib baik Nadhirah tidak memarahinya walaupun jelas Khairul kemalangan kerana kesilapannya. Bodohnya aku! Jerit Syafiq dalam hati.

"Abang. Dee datang ni.", pilu hati Syafiq mendengar suara sayu Nadhirah.

"Abang. Dee dah selamat lahirkan anak-anak kita. Diaorang handsome macam abang.", aku senyum sedikit walaupun perit. Air mata mula bergenang.

"Abang. Dee rindukan abang.", sejurus itu air mata mula jatuh. Aku tak dapat menahan pilu di hati. Terhinjut-hinjut bahuku menangis.

Syafiq sudah gelabah. Menangis pulak dah. Tangan kanannya seperti teragak-agak untuk menyentuh bahu Nadhirah.

"Nad, I'm so sorry. Ustaz takkan jadi macam ni kalau bukan sebab aku."

"Tak. Bukan salah kau. Kau tak sengajakan? Janganlah salahkan diri sendiri.", aku mengelap air mata sambil memandang Syafiq. Dia tersenyum hambar kepadaku.

"Maaf kalau aku menangis buat kau susah hati.", aku ketawa kecil sambil tersenyum.

"Hmm. Aku tak tahu nak buat apa dah nak tebus kesalahan aku. Sepatutnya aku jumpa kau dengan baik. Bukan cara macam ni. Maafkan aku sekali lagi, Nadhirah.", Syafiq menundukkan kepala. Dia juga hampir mengalirkan air mata jantannya. Rasa bersalah gila dengan Nadhirah.

Niat hatinya pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Nadhirah. Tapi tidak sangka pula perjumpaan mereka begini.

"Tak ada apalah, Syaf. Aku gembira dapat jumpa kau. Aku tak salahkan kau pun. "

"Terima kasih Nadhirah. Kau memang baik."

Aku berbalas senyuman dengan Syafiq.

Aku tak marah sebab niat kau Syaf. Niat kau nak jumpa aku. Surprisekan aku. Aku hargai sangat Syaf. Kata-kat itu hanya bermain di fikiran. Tidak diluahkan.

Ketukan pintu menyentakkan aku dan Syafiq. Pintu bilik dikuak perlahan. Muncul Datin Azmah di daun pintu. 

"Aku menganggu ke?"

"Tak Datin. Masuklah.",hubungan aku dengan Datin Azmah masih lagi belum baik. Dia memang layan aku dengan dingin. Memang tidak sukakan aku.
Aku menjarakkan diri apabila datin Azmah menghampiri Khairul.

"Khai belum sedar lagi?"

"Tak."

Datin Azmah memandang tajam ke arahku. Mungkin sebab aku berhampiran dengan Syafiq. Syafiq pula mendiam diri sahaja setelah Datin Azmah masuk ke dalam bilik.

" Siapa lelaki sebelah kau tu?"

Aku dan Syafiq saling berpandangan.

"Saya kawan Nadhirah."

"Bukan boyfriend dia?"

Terkejut aku dengan soalan yang dilontarkan oleh Datin Azmah.

"Tak Datin. Dia kawan saya."

Datin Azmah mencebik. Dia menghampiri aku dan Syafiq. Dipandang atas bawah. Bibir tersenyum sinis.

Apa ke gila orang tua ni? Tengok orang macam nak telan. Getus hati Syafiq.

SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)Where stories live. Discover now