Dia menghempas telefon ke katil. Sudah berpuluh-puluh mesej yang dikirim kepada wanita pujaannya tetapi satu habuk pun tarak ada. Dia mendengus kasar.
Kaki melangkah ke meja kerja. Laptop dibuka. Dia perlukan idea untuk dapatkan wanita pujaannya walaupun secara halus. Dia tersenyum sinis setelah menjumpai apa yang diingini.
Kalendar di meja di ambil. Lagi 2 minggu nak exam SPM.
Relax, lepas SPM kau kena dapatkan dia. Walau macam mana pun. Katanya dengan bersemangat.
Laptop ditutup dan jaket kulit perang diambil lalu kaki mengayun ke pintu.
Aku mengusap Cinta dengan lembut. Manja sungguh kucingnya itu. Aku tersenyum sendiri.
Makanan kucing diambil dari bekas yang terletak berhampiran sangkar kucing-kucingnya dan meletaknya di bekas yang disediakan.
Comot dan Comel berlari-lari menghampiri aku. Mereka berebut untuk makan makanan mereka. Kesian mereka, sudah lama aku tidak bermain dengan mereka. Mungkin sebab aku sibuk untuk menghadap SPM nanti.
Deringan telefon didalam poket seluar mengejutkan aku. Aku mengambil dan melihat nama yang terpapar di screen telefon.
Syafiq? Ada apa telefon aku? Sudah lama Syafiq tidak menghubungiku. Aku menekan punat hijau dan menghampiri kerusi rehat di laman.
"Hai, Syaf! Mimpi aoa telefon aku?" Sapaku tanpa salam. Teruja mungkin.
"Assalamualaikum, sahabat! Tak boleh ke aku telefon kau. Bukan selalukan aku otp dengan kau, kan?" Sindir Syaf dihujung talian.
Aku gigit bawah bibir. Terkesan dengan sindiran Syafiq.
"Waalaikumsalam. Kau nak apa ni? Kau ada masalah ke?" Soalku prihatin.
"Tak adalah. Cuma ada satu masalah aku." Kata Syafiq berjeda.
"Apa?"
"Masalah hati." Kata Syafiq ringkas.
Keningku berkerut. Dah kenapa kawan aku sorang ni?
"Masalah hati? Kenapa dengan hati kau? Kau sakit ke?"
Syafiq gelak dihujung talian. Semakin berkerut dahiku. Dah kenapa?
"Asal kau gelak? Aku serius ni. Ku sakit ke?"
"Tak adalah. Aku cuma nak luah dekat kau ni. Kau sudi tak?"
"Aku kawan kau. Kau luah la apa kau nak luah. Aku dengar, okey?"
Aku dapat dengar hembusan nafas dari hujung talian. Mungkin berat apa yang ingin Syafiq sampaikan. Aku menunggu dengan sabar.
"Aku suka dekat sorang perempuan ni. Aku suka dia dari dulu lagi. Tapi aku tak tahulah dia suka dekat aku ke tak." Luahan Syafiq membuat aku ketawa kecil.
Tu ke masalah hati dia. Ingat apa entah tadi. Getus hatiku.
"Oh, perempuan yang kau suka tu kan, aku kenal ke?" Soalku ingin pasti. Mana tahu aku kenalkan. Boleh aku tolong adjustkan untuk Syafiq.
"Ya, kau kenal sangat dengan dia. Sangat-sangat kenal. Dia memang rapat dengan kita." Senyuman diukir. Syafiq memandang gambar ditangannya.
Perempuan yang aku suka tu kau, Nad. Bisik hati Syafiq.
"Maksud kau, Yasmin? Kau suka Yasmin ke?" Aku sudah mengukir senyuman. Tak sangka, Syafiq suka Yasmin selama ni.
"Tak. Bukan Yasmin. Tapi orang lain." Senyumanku pudar. Hancur harapanku nak gadingkan mereka berdua.
"Siapa? Siapa lagi yang rapat dengan kita selain Yasmin?" Soalku tak puas hati. Aduh, tolong straight to the point please!
Syafiq menghela nafas berat. Macam mana aku nak bagitahu kau, Nad. Aku takut cinta aku ditolak oleh kau, sebab aku tahu kau sudah milik orang lain. Rintih Syafiq dalam hati.
"Kau akan kenal juga nanti. I got to go. Ada kerja sikit. Nanti kita sembang lain kali eh. Terima kasih sebab dengar luahan aku. Jumpa kat sekolah nanti. Bye."
Aku menutup telefon setelah berbalas salam dengan Syafiq.
Siapa perempuan yang telah mencuri hati Syafiq? Fikiranku melayang memikirkan perempuan yang telah bertahta dihati Syafiq.Telefon diletak di meja lampu. Gambar yang berada ditangan mengingatkan memorinya bersama Nadhirah.
Ya, Nadhirah telah mencuri hatinya sejak mereka berjumpa. Tapi dia pendamkan sahaja perasaan sukanya kepada Nadhirah.
Alih-alih sebulan yang lepas, berita tentang Nadhirah telah membuatkan jantungnya hampir gugur.
Nadhirah sudah berkahwin? Biar betul? Dia juga tidak percaya pada awalnya tetapi setelah melihat dengan jelas bukti di depan mata dan gambar yang dia dapat. Dia percaya yang bunga yang dipujanya diambil oleh kumbang yang lain.
Dia reda dengan ketentuan yang telah ditetap. Mungkin hasratnya untuk menjadikan Nadhirah jodohnya satu hari nanti terkubur begitu sahaja. Dia mendoakan agar Nadhirah bahagia di samping Ustaz Khairul.
Dia tidak punya hati untuk merampas Nadhirah darioada Ustaz Khairul. Dia hanya mahu melihat kawannya gembira.
Dan dia dapat melihat kegembiraan yang ditonjol oleh Nadhirah. Gambar ditangan disimpan ke dalam laci meja lampu.
Dia akan cuba sedaya upaya untuk menghilangkan rasa cinta keoada Nadhirah. Tetapi mampukah dia?
Syafiq menyandar kepala dikepala katil. Dia menghela nafas. Perbualan antara dia dan Nadhirah tadi bermain di benak kepala.
Gadis itu ceria seperti selalu. Dengan suara yang didengarinya, dia tahu yang Nadhirah bahagia. Syafiq tersenyum hambar.
Deringan telefon mengejutkan Syafiq yang termenung jauh.
Dia mencapai telefon dan dilengkapkan di telinga.
"Helo, bro?"
"Boleh jumpa tak? Aku ada benda nak discuss dengan kau."
Syafiq kerut kening. Dia memandang jam di kamarnya. 5.23 p.m.
"Boleh, bro. Kat mana?"
"Tempat biasa. Jumpa kau dalam 10 minit lagi. Bye!"
Panggilan ditamatkan. Tidak sempat untuk Syafiq membalas alih-alih orang disana sudah tutup.
Syafiq memandang telefon ditangan.
"Macam serius je? Baik aku bersiap." Syafiq menhilangkan diri di dalam bilik air untuk mengambil air sembahyang.
Dia perlu menjumpai kawannya itu.
Sila abaikan typo yang berleluasa. Sy hanya manusia biasa.
Syafiq dah tahu Nadhirah kahwin. Macam mana dia tahu. Hanya dia dan Allah yang tahu. Hahaha.
So, vote cerita ni. Maaf atas segala kekurangan dalam cerita ni. Sy masih kanak-kanak. Hehhee.
Bye!

YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZ KOREA (COMPLETED)
RomanceFirst story by najwain: WARNING: * CLICHE AND CRINGE STORYLINE :) * Nama watak utama bertukar atas sebab tertentu. Khairi = Khairul Natrah = Aireen Nadhirah SIPNOPSIS Khairul telah memendam perasaan sukanya terhadap Nadhirah 7 tahun yang lalu. Mere...