BAB 39

3.6K 228 6
                                    

Khairul berjalan ke hulu hilir. Dia memandang Nadhirah yang kini berada di katil bilik mereka. Dia tidak bawa Nadhirah ke hospital kerana kesan luka di dahi Nadhirah hanya sedikit sahaja.

Rasa bersalah semakin mencengkam hati. Salahnya mengejar Nadhirah sehingga Nadhirah jatuh lalu pengsan.

Khairul sendiri pelik dengan Nadhirah sejak akhir-akhir ni. Kerap jatuh sakit dan pengsan. Mungkin dia penat dan stress untuk menghadapi exam SPM. Tingkah hati Khairul.

Khairul menghampiri Nadhirah. Dahi Nadhirah yang terluka sudah dibersihkan. Dia memegang tangan Nadhirah. Kesal dengan apa yang terjadi.

Dia teringat akan perbualannya bersama Naufal sewaktu Naufal, MakNgah, Liana dan Hafiz datang ke rumah.

"Aku harap kau dapat jaga Aireen elok-elok. Aku sayang dia macam mana aku sayang kakak dan mama aku. Kau pun mesti sayang Aireen kan?"

Khairul mengangguk perlahan.

"Bagus. Aku nampak Aireen sangat sayangkan kau. Aku harap kau tak sia-siakan dia."

Khairul meraup kasar mukanya. Kata-kata Naufal terngiang-ngiang dikepalanya.

"Abang?" Khairul memandang Nadhirah.

"Hey, sayang! Dee okey tak?" Soal Khairul dengan perasaan bersalah.

Tangan Nadhirah digenggam kemas. Mata memandang raup wajah yang pucat itu.

"Dee okey. Kita dekat mana?" Soal Nadhirah lemah. Genggaman Khairul dikemaskan.

"Dalam bilik. Abang mintak maaf sangat-sangat. Sayang tak akan jadi macam ni kalau bukan abang penyebabnya. Im so sorry, sayang." Khairul menunduk kepalanya. Dia tidak sanggup melihat Nadhirah sekarang.

Aku tersenyum lemah. Bukan salah Khairul tapi salahnya. Dia yang cuai sehingga tersandung sendiri.

"Abang tak salahlah. Dee okey." Kataku perlahan.

Khairul kuntum senyum kemudian mengucup tanganku perlahan.

"Kenapa sayang selalu sangat sakit lately ni? Sayang stres ke?" Soal Khairul prihatin. Wajahnya kelihatan keruh.

"Dee pun tak tahulah. Mungkin stres nak exam. Exam SPM dah dekat kan?" Aku menjawab bagi melegakan riak wajahnya yang keruh.

"Rehat cukup-cukup tau. Nak apa-apa tak? Dee tak makan 2 jam dah. Nak bubur?"

Aku pantas mengeleng. Kenapa sakit kena makan bubur. Tak ada makanan lain ke. Getus hatiku.

"Tak nak. Nak nasi ayam." Pintaku seperti budak kecil. Suara dimanjakan.

"Orang sakit makan sedap-sedap juga ke?" Soal Khairul kehairanan. Dia  kuntum senyum.

Aku menarik muka. Tangan yang digenggam dilepas. Aku memandang ke arah yang lain. Merajuk.

"Ya. Ya. Abang beli nanti." Pujuk Khairul lembut.

"Taknak beli. Abang buat. Boleh?" Aku memandangnya dengan teruja. Muka comel dipamer. Apa salahnya manja-manja dengan suami sendiri. Mohon jealous!

Khairul garu kepala tidak gatal. Buat nasi ayam? Aduh!

"Boleh tak?" Soal aku kembali setelah lama Khairul berdiam diri.

"Abang cuba." Jawab Khairul terpaksa. Macam mana aku nak buat ni.

"Yeah, sayang abang." Aku bangun daripada baring dan memeluk Khairul.

Khairul membalas pelukan dengan muka tidak rela.





Khairul menutup pintu perlahan. Dia menggaru kepala. Macam mana nak masak nasi ayam ni. Banyak benda nak kena sediakan. Khairul berjalan ke hulu hilir sambil memikirkan jalan penyelesaian.

Khairul memetik jari. "Haaa! Mama! Mama!"

Khairul bergegas turun ke bawah untuk ke rumah mama. Pintu ditutup rapat dan dikunci diluar. takut ada orang merompak nanti.

Selioar dipakai kemudian dia mengayunkan langkah ke rumah mama. Hanya ambil masa 2 minit, Khairul sudah tiba di depan rumah mama. Beruntung juga rumah dekat dengan rumah mentua.

Loceng rumah ditekan. Beberapa sangat kemudian, muncul mama di depan mata.

"Assalamualaikum, mama." Khairul bersalam hormat.

"Waalaikumsalam. Ada apa datang ni? Reen mana?" Soal Datin Aida setelah melihat menantunya sahaja yang ada. Anaknya ke mana?

"Err..kita cakap kat dalamlah." Kata Khairul perlahan. Dia malu sebenarnya nak meminta pertolongan Datin Aida.

Datin Aida memberi ruang Khairul masuk. Mereka duduk di sofa di ruang tamu.

"Papa mana ma?" Soal Khairul setelah punggung menghenyak di sofa. Mata meliar mencari bapa mentuanya.

"Papa ada hal. Reen mana Khai?" Soal Datin Aida lagi.

Khairul garu kepala perlahan.

"Maafkan Khai, ma. Reen tak sihat. Dia terjatuh tadi. Salah Khai main kejar-kejar dengan dia tadi." Kata Khairul dengan muka bersalah. Dia menunduk selepas memberitahu apa yang berlaku.

Datin Aida terkejut. Kemudian dia eleng kepala. Macam-macam budak ni.

"La, dah besar panjang pun nak main kejar-kejar ke? Jadi kamu ke sini nak apa ye?"

Khairul tersengih mendengar bebelan Datin Aida.

"Reen mintak nasi ayam. Dia taknak Khai beli. Dia suruh Khai masak sendiri. Sebabtu Khai datang sini. Ma, help me!" Pinta Khairul. Muka mengharap di pamerkan.

Datin Aida tergelak perlahan. Lawak dengan cerita menantunya itu. Dia kuntum senyum.

"Rezeki kamu hari ni Khai. Mama memang buat nasi ayam pun hari ni. Cuma tunggu nasi siap je. Lepastu balik bagi kat Reen."

Mata Khairul bersinar. Dia mempamerkan senyuman lega.

"Terima kasih, ma." Ucap Khairul dengan senyuman dibibir. Tak perlu masak. Hehe.








Maaf kalau pendek. Insha Allah esok pulak. Jangan lupa vote. Love najwain ;)

SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)Where stories live. Discover now