Jumpa saya dekat restoran ramli. Pukul 9 tau. Jumpa dekat sana. Assalamualaikum.
Mesej yang diperoleh beberapa seketika tadi dipandang sepi.
Aniq meraup wajahnya. Dia gusar campur gelisah. Habis semua perasaannya bercampur baur.
Otak kata pergi. Tapi hati kata jangan. Macam mana ni?!
Aniq meramas rambutnya pula. Habis serabai rambut yang disikat kemas tadi.
Dia menghempas badan ke katil. Jam di dinding kamar dikerling. 8.30 p.m. Lagi setengah jam ke sana.
"Nak ke taknak? Nak ke taknak? Nak ke taknak? Haih... " Aniq mengeluh perlahan.
Dia memandang handphonenya yang dicampak disebelahnya.
Mesej tadi dibaca lagi.
Fikirannya mula melayang sewaktu Nadhirah menyekat dia petang tadi.
"Bagus! Kita jumpa malam ni. Tempat nanti saya bagitahu. Ada benda yang perlu kita settle malam ni. Saya harap awak boleh datangla. Saya pergi dulu. Langit dah mendung. Jumpa malam ni. Bye, assalamualaikum!"
"Apa benda yang kena settle malam ni? Penting ke?" Gumam Aniq sendiri.
"Aku kena pergi malam ni. Apapun yang terjadi aku terima walaupun perit. Yeah, aku kena pergi!"
Setelah lama memikirkan hal tersebut, akhirnya Aniq mengambil keputusan untuk pergi juga.
Semoga tiada benda yang buatkan hatinya sakit untuk perjumpaan malam ini.
Setelah siap menghantar mesej kepada Aniq, aku simpan handphone ke dalam beg yang dibawa. Aku mengeluh perlahan.
Aku sekarang dalam perjalanan ke destinasi yang kami tuju.Restoran Ramli. Aku memandang Khairul yang fokus pemanduannya.
Khairul berpaling ke arah Nadhirah selepas menarik brek apabila trafic light bertukar berwarna merah.
"Dah cakap dekat Aniq tempat nak jumpa?"
Aku memandang Khairul disebelah. Senyuman nipis diukir.
"Dah. Dee harap dia datangla. Sebab petang tadi dia macam nak tak nak je bila Dee ajak jumpa." Aku meluahkan apa yang tersarat difikiran. Benda itulah yang dirisau olehku dari petang tadi. Takut Aniq tak datang. Rosak plan kami nanti.
Khairul memegang tanganku diriba.
"Insha Allah. Dia mesti datang. Doala yang baik-baik."Khairul mengukir senyuman manis sebelum dia mula pemanduannya semula setelah trafic light bertukar hijau.
"Okey."
Motor diberhentikan di hadapan Restoran Ramli. Helmet dibuka. Kemudian Aniq terus masuk ke dalam restoran tersebut.
Dia mencari figura Nadhirah disegenap ruang restoran.
"Mana pulak Nadhirah ni? " Gumam Aniq sendiri. Matanya menilik jam dililit ditangan kanannya.
9.05 p.m.
Baru 5 minit lambat, takkan dah blah?
Dia agak terlewat kerana sesat tadi. Terlepas simpang nak masuk restoran.
Matanya mula terpacak dihujung restoran. Itu Nadhirah!
Dia berjalan ke arah Nadhirah.
"Hai! Dah lama sampai?" Sapa Aniq sebaik sahaja berada dihadapan Nadhirah.
"Hai! Baru je 10 minit. Dud...."
"Aniq dah sampai? Dudukla. Buat apa tercegat lagi tu." Belum sempat aku mempelawa Aniq duduk, Khairul datang menyapa Aniq.
![](https://img.wattpad.com/cover/117732387-288-k293679.jpg)
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...