"READY?"Nadhirah memandang Khairhl disebelahnya.
Khairul menggangguk. Mereka sudah bersedia di garisan permulaan.
"Abang kiralah."
Sekali lagi Khairul mengangguk. Nadhirah tersenyum nakal. Taktik pertama berjaya.
"Dalam kiraan 3, kita lari. Okey! satu. dua. ti....."
Tidak sampai 3, Nadhirah berdesup ke hadapan. Dia tidak perduli dengan 3 tuh. HAHAHA.
"...ga.." Mulut Khairul ternganga. Bibir diketap. Macam kena game dengan bini pulak.
Dia berlari mengejar Nadhirah. Nadhirah tergelak melihat muka cemberut suaminya. Larian diteruskan.
Satu pusingan sudah lepas. Tinggal satu lagi pusingan. Nadhirah masih lagi dihadapan Khairul.
Akhirnya Khairul melintas Nadhirah. Senyuman mengejek diberi kepada Nadhirah. Nadhirah membalas dengan senyuman sinis.2 meter lagi.
Beberapa langkah lagi Khairul akan memenangi Larian.
"Abang! Sakit!!" Khairul berpaling ke arah Nadhirah.
Nadhirah duduk sambil menggosok kaki kirinya. Khairul berpatah semula ke arah Nadhirah.
"Kenapa? Jatuh?" Khairul duduk mencakung disebelah Nadhirah.
Nadhirah mengangguk perlahan. Taktik kedua berjaya. Huahaahahaha.
Khairul mahu membuka kasut Nadhirah. Tiba-tiba Nadhirah bangun dan berlari ke garisan penamat.
Khairul ternganga. Sekali lagi kena game dengan Nadhirah.
"Yeah, Dee menang!"Nadhirah melompat gembira.
Khairul menggeleng kepala. Pandai isterinya bermain kotor. Tak apa, tak apa! Siap dia nanti!
Khairul bangun dan menghampiri bangku disebelah Nadhirah.
Nadhirah duduk disebelah Khairul. Lengan Khairul dirakul.
"Abang kena belanja la nih?" Soal Khairul sambil mengelap peluh di badannya.
"Haah, Dee nak nasi lemak! Boleh kan?" Nadhirah mengedipkan matanya kepada Khairul.
"Boleh. tapi..."
"Tapi apa?" Nadhirah memotong.
"Dee kena denda sebab main kotor tadi. So, denda dia. Dee kena kiss sini, sini, sini, sini dan sini."
Khairul menunjuk dahi, kedua pipinya, hidung dan bibirnya. Dia tersenyum gatal.
Lengan Khairul dileraikan. Cubitan ketam diberikan. Argh, menyesal pula main game tadi. Bibir diketap geram.
"Boleh tak?" Khairul memandang nakal.
Nadhirah menjeling suaminya. Nak makan kasut gamaknya.
"Dah la. Dee lapar. Jom,makan!" Nadhirah bangun dan menarik tangan suaminya. Permintaan suminya tidak dipeduli.
"Okey. Jom!"
NASI lemak dihadapan membuatkan Nadhirah kecur air liur. Yum Yum! Lama tak makan nasi lemak. Sudu dan garfu sudah sedia di tangan.
Khairul menggeleng kepala meliht Nadhirah di hadapannya. Macam tak makan setahun je. Dia juga memesan nasi lemak.
Setelah mengaminkan doa yang dibaca oleh Khairul,Nadhirah segera menyumbat nasi lemak ke dalam mulutnya.
"Dee."
Nadhirah mengangkat muka dari melihat pinggan. Time orang tengah melahap la dia nak panggil bagai.
"Apa?" Nadhirah terus menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.
Khairul tergelak kecil. Comotnya isteri aku makan. Tisu di dalam bekas di ambil lalu dilap di tepi bibir Nadhirah.
Nadhirah terpegun dengab tidakan Khairul. Sudu yang licah bergerak serta merta berhenti.
"Makan macam budak kecil. Dah la comot tapi tetap comel." Senyuman tidak lekang di bibir Khairul.
Nadhirah terkedu. Pipi mula membahang.
"Dah. Makan elok-elok!" Khairul tersenyum dan menyambung makan nasi lemaknya.
Nadhirah tersenyum malu. Gelojoh sangat ke aku makan tadi? Tisu yang diguna Khairul tadi diambil llu disapu lgi dibibirnya.
"Eh,Nad? Kau pun makan kat sini?"
Nadhirah berpaling ke arah suara itu. Erk? Liur ditelan kesat. Habis la aku, dah kantoi dah.
"Ustaz pun ada sekali?" Yasmin tidak lepas memandang Khairul dan Nadhirah. Pelik melihat ustaz yang mengajarnya makan bersama rakan baiknya.
"Err..aku..arr..kau buat apa kat sini?" Soalan Yasmin tidak dijawab.
"la, kan aku dah bagitahu kau minggu lepas. Ni kedai baru mak aku buka. Takkan kau lupa?"
Nadhirah tersengih. Haah kan? Yasmin ada bagitahu minggu lepas. Adoi! Masalah-masalah.
"Ada apa-apa aku tak tahu ke Nad? Sejak bila kau ber'dating' dengan ustaz Khairul ni?"
Soal Yasmin sinis. Dia memandang tajam ke arah Nadhirah.
Khairul hanya berlagak biasa. Dia menghabiskan makanannya. Biar Nadhirah dan kawan baik isterinya merangkap anak muridnya selesaikan masalah mereka.
"Se..sebenarnya.."
![](https://img.wattpad.com/cover/117732387-288-k293679.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomansaFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...