SELEPAS pulang dari pasaraya, Nadhirah membersihkan diri. Tak selesa sekiranya tidur selepas keluar berjalan-jalan.Pintu bilik air dibuka.Dia berjalan ke arah meja solek.
Nadhirah duduk di kerusi. Dia mahu mencapai losyen tetapi matanya terarah sebuah bingkai gambar bersebelahan Losyen jenama Niveanya. Dia mencapai bingkai gambar tersebut.
Senyuman tidak lepas memandang bingkai gambar ditangannya. Gambarnya bersama Khairul ketika Khairul mencium dahinya sewaktu hari bahagia mereka.
Nadhirah letak semula bingkai gambar di atas meja solek. Dia mencapai semula losyen.Kemudian, tangan Nadhirah meratakan losyen diseluruh tangan dan kakinya.
Kemudian, tuala dikepala diambil lalu mengeringkan rambut.Pintu bilik diketuk.Wajah Khairul tersembul disebalik pintu.
"Dah mandi?"
Khairul menghampiri Nadhirah lantas memeluk dari belakang.
"Apa awak ni! Lepas la! Dah la busuk."Nadhirah sedaya upaya melepaskan pelukan suaminya.
"Abang. Call me abang, sayang."Khairul mengemaskan lagi pelukannya. Khairul mahu Nadhirah memanggilnya abang setelah sebulan lebih mereka berkahwin. itulah impiannya.
Nadhirah sudah rimas dengan pelukan suaminya. Dia mengeluh perlahan. Sudah tiba masanya dia memanggil Khairul Abang.
"Ab..bang. Abang." Gumam Nadhirah perlahan.
"Sekali lagi. Tak jelas."
Nadhirah menarik nafasnya. Banyak songeh pulak.
"Abang.Dah lepasla. rimas!"
Perlahan-lahan Khairul melepaskan pelukan.Senyuman dikuntumkan.
Nadhirah menekup mukanya dengan tuala.Malu hanya tuhan saja yang tahu.Perlahan-lahan mukanya diangkat. Dimelihat sekeliling bilik.Khairul tiada, mungkin berada dalam bilik air.
Sikat di atas meja solek diambil lalu disikat rambutnya separas dadanya.Nadhirah bangun dan menyidai tualanya. Kemudian dia menapak ke katil.
Selimut di katil dibuka. Dia duduk di atas katil. Dia melepaskan lega. Rasa rindu akan mama dan papanya membuak-buak. Dia mengambil telefon i phone 6+ dimeja lampu lalu mendail nombor Dato' Hamzah.
"Assalamualaikum, Reen!"
Nadhirah tersenyum apabila dengar suara papanya.
"Waalaikummussalam. Papa dengan mama sihat?"
"Sihat. Alhamdulillah. Kamu dengan Khai sihat?" Soalan Dato' Hamzah membuatkan bibir Nadhirah senyum.
"Sihat. Papa,hari Reen pindah rumah Abang." Beritahu Nadhirah.
Gelak tawa dihujung talian itu membuatkan dahii Nadhirah berkerut.
"Kenapa gelak?"
"Tak ada apa la. Bagus la kalau macam tu. Trial SPM tu buat elok-elok. Kami disini selalu doakan Reen."
Nadhirah ada whatsapps Dato' Hamzah tentang trial SPM seminggu yang lepas. Nadhirah hanya senyum mendengar suara orang yang dirinduinya.
"okey, pa! kirim salam kat mama. Dah lewat ni. I miss both of you. Assalamualaikum."
"Haa, yelah! Kirim salam kat hubby awak jugak.Kami rindu Reen jugak. Waalaikummusslaam."
Telefon diletak dimeja lampu semula. Hubby? Tidak terlintas difikiran Nadhirah untuk memanggil suaminya begitu. Senyumannya tidak lepas dibibir.
Khairul keluar dari bilik air. Dia melihat isterinya tersengih. Kena sampuk ke ape senyum sorang-sorang ni?
Dia baring sebelah Nadhirah.Selimut ditarik.
"Kenapa senyum?"
Nadhirah masih lagi senyum sambil memandang Khairul.
"Call papa tadi. Papa kirim salam."
Khairul hanya mengangguk. Salam dijawab di dalam hati.
"So, How?"
Kening Nadhirah diangkat sebelah. what how?
"How?" Tanya Nadhirah blur.
"Dee punya trial SPM. How? Okey tak?"
"Oh, trial okey je. Kenapa?" Soal Nadhirah kembali.
"Tak ada apa. Dah lewat ni. Tidur."
"Baiklah."
"SADAQALLAHUL'AZIM."
Nadhirah menutup Al-Quran. Al-Quran ditekap di dada dan di dahi. Kemudian diletak kembali diriba. Tangan Khairul disalam.
Kepala Nadhirah diusap perlahan.
"Lepas ni bersiap. Kita pergi joging."
Dahi Nadhirah berkerut. Hantu aoa rasuk suami aku ni? joging pagi-pagi buta.
"Joging? Barang-barang Dee kat bawah banyak lagi tak kemas." Telekung dilipat dan disidai ditempatnya.
Nadhirah memandang Khairul yang sedang lipat sejadah.
"Balik nanti boleh kemas.Cepat bersiap! Lambat tinggal!"
Khairul menghilangkan diri ke dalam bilik air.
Keluhan kecil dilepaskan.Baiklahh...
Khairul dan Nadhirah memanaskan badan di taman tasik yang berdekatan rumah.Kemudian mereka berlari anak mengelilingi taman.
Khairul mengiringi Nadhirah. Takut hilang bini agaknya. Padahal bukan laju pun si Nadhirah ni berlari anak. Macam berjalan pun ada.
Khairul disebealh dipandang. Tiba-tiba idea jahat datang. Nadhirah berhenti berlari anak saaaangat.
"Kenapa berhenti?" Soal Khairul.
"Kita main game nak?"
Sebelah Kening Khairul terangkat. Game?
"Game apa?" Peluh dilap dengan tuala dibahu. Baru berlari anak dah berpeluh.
Nadhirah tersenyum manis. Ada makna tu.
"Siapa dapat habiskan 2 pusingan taman ni dengan pantas, dia tak payah belanja sarapan."
"oh. Tu je? Ingatkan apa tadi. 2 pusingan? Apa la sangat." Dengan angkuh, bongkak, sombong dan seangkatan dengannya bangga Khairul berkata. Mentang-mentang la sado.
"Deal?"
"Deal!"Kata Khairul bersungguh.
"Kita start kat sana."Jari telunjuk Nadhirah menunjuk ke arah bangku yang 2 meter di hadapan mereka.
"Baiklah."
Asal nama watak bertukar? Sebab nak bagi nama diaorang sedap sikit. Sipnopsis baru? yeah, idea banyak datang sejak cuti sekolah. Watak baru pun akan menyusul.
SO,
Jangan lupa terus sokong dan VOTE!!!
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
DragosteFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...