Bunyi mesin bantuan pernafasan memenuhi suasana yang sunyi. Dua minggu sudah berlalu dan adel masih baring di atas katil hospital. Tangan adel diusap perlahan. Air mata seorang ibu jatuh.
"Adik ... mummy rindu adik" Tengku Adam mengusap bahu isterinya perlahan. Tengku Arrel dan Tengku Arriz bertukar pandangan. Aryan yang terlihat tidak kemas dengan rambut dan bajunya membuatkan Tengku Arrel menepuk bahu aryan perlahan.
"Baliklah mandi rehat" Aryan menggeleng perlahan. Bibirnya tidak henti mengalunkan ayat-ayat al-quran. Dia rindu akan isterinya , bidadarinya.
"Ryan , makan dulu sana" Tanpa membantah aryan turun ke cafe bersama Tengku Arrel dan Tengku Arriz. Nasi lemak yang berada di hadapannya tidak membuatkan aryan terliur. Tengku Arriz melihat abangnya. Tengku Arrel mengeluh.
"Makanlah wey. Adel bangun nanti mesti sedih tengok kau macam ni" Air mata aryan jatuh setitis lalu dilapnya kasar.
"Ryan—" Aryan mendongak melihat mamanya. Aryan masuk ke dakapan Tengku Raulya. Dia menangis.Tengku Raulya mengusap belakang badan anak lelakinya perlahan. Hampir luluh hatinya bila tahu bahawa menantunya masuk ke hospital semasa dia berada di Korea.
Aryan menenangkan fikirannya di bilik kerja adel. Gambar dia dan adel yang berada di meja kerja ditatap buat masa yang lama. Senyuman manis beserta lesung pipit itu membuatkan aryan bertambah rindu kepada adel.
Hari tersebut dilayar semula dalam minda aryan , bagaimana , kenapa , mengapa dan macam mana.
Flashback
Kepala adel yang berdarah membuatkan seluruh mansion tersebut panik terutamanya aryan. Aryan segera menghampiri adel. Kepala adel disentuh perlahan. Cecair merah tersebut melekat di jarinya.
"Call ambulans !" Jerit carl.
"Sayang please" Air mata aryan jatuh setitik demi setitik. Macam mana dia boleh hidup sekiranya sebahgian dari hidupnya terlantar begini ?
Sampai sahaja di HPM adel di masukkan ke dalam Operation Room. Aryan menunggu di luar. Dia melihat pintu OR tersebut dengan mengharap berita yang baik. Doa dibaca beserta tangisannya. Tangannya yang masih mempunyai cecair merah dihiraukan.
Carl dan Darl menelefon Tengku Arrel. Bunyi jeritan dari telefon membuatkan aryan tahu bahawa si abang amat merisaukan adiknya. Tidak sampai 30 minit , Tengku Adam dan yang lain sampai di HPM.
Tengku Nalicia sudah mengalirkan air matanya manakala Tengku Adam cuba untuk menenangkan isterinya. Tengku Arrel dan Tengku Arriz segera duduk di sebelah aryan.
"Ke—kenapa dengan adel ?"
"Bla—blackrose" ujar aryan dengan perlahan.
"Keluarga Tengku Adelina ?" Seorang wanita keluar dari OR dan berpakaian serba tutup membuktikan bahawa adel menjalani operation.
"Tengku Adelina baik sahaja cuma kepala dia terhentak dengan benda yang keras" Terjerit Tengku Nalicia. Mulutnya ditutup tidak sangka. Aryan melihat tidak percaya.
"Kemungkinan dia akan koma selama sebulan. Paling lambat dua tahun" Hatinya bagai disiat-siat. Aryan jatuh terlutut. Kakinya lemah. Tengku Nalicia jatuh pengsan sebaik sahaja mendengar berita tersebut
End flashback
Amar melihat kiara yang terbaring. Kiara bangun dari tidurnya. Matanya tertancap ke amar. Dia mengeluh perlahan. Kesan parut di mukanya disentuh perlahan.
"Bangun dah ?" Kiara mengangguk perlahan. Dia duduk dari baringnya. Cawan berisi air kosong diambil dan diteguk. Dia melihat wad tersebut. Kosong. Hanya dia dan amar. Mana kakak ? Terdetik dihatinya. Kakaknya tidak mempedulikan dia ke ?
"Eh kenapa ni ? Are you okay ?" Esakan perlahan kiara membuatkan amar berasa cemas. Kiara mengesat air matanya kasar. Kiara bangun dan cuba untuk keluar dari wad tersebut namun dihalang oleh amar.
"Nak pergi mana ?"
"Adel" Amar mengangguk perlahan. Diikutnya kiara dari belakang. Di sepanjang perjalanan untuk ke wad VVIP kiara dipandang serong oleh semua staff HPM. Kiara menundukkan kepalanya. Malu menyelubungi dirinya. Bagaikan baru keluar dari penjara. Terasa begitu sakit.
Ketika hendak masuk ke dalam lift , amar dan kiara terserampak dengan Tengku Arriz. Tengku Arriz melihat kiara tajam. Mahu sahaja dia menengking wanita itu di dalam lift.
"A—aku nak jumpa ad—"
"Dia tak sedar lagi. Tak payah" Nada kasar digunakan untuk berbicara ke kiara. Kiara tersentak dan terkedu. Amar mengeluh perlahan. Tahu kiara akan dilayan kasar. Tengku Arriz berlalu keluar dari lift. Suasana hening itu membuatkan hati kiara terasa pedih. Adakah ini salah dia ?
Aryan duduk di atas kerusi lalu membetulkan selimut adel. Rambut adel diusap perlahan. Jari adel digenggam dengan berharap adel akan bangun.
Tengku Nalicia dan Tengku Raulya melihat aryan. Mereka tahu bahawa aryanlah yang paling sedih ketika ini namun apakan daya. Ini takdir aryan.
Aryan termenung. Ibu jari adel bergerak. Aryan melihat sekali lagi dan ternyata itu betul. Butang merah ditekan. Mereka sekeluarga melihat aryan. Aryan mengangguk.
Doktor Amanda masuk ke dalam wad tersebut dan melihat keadaan adel lalu senyum. Senyuman tersebut memberikan harapan kepada mereka semua.
"Alhamdulillah , Tengku Adelina sudah sedar" Mereka sekeluarnga mengucap syukur. Tidak lama kemudian mata adel terbuka. Aryan segera menghampiri adel. Tengku Nalicia mengalirkan air matanya.
"Sayang ... sayang abang dah bangun" Aryan mengusap muka adel. Adel duduk dari baringnya. Aryan memberikan segelas cawan yang berisi air kosong. Tekak adel dibilas dengan air. Adel melihat mereka semua. Tangisannya pecah. Aryan segera memeluk adel.
"Sa—sayang takut" Suara serak adel memenuhi wad tersebut. Tengku Arrel dan Tengku Arriz mengucap syukur dengan kehadiran adiknya semula.
"Abang ada dekat sini" aryan mengusap belakang badan adel.
*****
"Tengku Adelina sudah sedar" Seluruh rakyat dan keluarga diraja mengucap syukur dengan berita gembira tersebut. Tengku Aqash mengucap syukut sedalam-dalamnya. Cucunya sudah sedar , alhamdulillah.
"Kamu bertiga pergi ke Malaysia esok" Tengku Feya , Tengku Kayla dan Tengku Ratna mengangguk. Dari hari adel masuk ke hospital mereka sudah berniat ingin ke Malaysia namun mereka perlu menguruskan sesuatu.
"Kau rasa perempuan tu sedar tak dengan tindakan dia ?" Tengku Feya mengangkat bahunya manakala Tengku Ratna tidak tahu ingin membalas apa. Mereka bertiga mengeluh perlahan.
"Apa-apa pun adel dah sedar. That's good for us"
"Rakyat kita semua sedih ... apatah lagi nenda" Tengku Kayla mengangguk setuju. Sepanjang seminggu adel tidak sedarkan diri , telefon tidak lepas dari pegangannya.
"Kesian aryan" Mereka bertiga melenguh buat kali kedua. Tidak terfikir bagaimana perasan sang suami tersebut. Berkahwin tidak sampai setahun namun pelbagai dugaan dan cabaran telah dihadapi oleh mereka berdua.
Vote and comment
Done 💯✔️Hai guys ! Have this sad part and stay tune for next chapter. So how ? Is it enough for you guys ? Give this part lots of comments and next week I'll try publish 😼
Stay safe everyone , wears a mask and dont forget to use hand sanitizers 🥺💘
YOU ARE READING
Iloveyou Miss Mafia
Fiksi Penggemar[ COMPLETED ] HIGHEST RANKING : 13.3 #6 in siblings 15.4 #3 in puteri 20.4 #3 in evil 25.4 #2 in adel 15.9 #3 in adel 22.9 #18 in bahasamelayu 15.10 #1 in evil 18.10 #4 siblings Dia seorang gadis yang berkebolehan , bukan dari calang-calang ora...