BAB 37

3.5K 254 4
                                    

Malam pun menjelma. MakNgah dan anak menantunya masih belum pulang. Bila dah jumpa, memang payah nak habiskan perbualan.

Semua orang duduk di ruang tamu, semua saling bergembira sambil berkongsi cerita. Mama dan papa tak lekang bercerita pasal mereka di Mekah dan Madinah. Dengan apa yang diceritakan oleh mama dan papa, membuat aku tidak sabar untuk menjejak tanah suci itu. Kalau ada rezeki nanti, insha Allah, dia mahu ke sana untuk menunaikan kewajipan.

Aku sudah menukar pakaian. Yalah, takkan nak pakai jersey ni sampai ke malam.

Aku memandang Khairul dan Naufal yang saling bersembang. Mereka nampak mesra di mata kasar. Tapi siapa tahu disebaliknya bagaimana. Aku nampak riak wajah Naufal bila mula-mula jumpa Khairul, reaksinya seperti tidak suka akan Khairul. Tapi selepas sudah bersembang pacak semua, nampak mereka mesra pula. Mungkin hanya khayalan aku. Aku tersenyum sendiri.

Aku melihat pula mama, papa dan MakNgah. Mereka amat mengharapkan aku menimang zuriat secepat mungkin tetapi aku masih belajar dab belum lagi habis SPM. Perut kempis aku pegang. Macam mana agak-agaknya kalau aku mengandung nanti. Soal hatiku sendiri. Aku memandang Liana dan suaminya. Mereka baru berkahwin hujung tahun lepas dan telahpun hampir menjadi ibu bapa. Reaksi yang ditonjolkan oleh mereka amat bahagia.

"Reen, dengar tak apa Naufal tanya?" Teguran papa telah mengejutkan aku daripada lamunan yang panjang. Aku cepat-cepat tepis khayalan aku.

"Apa? Sekali lagi boleh tak? Tak jelaslah." Aku tersenyum seperti kerang busuk. Menutup malu sendiri.

"Abang tanya, nanti Reen sambung belajar, Reen sambung dekat Malaysia ke Oversea?" Soal Naufal dengan senyuman di bibir.

Aku memandang Naufal kemudian Khairul di sebelahku. Dia hanya tersenyum nipis. Aku teragak-agak untuk menjawabnya. Sebenarnya, dia masih belum fikirkan hal sambung belajar di mana. Aku tergaru kepala tidak gatal.

"Ermm.. kat Malaysia je kut. Lagipun, Reen ada suami. Takkan nak tinggal pulakkan?" Aku telah memberikan jawapan selamat abad ini. Aku memandang Khairul. Dia tersenyum bahagia.

Happy la tu, aku taknak sambung belajar Oversea. Bisik hati kecilku.

"Khai tengok, Reen pun tak sanggup tinggalkan Khai bila sambung belajar nanti. Macam mana kalau Khai outstation nanti, mesti menangis nak ikut. Macam budak kecil. "Kata Liana menyampuk.

Dia amat suka mengusik Nadhirah. Mungkin hobi part timenya. Ada ke hobi part time?

Khairul tersenyum mendengar usikan Liana.

Aku mempamer muka tak puas hati. Ada je benda nak kenakan aku. Getus hatiku.

"Kak Lia pun samalah. Tak boleh berenggan dengan abang Hafiz. Nanti rindulah. Apalah. Lagi teruk daripada Reen." Aku menjelir lidah kepada Liana.

"Dah abang Hafiz ni suami akak, memang akak rindu dan sayang sangatlah. Lainlah kalau Reen tak sayang suami.  Tinggalkan suami pergi sambung belajar jauh-jauh." Balas Liana tidak putus asa.

"Macam dia sorang sayang suami. Ingat Reen tak sayang suami Reen ke?" Tanpa berfikir panjang, aku berkata. Aku tidak sedar yang ramai mendengar percakapan aku dan Liana sekarang.

"Tengok tu Khai. Reen memang sayang Khailah." Hafiz menepuk bahu Khairul perlahan.

Khairul hanya tersengih. Nak buat apa lagi sengih jelah. Nak menyampuk pun malas.

Aku sudah termakan perangkap Liana. Ish. Pipi aku mula kemerahan.

"Dah-dah lah tu. Kesian budak tu muka dah merah. Malu la tu." Kata Mak Ngah sambil tersenyum penuh makna.

Papa, mama dan seluruh warga ruang tamu memandang aku. Ada yang tersenyum nakal. Ada tersenyum bahagia. Ada yang terseyum dalam paksa.

Aku menutup muka. Aku menyorok di belakang mama. Mama, Reen malu. Jerit Nadhirah dalam hati.

"Hahahaahahahahaah." Semua melepaskan ketawa melihat reaksi Nadhirah.

"KakNgah, Ida ada benda nak bagitahu." Mama mula berkata selepas semua reda dari ketawa.

"Apa?" Soal MakNgah.

"Hujung bulan 12 ni, Ida hajat nak buat majlis resepsi Reen dengan Khai. So Ida nak Reen dengan Khai ni sewa baju pengantin dari butik Kak Ngah jelah. Ada design yang barukan kat butik KakNgah?" Pinta mama kepada Mak Ngah.

MakNgah tersenyum dan menepuk tangan dengan tiba-tiba. Habis semua yang berada di ruang tamu itu terkejut dengan reaksi MakNgah.

"Boleh! Boleh! Tak ada masalah. KakNgah setuju sangat. Banyak je design baru yang baru sampai. Reen pilih je nak berapa." Ujar MakNgah teruja.

Aku garu dahi perlahan. Excited bebenor MakNgah ni. Aku hanya tersengih.

"Kamu setuju tak Khai?" Mama menyoal Khairul setelah tiada respon daripadaku.

"Khai ikut je." Jawab Khairul ringkas.

"Haa bagus-bagus! Reen bagi je tarikh majlis tu bila, MakNgah tolong prepare." Kata MakNgah sambil tersenyum nipis.





Maaf kalau tak menarik. Dah kekurangan idea. Tapi kita buat slow2 k. Jangan lupa vote?!!

SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)Where stories live. Discover now