MM20

4.1K 205 2
                                    

"Princess jangan lama sangat dekat markas . Nanti nenda cari" kata Tengku Arriz dari dalam kereta manakala adel berada di hadapan pintu markas . Adel mengangguk sambil bermain iphonennya , ada kemungkinan dia dengar dan kemungkinan tidak .

"Do you hear me princess ?" tanya Tengku Arriz dengan nada sedikit tegas.

Adel mengangkat mukanya lalu mengangguk. Dia lupa pula , abang-abang dia paling pantang cakap dengan orang yang tak pandang muka mereka . Macam kurang ajar .

Adel duduk di sofa dark blue sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam markasnya . "Alex , yang lain mana ?" tanya adel apabila hanya nampak alex seorang sahaja yang berada di ruang tamu markas itu .

"Mereka semua ada dalam bilik IT . Still tak dapat nak cari siapa yang nak try buka private account bos" kata alex lalu bangun untuk pergi ke bilik IT apabila sedar hanya dia dan adel yang berada di ruang tamu .

Adel turut bangun untuk pergi ke bilik IT . Masalah yang berat ialah mereka semua tidak dapat tahu lagi siapa yang cukup berani untuk buka private account Tengku Adelina Natrah sampai sekarang . Sudah dua hari mereka tidak dapat tahu .

Adel buka pintu bilik IT lalu menghempas pintu . Dia tak kesah yang pintu itu akan tercabut atau tidak . Yang dia kesah sekarang siapa orang yang nak buka private account dia .

"Tak dapat lagi ke ?" Adel berada di sebelah kerusi yang ada dalam bilik IT . "Tak" balas Nick.

Adel menghempaskan punggungnya ke kerusi itu lalu menyilangkan tangannya ke dada . Dia penat nak fikir siapa yang nak buka private account dia . Jenuh dia fikir selama dua hari ni . Tak dapat-dapat juga .

DW dan blackrose tak cari pasal dengan adel . Adel juga tak ada cari pasal dengan mereka . Jadi siapa ? Kenapa susah sangat nak cari jawapan . Fikir KBAT ke apa ? Huh serabut , itu yang adel rasa .Serabut.

"Gotcha!" jerit nick dan carl serentak . Adel terus mengalihkan pandangannya ke nick dan carl . "Siapa ?" adel mengangkat kakinya menuju ke komputer. "Dia guna nama samaran EB , mungkin group mafia ?" sangka nick sambil berfikir.

"Siapa ? EB ?" soal adel kepada semua ahli carmonara dan redkiller yang berada dalam bilik IT . Mereka semua turut berfikir siapa EB .

"Evilblack ?" teka veer . Dia cakap tak adalah kuat mana tapi cukup untuk adel dengar . "—Evilblack pun boleh . Cuba korang fikir E for evil and B for black . Satu-satu group mafia yang guna evil cuma evilblack je" sambung veer lagi . Kali ini dia beritahu kenapa dia sebut 'eb'.

Adel berfikir sebentar . Ada kemungkinan ya dan ada juga tidak . "Aku rasa evilblack . Like veer said. Tapi kenapa ?" soal adel kepada ahli redkiller yang berada di hadapan adel .

Carmonara yang tidak tahu apa-apa hanya dengar dan lihat . Diam . Tidak bercakap apa-apa pun kerana mereka tidak tahu apa-apa .

Mereka semua menjongketkan bahu tanda tidak tahu . Yelah , mereka tidak pernah berurusan dengan evilblack . Mereka tak bunuh orang sesuka hati macam DW . Tapi kenapa nak buka private account adel ?

"Mungkin orang besar evilblack ? Dia kenal kau , but kau tak tahu dia evilblack" Nick memberitahu apa yang terlintas di benak fikirannya sebaik sahaja dengar perkataan 'eb'.

Adel mengerutkan dahinya . Dia evilblack ? Dia nak buka private account aku sebab nak tahu aku dengan lebih terperinci . So means orang tu aku kenal lah kan ?

"Arghh stress" jerit adel kuat . Carmonara dan redkiller terkejut dengan jeritan adel yang bergema di bilik IT. Nick dan carl pandang sesama mereka . Mereka takut adel tidak dapat tahan kemarahannya .

"Nick , sekarang cari siapa EB tu . Malam ni juga aku nak . ASAP !" arah adel dengan matanya yang mencerlung memandang skrin komputer. Jari-jemari nick pantas melakukan kerja di keyboard komputer .

Adel keluar dari bilik IT diikuti Carl . "Kau balik pukul berapa ni ?" soal carl setelah melihat jam besar di markas mereka . Jam menunjukan pukul 4:30 petang.

Adel kilas sebentar jam yang berada di pergelangan tangannya lalu memandang Carl semula . "Aku nak balik lah ni . Kalau dah dapat terus call aku" kata adel seraya berjalan mengahampiri pintu markas .

Carl mengangguk ."Kau balik naik apa woi ?" jerit Carl . Adel jeling Carl lalu memakai snickersnya.

"Aku naik motorbike akulah" jawab adel sambil tangannya menekan butang punat untuk membuka garaj markas .

Adel membuka kasutnya sebelum memasuki istana . Dia memberi salam lalu masuk dan terus merebahkan badannya bersebelahan dengan Tengku Arriz. Dia melelapkan matanya dengan tangan yang memeluk bantal sofa .

Tengku Arriz melirik ke puteri kecilnya sedikit . Aik, apasal penat sangat budak ni ? Setakat tengok budak-budak tu je kot.

Tengku Arriz meletakkan jari telunjuknya ke hidung adel . Muka adel berkerut apabila jari telunjuk Tengku Arriz berada di hidungnya . Tengku Arriz yang melihat itu tersenyum gembira. Dia dapat kacau adik dia . Itulah moment paling bahagia , cehhhh.

Adel membuka matanya lalu terus memukul tangan Tengku Arriz . Lagi sikit dia nak pukul kepala Tengku Arriz . Tapi adel ingat pesanan mamanya

"Gaduh-gaduh tapi jangan main kepala"
Sampai ke sekarang ayat itu lekat di kepala adel dan juga dua orang abangnya .

"Hoi apa ni ?!" marah Tengku Arriz . Dia yang cari pasal dengan adel . Sekarang marah bila adel pukul tangannya . Dia tak tahu yang adel tengah penat . Lagi penat bila layan perangai abang dia yang satu ni .

"Angah yang cari pasal dulu . Adik penatlah" marah adel bersertakan rungutan . Mata dia yang kuyu dan tidak bermaya cukup membuatkan semua orang tahu yang dia penat . Tengku Arriz berasa kesian . Kesian pula dia lihat mata adel yang kuyu . Tambahan pula cuaca di Spain . Memang panas .

"Okay sorry . But tak baik tidur time asar-asar" Tengku Arriz berkata sambil melihat jam yang berada di istana . Mata adel menjadi segar apabila perkataan 'asar' lancar keluar dari mulut Tengku Arriz.

"Yelah angah . Bye" adel terus mengangkat kakinya untuk mendaki tangga utama istana . "Nanti malam jangan lupa . Atuknda nak cakap something !" jerit Tengku Arriz dari sofa yang di duduki adel sebentar tadi.

"Jangan turun lambat ! Turun cepat sikit" sambung lagi Tengku Arriz . Kali ini jeritannya lagi kuat supaya adel dengar.

"Yee angah" jerit adel kuat juga dari tangga ke-9 . Angah fikir aku tak dengar ? Aku dengar ok . Dekat tangga ke-9 sekalipun , tak bermakna aku tak akan dengar . Haihlah angah. Semua nak jerit. Sakit telinga adikmu ni woi.




































~Vote and comment~
Done✔️💯













So far now , okay ? Kalau tak okay , tak puas hati boleh lah comment siti sedia untuk tengok comment-comment korang (peace)

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now