MM22

3.9K 219 5
                                    

Pagi itu , adel hanya mengenakan t-shirt hitam bercorak bunga-bunga rose dan di tuck in seluar jeans hitam . Adel turun ke bawah dengan membawa luggagenya.

Adel menapakkan kakinya ke ruang makan utama , apabila Aunty Erna sudah memanggilnya untuk bersarapan. Sampai sahaja di ruang makan utama , adel duduk di kerusi berhadapan Tengku Arrizz.

Tengku Arriz yang duduk di hadapannya mengerling sedikit melihat adiknya yang cantik . Lagi tambah cantik apabila adel mengikat rambutnya secara ponytail . Dia rimas pula nak lepaskan rambut dia hari ni . Lagi-lagi cuaca tengah panas , memang patutlah.

Selesai sahaja sarapan , adel duduk diruang tamu utama. Tengku Aqash dan Tengku Avella duduk dihadapan adel . Tengku Arriz pula duduk di sofa single yang bersebelahan adel .

"Nenda , atuknda ...." panggil adel . Adel harap sangat yang Tengku Avella tak akan menitiskan air matanya. Masa tahun lepas , adel nak balik Malaysia apabila sudah selesai kerjanya dengan carmonara , Tengku Avella nangis bukan main lagi . Adel pula rasa bersalah .

Tengku Aqash dan Tengku Avella pandang muka cucunya yang satu ini dengan senyuman nipis. Tengku Adelina lain daripada cucu-cucunya yang lain.

"Adik dah nak balik ni . Nanti sebelum pertabalan , insyaallah adik akan balik awal" kata adel bersertakan senyuman nipis. Dia dah terbiasa namakan diri dia dengan panggilan 'adik' . Maklumlah , anak bongsu Tengku Adam , manja dia , tak boleh cakap kalau dengan ahli keluarga . Cuba kalau dengan orang luar ? Sifat manja 100% hilang.

"Okay . Jaga diri , jangan lupa makan , jangan ikut sangat emosi kamu tu . Solat jangan lupa" Tengku Avella memberi nasihat kepada adel. Nak tak nak , adel dengarkan sahaja nasihat nendanya. Adel mengangguk serupa burung belatuk lagaknya.

Adel bangun lalu menyalami tangan Tengku Aqash dan Tengku Avella . Tengku Arriz juga pasrah mendengar nasihat nendanya . Dia juga balik ke Malaysia sama dengan adel . Dia boleh je uruskan syarikatnya dari Malaysia.

*****

"Achik ...... please ?" pujuk Tengku Artarlya Fisha Lee , kakak aryan . Tengku Artalya pujuk aryan dari telefon. Dia tidak boleh ambil adik bongsunya ; Tengku Rayhana Fisha Lee dari airport kerana dia sekarang sedang ada client .

Aryan fikir panjang . Dia sekarang ada dalam office dia . Dia tak busy , kerja pun dah habis . Emm bolehlah kalau aku nak ambil hana.

"Ye achik pergi ambil hana . Dia sampai pukul berapa ni ?"

"Dia dah sampai dah tu" kata Tengku Artalya dengan kuat . Aryan terus mengambil kunci kereta audi r4 yang berada di atas meja . Kereta aryan meluncur lalu dari ArLee Hotel.

Aryan mencari hana di Klia2 . Hana ni pun satu , telefon dia habis bateri. Macam manalah aku nak cari dia dekat Klia sebesar ni ? Ishhh . Aryan lari anak . Aryan menoleh belakang . Tanpa sedar aryan telah melanggar seorang perempuan.

"Eh miss , sorry"

*****

Keluar sahaja dari Jet peribadinya adel terus pergi ke Tealive. Satu minggu adel 'puasa' tealive. Terseksa tahu. Dekat istana nak minta dekat chef tu boleh , tapi nenda tak akan bagi sebab dia tahu adel terlampau obses dengan tealive .

Adel keluar dari kedai tealive dengan membawa luggagenya. Telefon adel tak habis-habis berbunyi . Redkiller semua mesti tengah cari adel . Dia keluar dari Jet peribadinya senyap-senyap tanpa pengetahuan nick .

"Bisinglah dia orang ni . Aku still dekat klia kot" kata adel sendirian geram . Dia nak sedut minumannya pun tidak tenang . Adel duduk di kerusi yang disediakan.

"Kau dekat mana ?!" terjah nick , tanpa salam . Adel menjarakkan telefon dari cuping telinganya. Nick bila dah gelabah macam ni , dia akan jerit . Orang tertelan mikrofon kan suka jerit , same like nick.

"Aku ada je dekat klia ni . Tunggu dekat tempat biasa . Nanti aku datang" adel meng-end call . Kalau tak , Nick akan membebel.

Adel bangun lalu mengambil luggage yang berada di sebelahnya. Airnya yang sudah habis dibuang ke dalam tong sampah yang berada di sisi kerusi.

Adel jalan ke arah keluar airport . Adel dilanggar seseorang dari belakang . Adel merungus perlahan.

"Eh miss sorry" orang yang melanggar adel meminta maaf . Adel bangun lalu menepuk-nepuk seluarnya. Disebabkan adel memakai seluar jeans , lagi satu adel jatuh masih di klia bukan di tempat parking , kalau di tempat parking mungkin seluar adel akan kotor.

"Adel ?" Orang yang melanggar adel mengetahui nama adel apabila adel bangun maka dia nampak muka adel . Adel mendongak apabila dengar suara garau menyebut namanya , malahan orang yang melanggarnya sendiri menyebut nama adel .

"Aryan ?" adel juga sama terkejut apabila tahu aryan lah orang yang melanggarnya. Tak habis-habis terserempak dengan mamat Korea ni .Tak ada orang lain ke yang boleh aku jumpa ? Bisik hati kecil adel .

Situasi yang sama , tapi hati kecil lagi satu berbicara lain. Dapat pun jumpa puteri Spain yang satu ni . Thank you Kak ! Kalau bukan disebabkan kau suruh aku ambil hana , mungkin aku tak akan jumpa adel , i love you 3000 Kak !

"Err , sokay" adel nak lari dari situasi ini . Sejauh mungkin dia nak elak dari aryan . Tapi dia tetap muncul , bagaikan bayang-bayang yang selalu mengejar.

"Sorry terlang—" Aryan tidak sempat menghabiskan ayatnya untuk minta maaf.

"Achik !" jerit hana beberapa meter dari tempat aryan dan adel berdiri. Serentak itu , adel dan aryan berpaling . Deruan nafas hana tidak teratur akibat dia lari sebentar tadi .

"Ambillah nafas dulu . Tak senonoh" perli aryan . Adel dan hana pandang aryan serentak . Apa yang tak senonoh ? Setakat nak tarik nafas je kot . Fikir  adel dan hana . Sama .

"Penat hana cari achik tahu" marah hana serupa tidak marah. Perasan akan adel dia terus melihat adel . Puteri Spain ke-9 yang selalu diminatinya berada di hadapannya . Bahkan adel sedang memandang hana .

"Tu—Tuan pu—puteri" gagap hana berkata sambil  senyuman yang tidak lekang di wajahnya lalu menundukkan sedikit badannya.

"Eh eh , janganlah" tegah adel . Dia puteri Spain , bukan puteri di negara yang dia sedang pijak . Jadi adel rasa segan . Tapi adel masih mempunyai kuasa walaupun dia berada di Malaysia.

"Tengku Adelina Natrah . Just call me adel" adel perkenalkan dirinya di depan hana sendiri sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat. Dari cara hana , dia tahu yang hana sedang nervous.

Hana pandang tangan adel . Dia pandang aryan yang berada di sisinya pula . "Boleh ke ?" soalan hana membuatkan adel geli hati. Apa yang tak boleh ? Dia pun manusia , daripada tanah juga.

Adel angguk sambil memberikan senyuman manis sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya . Aryan yang berada di situ juga , tidak lari dari memandang adel.

"Tengku Rayhana Fisha , hana" senyuman manis dilemparkan buat Puteri Spain yang diminatinya . Adel dan hana saling berjabat tangan dan saling berkenalan antara satu sama lain.

"Oh , I gotta go . Nice to meet you hana" adel mengerling jam tangannya apabila terasa sudah lama dia berada di hadapan adik-beradik Lee. Adel memberikan senyuman yang cukup manis buat si hana . Adel dan aryan sempat bertentang mata . Adel hanya senyum nipis apabila matanya dan aryan 'terserempak'.

Aryan senyum gembira. Alahai ... comelnya puteri sorang tu . Bukan main gembira lagi aryan apabila mata mereka bertentangan. Apatah lagi dia dapat lihat kedua lesung pipit Tengku Adelina Natrah . Bahagianya aku hari ni !.



























Vote and comment
Done ✔️💯
















Senyap-senyap eh aryan pandang adel ? Panahan cinta ke ?

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now