BAB 62

3.6K 164 9
                                    

Alhamdulillah, doa selamat dan bacaan yassin sudah pun selesai. Kini tiba masa untuk makan. Hehe.

Aku mencari kelibatan Khairul di kawasan perumahan papa. Mana pulak orang tua ni pergi. Dah la ramai orang ni.

Letih mencari aku duduk di ruang tamu. Perut yang membesar itu diusap perlahan.

Tinggal lagi 2 minggu sebelum anak dalam kandungan aku selamat dilahirkan di dunia ini.

Nervous tu tak payah cakapla. Memang nervous gila. Semestinya kehidupan aku berubah 100 peratus dengan kehadiran si kecil ni.

"Letih ke?", kehadiran Liana disebelah aku bersama anaknya, Farisha Mekayla yang sudah berusia 9 bulan menarik senyuman nipis di bibirku.

"Sikitlah. Hai, Isha sayang.", aku mengagah Farisha yang berada di riba Liana.

Farisha ketawa sambil tersenyum. Alahai comel sungguh.

"Reen dah sedia jadi seorang ibu?", soalan Liana telah menghentikan pergerakan aku bermain dengan Farisha.

Aku memandang ke arah Liana.

"Entahlah akak. Kadang-kadang Reen teruja. Kadang-kadang Reen takut."

"Biasalah tu bila due date dah dekat. Jaga kesihatan tau. Kalau boleh Reen cuti awal sikit. Jangan paksa diri tu nak ke kelas. Nanti diri yang sakit, siapa susah. Khairul jugak."

Nasihat daripada Liana disemat kedalam hati. Tapi untuk cuti awal daripada hadir ke kelas tu mungkin perlu di fikir banyak kali.

Farisha mula meronta untuk turun dari riba Liana. Liana meletakkan Farisha di karpet. Farisha yang duduk itu berusaha untuk bangun. Aku yang melihat keadaan itu segera duduk menghampiri Farisha. Begitu juga Liana. Jatuh nanti naya. Tak ada gigi arnab si Farisha tu nanti.

"Abang Hafiz mana kak Lia? Dari tadi tak nampak.", aku mencari segenap ruang abng sepupu aku itu. Dan aku juga mencari Khairul. Masih tak nampak batng hidung dia.

"Entah. Mungkin kat luar dengan Khairul.", Liana menjungkit bahu selepas itu.

"Biarlah diaorang tu. Kejap lagi adalah tu.", aku hnaya bersetuju dengan Liana. Kami menyambung berbual sehinggalah Amyra hilang dari pandangan kami.

"Eh, kak! Mana Isha?"

"Eh, mana anak aku?", Liana mula kalut dan bangun dari tempat duduknya. Padah bila dah membawang. Anak hilang pun tak perasan.

Aku turut bangun dari dudukku. Aku mencari di sekitar ruang tamu tersebut. Tiada weh? Mana budak kenit ni pergi?

Liana pula sudah berendam air mata. Sudah! Tunggu nak menitis je air mata tu.

"Liana!", suara yang nyaring itu serentak aku dan Liana memandang ke arah empunya badan.

Liana dan aku tersenyum melihat Amyra dipimpin oleh Hafiz dan Khairul. Mereka menuju ke arah aku dan Liana.

"Isha dah pandai jalan ke kak? "

Liana mengangguk kecil.

"Bolehlah 3 langkah lepastu merangkak . Ni pun nasib baik abang Hafiz dengan Khai pimpin ni. Kalau tak, tak boleh jugak.", aku tersenyum simpul.

"Awak ni jaga macam mana anak ni? Sampai dekat luar dia merangkak. Nasib baik saya ada dekat luar tu. Kalau tak dah masuk dalam kolam budak ni.", Hafiz membebel di tepi Liana.

Liana sekadar beriak selamba. Asyik aku je jaga anak. Dia goyang kaki je.

Aku dan Khairul hanya tersenyum dengan telatah mereka.

SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)Where stories live. Discover now