Adel memasuki HPM . Kaki adel melangkah ke arah lift untuk berjumpa Tengku Adam. Apa sebab kena datang HPM pun adel tak tahu . Tiba-tiba sahaja Tengku Adam memanggil adel untuk datang ke HPM dengan segera.
"Kak sarah !" panggil adel . "Opocot mak kau pink" latah Kak sarah . Pen yang dipegangnya terpelanting jatuh ke lantai. Nabila yang lalu disitu juga ikut gelak . Kuat betul Kak sarah punya latah .
Adel juga turut ketawa. "Amboi . Bukan main galak lagi eh kamu gelakkan akak" kata Kak sarah dengan muka yang memerah. "So—sorry . Akak punya latah — hahahaha" adel sambung gelak lagi.
"Sudahlah tu . Orang tengok lah . Kamu ni kan" Muka Kak sarah serupa hendak marah . Yelah , disebabkan adel gelak ramai yang berkerumun di situ . Perasan dengan kehadiran ramai orang . Adel berhenti gelak.
"Asal dia Ada dekat floor ni ? Dia orang luar kot"
"Dia siapa sampai boleh ada dekat floor ni ?"
Banyak lagi kata-kata yang adel dengar dari orang yang berkerumun tadi . Adel memang akan sentiasa memakai masknya . Jadi orang yang berkerumun tadi tidak tahu bahawa orang yang gelak ini ialah anak Tengku Adam , Puteri ke-9 Spain.
Adel senyum . Tiada siapa nampak kerana adel memakai mask . Cakaplah . Aku tak adalah jahat mana sampai nak tengking orang yang cakap pasal aku . Mulut orang kita tak boleh tutupkan ? Lagipun mereka semua tidak tahu aku siapa .
Kak sarah menarik tangan adel untuk pergi ke mejanya. "Kamulah ni , tengok mereka semua dah cakap pasal kamu" Kak sarah kata seolah tak senang dengan sikap adel yang hanya senyap apabila diperlakukam begitu .
"Alaa , tak apa lah Kak sarah . Lagipun mereka mana kenal saya sebab saya pakai mask" kata adel untuk sedapkan hati Kak sarah .
"Hm yelah" Kak sarah tak mahu memanjangkan lagi tentang perbualan itu . Kak sarah tahu kenapa adel perlu datang ke HPM hari ini . Untuk diperkenalkan dengan pekerja Office HPM , beberapa doktor dan pemegang saham
"Eh adik" Tengku Adam tegur adel apabila perasan yang Adel berada di sebelah setiausahanya. "Daddy" adel menyalami Tengku Adam . Adel berdiri sebelah Tengku Adam. Tengku Adam melihat pemakaian adel . Blouse paras lutut yang berwarna purple , sepadan dengan warna kulit adel yang putih melepak.
"Daddy , kenapa adik kena pakai blouse ? Setakat pergi HPM je" bisik adel kepada Tengku Adam . Bertambah pelik kerana dia perlu berpakaian cantik .
"Jom" ajak Tengku Adam untuk berjumpa dengan semua pekerja dan pemegang saham yang sudah tunggu di bilik mesyuarat utama. "Pergi mana ?" adel pelik . "Adik kena jumpa semua pekerja dan pemegang saham . Mereka dah tunggu dekat bilik mesyuarat"
Adel tercengang . Nak tak nak dia kena pergi juga ."Open your mask , princess" arah Tengku Adam . Adel membuka masknya lalu menyimpan ke dalam sling bagnya.
Tengku Adam dan adel jalan serentak dihadapan manakala Kak sarah setia mengikut mereka dari belakang. "Nervous ?" Tengku Adam dapat lihat betapa nervousnya puteri kesayangannya yang satu ini.
"A little bit" adel bermain dengan jarinya . Bilik mesyuarat utama betul-betul dihadapan adel. Dia berhenti sebentar . Tengku Adam menyentuh bahu adel . "No need to worry . Just smile" pinta Tengku Adam sambil memberikan senyuman buat adel. Adel juga senyum.
Pintu bilik mesyuarat dikuak. Semua pekerja berdiri . Tengku Adam masuk dahulu bersama Kak sarah . "Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Adanya mesyuarat hari ini kerana saya hendak perkenalkan CEO baru bagi HPM" Tengku Adam beri ucapan dengan tenang.
"Dipersilakan , satu-satunya puteri sulung saya , Tengku Adelina Natrah" Adel masuk bersama senyuman hingga menampakkan lesung pipitnya.
Semua pekerja bertepuk tangan. Ada yang terkejut kerana orang yang mereka kata tadi adalah adel . Orang yang gelak dan orang yang tak patut ada dekat floor itu adalah adel. Adel perasan beberapa orang yang dia jumpa tadi terkejut. Adel melemparkan senyuman .
"Dia ni orang yang aku pernah jumpalah . Dia Puteri Spain ?" getus hati Kiara . Mata adel bertentangan dengan Kiara. Adel ingat lagi dengan perempuan yang perasan cantik . Tapi semua orang ada kecantikan sendiri , means semua orang cantik .
Kiara menjeling adel . Dia boss aku ke Puteri Spain ke , yang aku tahu aku tak suka dia . Dari pandangan mata dan jelingan sahaja , adel tahu bahwa perempuan itu tidak suka adel .
"My name is Tengku Adelina Natrah Park , one of Spain heirs . One and only princess Tengku Adam and Tengku Nalicia . I hope you guys can accept me . Thankyou" adel menundukkan sedikit badannya . Semua pekerja bertepuk tangan .
Adel undur setapak ke belakang untuk berdiri bersama-sama Tengku Adam. "You did well princess" bisik Tengku Adam. Adel senyum nipis .
Selesai sahaja di bilik mesyuarat utama, adel dan Tengku Adam keluar dari bilik mesyuarat utama dan terus menuju ke bilik mesyuarat yang menempatkan pemegang saham.
Mereka masuk dan terus duduk di meja yang bertentangan antara satu sama lain . Selama 2 jam Adel berada dalam bilik mesyuarat pemegang saham. "Tired ?" tanya Tengku Adam apabila mereka sudah sampai ke bilik kerja Tengku Adam.
Adel mengangguk seraya melabuhkan punggungnya ke sofa yang berada dalam bilik kerja Tengku Adam. "Adik datang sini dengan apa ?" tanya Tengku Adam.
"Keretalah" jawab adel ringkas. Adel menilik jamnya , 3:30 petang . "Oklah daddy , adik balik dulu . Adik nak kena singgah satu tempat" adel minta izin untuk balik dahulu.
Adel keluar dari bilik kerja Tengku Adam. Adel pergi ke meja Kak sarah . "Bye Kak sarah , saya balik dulu" pamit adel. "Oh mak kau" untuk hari ini sudah dua kali Kak sarah terkejut disebabkan kenakalan anak majikannya ini.
Kak sarah mengurut dadanya. "Ish kamu ni , suka sangat buat akak terkejut" Muka Kak sarah memerah. Adel sengih. "Yelah , hati-hati bawa kereta tu" balas Kak sarah . Adel mengangguk .
Sepanjang perjalanan untuk pergi ke lift , ada disapa dengan ramah oleh semua pekerja HPM. Pintu lift terbuka, adel masuk . Dalam lift itu hanya ada adel dan Kiara. Adel berdiri dihadapan manakala Kiara di belakang.
"So kau ni Tengku Adelina lah ?" soalan yang dilontarkan oleh Kiara tak boleh lagi bijak ke ? . Adel senyum sinis . "Aku dah bagitahu kan dekat bilik mesyuarat ? Takkan tak dengar kot ?" balas adel . Sinis.
Kiara bergerak ke hadapan . "Kau fikir kau Puteri Spain kau boleh buat apa-apa !?" suara Kiara sudah naik satu oktaf . Adel senyap . "Cakaplah apa yang kau nak . Asalkan—kau bahagia" tepat pintu lift dibuka, adel meloloskan dirinya secepat yang mungkin .
"Argh , dia fikir dia siapa !" Jerit Kiara . "-kau tunggu , kau akan menyesal sebab cakap macam tu dengan aku !" ujar Kiara penuh dengan dendam dan benci.
Vote and comment
Done 💯✔️Bab ni memang pasal adel sahaja . Siapa rindu aryan ? Angkat kaki ! (Smile)
YOU ARE READING
Iloveyou Miss Mafia
Fanfiction[ COMPLETED ] HIGHEST RANKING : 13.3 #6 in siblings 15.4 #3 in puteri 20.4 #3 in evil 25.4 #2 in adel 15.9 #3 in adel 22.9 #18 in bahasamelayu 15.10 #1 in evil 18.10 #4 siblings Dia seorang gadis yang berkebolehan , bukan dari calang-calang ora...