Aku membantu mama apa yang patut. Yelah, takkan nak goyang kaki pula. Aku mengacau ayam masak merah yang hampir siap itu. Liana hanya membancuh air dan kembali duduk dimeja. Mungkin tidak larat. Mama pula sibuk menyiapkan ikan siakap 3 rasa. Tak sabar rasanya nak makan. Yum! Yum!
Khairul dan Hafiz sudah selamat di ruang tamu. Buat apa lagi kalau tak main ps4. Minat sungguh 2 orang tu lawan bola. Aku hanya membiarkan sahaja. Daripada diorang kebosanan, baik diorang main game juga.
Jam sudah menunjuk ke angka 12.21 p.m. Mak Ngah masih belum muncul.
Aku menutup api dapur setelah yakin ayam masak merag sudah masak. Kemudian, mangkuk khas diambil dan membubuh ayam masak merah ke dalamnya. Aku berjalan menghampiri Liana yang sibuk menyusun masakan di meja makan.
"Bila Mak Ngah sampai kak?" Soal aku setelah meletakkan mangkuk di atas meja. Kemudian aku menarik kerusi untuk duduk di meja makan.
"Akak pun tak tahu lah. Mungkin sekejap lagi dia sampai. Jammed lah kut." Jawab Liana mudah.
"Mak su dah call Mak Ngah tadi. Dia kata mungkin sampai lewat. Dia tersekat dengan jammed." Mama datang menghampiri sambil membawa pinggan yang berisi ikan siakap 3 rasa.
Aku hanya mengangguk dan bangun daripada dudukku. Aku menghampiri ruang tamu. Kemudian duduk di sofa sambil melihat telatah sepupuku dan suamiku yang khusyuk bermain.
"Amboi, khusyuknya main!" Tegurku sambil memegang telefon.
"Tak adalah. Dah siap dah masak?" Soal Khairul walaupun mata masih melekat kat tv.
"Dah, tunggu Mak Ngah sekejap."
Aku membuka mesej yang ku dapat. Banyak pula mesej yang ku dapat. Aku membacanya satu per satu. Masih orang yang sama.
Hey! Are you okay? -NIKKI
You look so nice with that jersey.-NIKKI
I hope we can meet again.-NIKKI
Aku mengerut dahi. Bila pulak aku terserempak dengan mamat ni. Aku memandang jersey malaysia yang masih lagi ditubuhku.
Seingat aku, aku pergi taman dengan pasar je. Tak ada pula melencong tempat. Siapa mamat ni eh? Stalker ke? Getus hatiku sendiri.
Tanpa melengahkan masa yang masih terluang ini, aku memadam semua mesej-mesej yang bagiku tak berfaedah. Malas nak ambik pusing hal ni.
Aku membuka apps yang terdapat di dalam telefonku.
loceng rumah kedengaran, aku menghampiri pintu utama.
Tersembuk wajah Mak Ngah dan seorang lelaki di belakangnya.
"Assalamualaikum, Reen! Makin cantik kamu ya?"Puji Mak Ngah sambil bersalaman denganku.
Aku tersenyum sendiri.
Reen memang cantik sejak azali lagi, Mak Ngah! Mak Ngah je tak tahu.-hati
Perasannya.-akal
Kau diam.-hati
"Waalaikumsalam. Biasa-biasa je Mak Ngah. Siapa tu?" Aku memuncung bibir ke arah lelaki yang masih membelakangi kami.
"Takkan tak kenal." Ujar Mak Ngah dengan senyuman penuh bermakna.
Aku memandang lelaki itu. Dia berpakai segak dengan jaket kulit oerang dan seluar jean blueblack dan juga memakai spek hitam. Aku memerhati lagi. Macam kenal je mamat ni.
"Reen dah tak ingat abang?" Lelaki itu berpaling sambil menayangkan senyuman.
"Abang Naufal! Bila balik Malaysia?" Soalku teruja.
Muhamad Naufal Asyraf. Sepupuku yang menyambung pelajarannya di Oversea dalam bidang engineering. Sudah berumur 24 tahun tetapi masih single and available. Ceh sempat promot ni.
"Baru tadi. Mak Ngah lambat pun sebab nak ambil budak bertuah nilah dekat airport." Jawab Mak Ngah wakil Naufal.
Aku hanya mengangguk dan mempersilakan mereka masuk.
"Abang dah habis belajar ke?" Soalku selepas menutup pintu rumah.
"Yeah, dah 4 tahun duduk sana. Bosan jugak. Balik sini terus jumpa buah hati. Lepas jugak rindu kat Reen." Kata Naufal sambil mengeyitkan mata.
Aku hanya menayangkan senyuman. Dia tahu yang Naufal sukakannya tapi dia hanya menanggap Naufal tidak kurang seperti abangnya.
Semua orang sudah berkumpul dimeja makan. Masa untuk makan.
"Tak cakap pun nak balik hari ni. Kamu sihat ke Naufal?" Soal papa sambil mencedok lauk ke dalam pinggan.
"Saja buat surprise kat semua. Terkejut tak?" Kata Naufal sambil membuat reaksi terkejut.
"Mana tak terkejutnya, Hamzah! Bila KakNgah nak datang sini tadi, dia baru telefon suruh ambil dia kat airport. Nasib baik butik KakNgah dekat dengan airport kalau tidak, lambat lagilah nak sampai rumah kamu Zah." Cerita MakNgah panjang lebar.
Aku dan Khairul hanya menjadi pendengar. Tidak rasa mahu menyampuk.
"Bertuah punya adik. Kalau tahu kau balik harini, boleh akak masakkan makanan favourite kau." Kata Liana sambil mengunyah makanan.
"Dah nama pun surprise, memang surpriselah." Jawab Naufal selamba.
Aku hanya memerhati dua beradik tu cakap. Kalau tak riuh dua beradik ni memang tak sah. Aku menyuap makanan ke dalam mulut.
"Korang dah kahwin berapa bulan dah?" Soal Naufal tiba-tiba.
Khairul memandang Naufal dihadapannya. Dia kuntum senyum sebelum menjawab.
"Dah nak masuk 3 bulan." Jawab Khairul bersahaja.
"Oh!"
Meja makan menjadi senyap setelah Naufal menutup mulut.
"Bila kamu nak mengandung, Reen?" Soalan tiba-tiba daripada Mak Ngah telah membuatkan aku tersedak.
Khairul cepat-cepat memberikan air kepadaku. Dia menggosok belakangku dengan lembut.
Kenapa topik ni kembali menjengah? Getus hati Nadhirah.
"Reen tak habis belajar lagi lah Mak Ngah." Aku menjawab juga walaupun malas.
"Mengandung cepat-cepat tau. Kesian mam kmu tunggu cucu daripada kamu."
Giliran Khairul pula tersedak. Hafiz menghulurkan air yang berdekatan dengannya.
Aku menggosok belakangnya.
Aduhai, Mak Ngah! Mahu makan tarak senang lah. Getus hati Nadhirah.
"Ehem.. insha Allah! Kalau ada rezeki." Jawab Khairul selamba.
Aku terkedu dan memandang muka Khairul disebelah. Dia dengan selamba bin badaknya menyuap kembali nasi ke dalam mulut.
Aku merengus kasar.
Vote!
![](https://img.wattpad.com/cover/117732387-288-k293679.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
Storie d'amoreFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...