"Sayang betul ni nak keluar hari ni?", soal Khairul.
Aku mengangguk.
"Haah. Yasmin dengan Aniq ajak keluar. Lama dah tak jumpa diaorang."
"Okey. Abang pergi dulu. Jaga diri elok-elok tau. Jaga anak-anak abang elok-elok. Abang sayang Dee sangat-sangat.", sejurus itu, Khairul menarik aku dalam pelukan.
Entah mengapa hati ku jadi tidak enak tiba-tiba. Perlakuannya seperti dia mahu tinggalkan aku selama-lamanya.
Aku menguraikan pelukan. Mukanya dipegang dengan kedua tanganku.
"Abang, kenapa cakap macam ni? Abang nak tinggalkan Dee ke?", sayu aku menyoal.
Khairul kuntum senyum. Dia merapatkan dahinya dengan dahiku. Dia terpaksa menunduk sedikit kerana ketinggian aku yang hanya separas bahunya.
"Mana adalah. Mengarut tau sayang ni. Abang memang sayang sangat dekat Dee tau. Ingat tu.", perlahan-lahan aku ukir senyuman manis. Terbuai dengan kata-kata manisnya.
"Dee pun sayang sangat-sangat dekat abang. I love you, abang."
"I love you more Aireen Nadhirah."
"Auch!", perbuatan aku terus terbantut apabila bahagian tangan kiriku terkena iron. Aku terus meniup tanganku dan mengusapnya perlahan.
Ni lah padah bila buat kerja sambil termenung. Kan dah kena.
Kulit tangan kiriku terkoyak sedikit. Nasib baik tidak berdarah. Aku berdesir apabila aku tersentuh tanganku yang sudah terkoyak kulit itu.
Aku teruskan kerjaku sehingga tudung selendang berwarna hitam itu siap digosok. Aku sangkut pada hanger.
Aku duduk di birai katil. Aku memegang dadaku. Kenapa tak sedap hati ni? Aku mengusap perlahan-lahan dadaku sambil beristighfar perlahan.
Menghalau perasaan aneh yang hadir dalam pemikiranku. Aku menghela nafas dan jam yang tertera di phone di tilik. Lagi 15 minit Yasmin dan Aniq datang menjemputku. Aku segera menyiapkan diri.
.
PIN! PIN!
Aku menghampiri pintu utama.
Aku tersenyum nipis sebaik sahaja kereta bmw 3 series G20 menyapa mataku.Pintu rumah dikunci dan aku menghampiri kereta bmw tersebut. Penghuni dalam kereta itu mula keluar daripada kereta dan Yasmin berteriak teruja. Dia terus memeluk aku.
"Nad! Rindunya dekat kau! Makin chubby la kau ni sejak nak jadi ibu ni. Comel betul. Eiii, geram aku!", aku ketawa kecil dengan reaksi Yasmin.
"Aku pun rindu kau. Lama dah tak jumpa kau. Makin cantik eh?", Yasmin tersengih dan memeluk lenganku.
"Ehem.", deheman seseorang telah membantutkan perbualan aku dengan Yasmin. Aku memandang ke arah empunya suara.
Mata hazel itu. Lelaki yang pernah mengejarku dulu.tapu kini lelaki ini sudah semakin matang dan semakin... Kacak. Opss!
Aku hanya tersenyum nipis. Kekok pulak rasanya bila dan berbulan-bulan tak jumpa ni.
"Awak sihat?"
"Alhamdulillah. Makin sihat. Tengoklah saya. Dah makin gemuk.", aku memuncung bibir sambil berpusing-pusing di hadapan Aniq dan Yasmin.
Menunjukkan aku yang semakin hari semakin gemuk. Mana taknya ada 2 budak menumpang dalam badan aku.
Yasmin dan Aniq tergelak melihat gelegat comel Nadhirah. Nasiblah bila dah nak bergelar ibu. Selera makan dia lain maciamm.
"Boleh aku sentuh perut kau?", Yasmin memohon izin.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...