4 tahun kemudian...
Tanah perkuburan Shah Alam, Selangor menjadi destinasi Khairul. Dia melangkah ke salah satu kubur yang sudah lama dia tidak kunjungi.
Dia duduk di sebelah kubur arwah dan memulakan alunan surah Al-Fatihah sebelum membaca yassin.
Sayup-sayup kedengaran bacaan Khairul hingga menitiskan air mata lelakinya.
Doa dititipkan buat si mati dan mendoakan agar si mati sentiasa diredai oleh Allah dan berada di tempat orang-orang yang soleh.
Batu nisan yang terukir nama itu dipegang sebelum tangan membersihkan rumput-rumput dan daun-daun yang kering di atas kubur.
"Maafkan abang. Abang tak patut buat Dee macam tu. Tenanglah di sana. ", batu nisan diusap-usap beberapa kali.
Khairul bangun dan melangkah keluar daripada kawasan perkuburan setelah senja menjengah. Tidak mahu pula anak-anaknya mencari dia yang sudah hampir 2 jam berada di tanah perkuburan.
"Selamat tinggal. Insha Allah. Abang datang melawat lagi." Khairul melangkah ke arah
Kereta Mazda CX-3 berwarna merah selepas mengucapkan selamat tinggal.
Dia memandang tanah perkuburan sebelum stereng dipulas meninggalkan tanah perkuburan.Tepat pada pukul 7.30 petang, Khairul sampai di rumah keluarganya. Salam diberi sebelum masuk ke dalam rumah.
Sunyi sahaja rumah kedua ibu bapanya. Mungkin sedang solat maghrib dan sedang bersiap untuk majlis perkahwinan Alisa dan Syafiq.
Setelah kejadian 'putus' yang entah apa-apa empat tahun yang lepas, akhirnya Alisa 'merujuk' balik dengan Syafiq sehinggalah Syafiq melamar Alisa setelah Syafiq habis belajar tahun lepas. Kini Syafiq sudah bekerja di resort keluarganya. Alisa pula telah membuka sebuah butik pakaian dua tahun lepas.
"Allah! Anak-anak aku tak siap lagi.", Khairul tepuk dahi setelah mengingati bahawa dia perlu menghadiri majlis perkahwinan Alisa. Anak-anak dia pun belum siap lagi.
Sedang dia melangkah satu per satu anak tangga rumahnya, dia bertembung dengan uminya.
"Khai pergi mana sekarang baru balik?", soal umi. Umi sudah pun siap dalam persalinan gaun berwarna maroon. Tudung pula berwarna gold menyerlahkan lagi wajah bersih dan cantik umi. Warna maroon warna tema perkahwinan Alisa dan Syafiq.
"Melawat arwah. Kan Khai ada cakap dekat umi tadi.", Khairul tayang gigi. Memang dia ada cakap dengan umi dia tadi sebelum dia keluar. Jadi, tak salah dialah kan?
"Memanglah ada, tapi takkanlah sampai senja."
"Hehehe. Sorry umi. Baba mana?"
"Baba tak siap lagi 'make up'. Biasalah Haji Zahari. Manalah dia reti siap cepat."
Khairul tersengih mendebgar sindiran umi. Memang baba lambat bersiap. Walaupun hanya menyarungkan persalinan baju melayu tetapi babanya seorang yang teratur dan menjaga imej. Pergh!
"Umi, Khai pergi dululah. Nak solat maghrib. Nak siapkan anak-anak lagi."
Umi menggangguk.
"Umi pun nak pergi dapur. Haus pulak tekak ni."
"Okey."
Khairul menguak pintu sebaik sahaja tiba di hadapan biliknya. Dia mengitai anak-anaknya yang sedang duduk bersila di atas sejadah. Membaca muqaddam. Tersenyum Khairul disebalik pintu.
Memang rutin harian si kembar membaca muqaddam selepas maghrib walaupun Khairul tiada di rumah. Mereka akan membaca dahulu sebelum menghadap babanya.

YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomantikFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...