MM12

4.9K 218 2
                                    

Adel sampai di Vantien Castle bersama carl , tepat pukul 9 malam .

'Biasanya kalau macam ni orang dekat istana tengah makan' Getus adel 

Gerbang besar yang sememangnya untuk keselamatan istana akan dibuka hanya untuk orang tertentu saja , begitu juga dengan kereta .
Kereta ferrari berwarna putih kepunyaan carl selamat memasuki kawasan istana .

Sepanjang perjalanan adel untuk ke pintu utama , adel dipandang hormat oleh semua pembantu rasmi istana . Mereka akan menundukkan sedikit badan bersertakan dengan senyuman .

Kepulangan adel disambut mesra oleh semua pembantu terhadap puteri ke-9 Spain. Pintu yang tersergam besar automatik terbuka dari dalam , aunty erna . Aunty erna akan menyambut dengan membuka pintu.

"Hai aunty" Tegur adel mesra . Aku dengan aunty erna memang mesra okay !

Aunty erna balas dengan menundukkan badannya sedikit lalu memberi senyuman . Pembantu istana juga bukan boleh diambil sembarangan . Kena check identiti , pekerjaan sebelum ni , pernah jadi pembantu istana ke tidak , ha semualah .

"Quién viene ? ( siapa datang ?)" soal Raja Spain  ; Tengku Aqash Park . Tengku Aqash bertanya bila dengar loceng pintu istana lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya untuk suapan terakhir .

"Novena princesa and carl , Rey (puteri ke-9 dan Carl , raja) " kata aunty ellen .

Aryan yang berada di meja makan juga dengar setiap bait-bait perkataan yang diperkatakan oleh aunty ellen.

'Carl ?' Almaklumlah , aryan cuma paham Carl je .

"Diles que coman una vez (beritahu mereka untuk makan sekali)" Balas Tengku Aqash lalu mensisp air teh hijaunya perlahan-lahan .

Adel dan carl duduk di ruang tamu kerana kepenatan berlatih menembak dua jam . Carl dan Darl kawan baik lelaki adel dari kecil , jadi tak peliklah untuk pembantu istana tidak tahu akan nama mereka berdua .

"Princesa , rey quiero que comas juntos ( princess , Raja nak princess makan bersama )"

Mata adel menjadi segar bugar bila perkataan 'raja' lancar keluar dari mulut aunty ellen. Dalam hati adel bersorak keriangan kerana dapat juga berjumpa dengan atuknda kesayangan.

Adel meninggalkan Carl di ruang tamu yang separuh sedar separuh tidur . Ha macam mana tu ?

Adel berlari dari ruang tamu hingga ke ruang makan utama istana yang menempatkan atuknda kesayangan adel menjamu selera.

"Hey stop ! Where is your 'princess attitude' dear ?" Perli Tengku Aqash lalu menyambung semula suapannya untuk dessert special istana , blewwing cake.

'Tak pasal-pasal kena bebel, haihlah diri'

"Sorry Rey" Balas adel perlahan lalu melangkah dengan penuh 'princess attitude' ke arah atuknda nya perlahan dengan menghiraukan pandangan pelik aryan .

'Rey ? Ha ? Nama atuknda ke ?' Soal aryan dalam hatinya.

"Rey tu Raja" Bisik Tengku Arrel kepada aryan . Kesian pulak dia tengok mamat kacukan korea ni duk teka teki sesorang, sekejap menggeleng , sekejap dahi berkerut , sekejap kepala senget , ha macam-macam lah.

Aryan hanya mengangguk lalu memandang semula ke arah adel dan Tengku Aqash yang berborak dengan menggunakan bahasa mereka .

"Tulah aku suruh kau download dictionary Spain tak nak . Padan muka" Bisik lagi Tengku Arrel . Bagi aryan ayat itu teramatlah sinis. Sinis dia sampai aku nak ketuk kepala dia guna pinggan , boleh tak ?

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now