Aryan bangun dari tidurnya dan perasan bahawa adel tiada di sisinya. Aryan segera keluar dari bilik tidur mereka. Aryan turun melalui tangga dengan laju tanpa berfikir panjang. Kelibat isterinya yang duduk bersebelahan Tengku Nalicia mengundang keluhan lega dari mulutnya.
"Aryan buat apa dekat situ ?" Soalan Tengku Eryna membuatkan aryan sengih malu dan membuatkan dia masuk ke biliknya untuk membersihkan diri.
Adel naik ke atas untuk mengejutkan suaminya namun bunyi pancuran air membuatkan adel tahu bahawa aryan sudah bangun. Adel membetulkan tempat tidur mereka. Rambutnya dilepaskan dan dibetulkan.
Sebaik sahaja aryan keluar dari bilik air , adel segera masuk ke dalam dakapan aryan. Aryan senyum dan membalas pelukan adel. Rambut adel diusap perlahan.
"Wangi"
"Mestilah , abang baru je mandi" Adel tidak melepaskan pelukannya. Tidak tahu mengapa tapi dia suka bau aryan sejak kebelakangan ini. Kenapa dengan hidungnya ?
"Sayang , bagi abang pakai baju dulu okay" Pelukan dilepaskan dengan berat hati. Adel duduk di katil sambil melihat aryan memilih baju.
"Sayang turunlah dulu"
"No no , sayang nak tunggu abang"
Mereka berdua turun ke bawah bersama-sama. Tengku Arriz melihat mereka dengan pandangan yang menjengkelkan. Dahinya dikerutkan apabila melihat adel tidak mahu berjauhan dengan aryan.
"Hello , bukan korang je pasangan dekat rumah ni" Tengku Arriz mencampakkan bantal sofa ke arah adel. Badannya yang terkena membuatkan dia menjerit kecil.
"Sakitlah angah !" Aryan melihat adel untuk memujuk adel namun adel sudah mengalirkan air matanya. Aryan mengusap tangan adel lembut.
"Sayang , angah awak nak gurau je dengan awak" Esakan kecil adel menjadi-jadi. Mereka semua yang berada di meja makan segera datang ke ruang tamu utama kerana esakan adel.
"Kenapa adik nangis ?"
"Eh girl , are you okay ?"
"Adel kenapa ryan ?"
Tengku Arriz dan aryan garu kepala. Aryan bingung dengan adel yang bertambah kuat tangisannya. Tengku Arriz lebih bingung. Dia cuma mahu bergurau namun adel menangis.
"Tak mummy , angah campak bantal tu then kena adik. Tup tup dia nangis. Kuat pula tu" Tengku Arriz melihat adel. Mata dan hidungnya yang merah mengundang rasa bersalah kepada Tengku Arriz.
"Tak—bukan sebab angah—adik cuma rasa-n—nak nangis" Adel memeluk aryan dengan tiba-tiba. Esakannya bertambah kuat. Aryan hanya mengusap belakang adel. Dia tidak tahu kenapa. Bertambah bingung aryan.
"Mummy smells something fishy"
"What mummy ?"
*****
"Dah kenapa tiba-tiba datang sini ?" Tengku Rayyan membuka pintu dan terjengul muka adik lelakinya. Aryan masuk tanpa melihat muka abangnya. Tengku Rayyan tahan gelak. Dah lama tidak mengusik adik lelakinya.
"Suka hati akulah" Aryan duduk di sofa tanpa mengendahkan muka Tengku Rayyan. Tengku Raulya segera berlalu ke ruang tamu apabila mendengar suara aryan. Matanya melilau untuk mencari adel.
"Kamu sorang je achik ? Mana menantu mama ?" Aryan senyum pahit sambil melihat muka Tengku Raulya yang tidak kesah dengan kehadirannya. Mama , anak kamu datang melawat ni. Tolonglah pedulikan saya walaupun sekejap.
"Menantu mama penat"
"Eh bukan hari ni dia cuti ke ?"
YOU ARE READING
Iloveyou Miss Mafia
Fanfiction[ COMPLETED ] HIGHEST RANKING : 13.3 #6 in siblings 15.4 #3 in puteri 20.4 #3 in evil 25.4 #2 in adel 15.9 #3 in adel 22.9 #18 in bahasamelayu 15.10 #1 in evil 18.10 #4 siblings Dia seorang gadis yang berkebolehan , bukan dari calang-calang ora...