MM49

3.2K 172 11
                                        

Tengku Arriz yang sedang menunggu seseorang di Fiesta Café sedang bermain dengan iphonennya sementara menunggu kedatangan si dia.

"Arriz kan ?" Tengku Arriz mendongak lalu berdiri serta menghadiahkan senyuman. "Duduklah" wanita itu mengangguk. Boleh tak nak kata jatuh cinta pandang pertama ?

"Sorry lah ajak jumpa"

"Eh tak apa. Lagipun saya tak busy" Tengku Arriz senyum. Begitu juga wanita itu. Wanita itu melihat Tengku Arriz pelik. Tengku Arriz yang perasan akan pandangan wanita itu hanya senyum kelat walaupun wanita itu tak nampak.

"Nak tanya boleh ?"

"Tanyalah"

"Kenapa awak pakai mask ? Hari tu terserempak pun awak pakai mask. Awak ni siapa ?" Tengku Arriz menggaru keningnya yang tidak gatal.

Tengku Arriz membuka masknya perlahan-lahan. Wanita itu menekup mulutnya dengan tangannya. Reaksi yang sentiasa diterimanya sekiranya ada yang baru tahu.

"Tu—Tuan Putera" tergagap wanita itu melihat Tengku Arriz berada dihadapannya malah Tengku Arriz sendiri yang mengajaknya untuk keluar.

"Eh tak apa. Panggil macam biasa je" Tengku Arriz memakai maksnya semula sebelum ada yang perasan. Wanita itu mengangguk perlahan. "Tapi kenapa Tuan Putera —" tanpa sempat wanita itu ingin meneruskan percakapannya Tengku Arriz menggelengkan kepalanya.

"Tapi kenapa a—awak nak jumpa saya ?"

"Saya nak belanja awak makan sebab hari tu saya terjatuhkan barang awak"

"Eh tak apa. Hari tu kan awak tak sengaja"

"And saya nak kenal dengan awak" Wanita itu tergamam.

"Saya nak panggil nama awak apa ? Eryna ? Eryn ?" Cepat-cepat Tengku Arriz menukar topik apabila perasan yang wanita itu hanya mendiamkan dirinya. Mestilah terkejut bila Putera Spain nak berkenalan dengan orang biasa. Orang biasa ? Sudah tentu tidak...

"Eryn je"

"I will remember that nickname" gumam Tengku Arriz dengan perlahan sambil menatap muka Tengku Eryn yang sedang melihat pemandangan luar.

"Mummy , I think I already falling in love"

*****

"Ambil jelah yang ni"

"Mama suruh beli yang ni"

"I'm your brother kid"

"Ok BROTHER" Perkataan 'brother' ditekankan. Nak sangat kan ? Ha ambil tu perkataan brother. Aryan senyum kemenangan. Tengku Rayhana menjelingnya lalu meninggalkan aryan dibelakang.

"Eh adik tunggu" Tengku Rayhana menekup telinganya dengan tangannya lagak tak nak dengar dan berjalan ke hadapan. Tengku Rayhana berhenti ketika melihat tubuh badan yang amat dikenalinya.

"Kak adel ?" Tengku Rayhana melihat adel dari jauh. Baru sahaja Tengku Rayhana ingin menapakkan kakinya ke adel , dua lelaki menghampiri adel , serta merta langkah Tengku Rayhana berhenti.

Tengku Rayhana menyorok di bahagian skincare. "Siapa lelaki yang dengan Kak adel tu" Tengku Rayhana cuba untuk melihat adel dan twins , Carl dan Darl , lelaki yang dimaksudkannya.

"Kak adel kenal dorang ke ? Rapat semacam je" kata Tengku Rayhana ketika Darl mengusap kepala adel dan ketika adel memukul tangan Carl lembut.

Iloveyou Miss MafiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang