MM62

3.2K 182 9
                                    

Kapas yang sudah dipenuhi dengan darah diletakkan ke dalam bekas disebelahnya lalu adel menutup semula baju tidurnya yang diselak. Rasa sakit yang amat ditahan. Adel turun ke bawah dengan lift untuk pergi ke dapur. Haus.

Tengku Arrel dan Tengku Arriz yang sedang melihat movie di skrin besar dihiraukan. Tengku Arrel melihat Adel dari ekor matanya. Ye , Tengku Arrel baru keluar dari hospital semalam.

'Kenapa adik pegang perut dia ?'

Tengku Arrel masih melihat Adel dalam diam. Tangannya mengetuk lengan Tengku Arriz namun tiada respon dari adik lelakinya.

"Angah"

"Hm..."

"Kenapa dengan adik?" Tengku Arriz turut melihat adel. Adel yang sedar akan pandangan kedua-dua abangnya menelan air liur. Dia serang Dragon tanpa pengetahuan abang-abangnya. Sah-sah kena kejap lagi. Kena marah.

Adel baru sahaja ingin menekan lif namun terbantut dek namanya dipanggil oleh Tengku Arrel. Adel duduk bersebelahan Tengku Arrel. Mukanya yang sedikit berkerut apabila ingin duduk mengundang persoalan di minda Tengku Arrel dan Tengku Arriz.

"Adik okay ?" Adel senyum kelat. Muka Tengku Arrel dan Tengku Arriz dipandang silih ganti.

"Okay je , kenapa ?"

"Yeke ? Macam tak je"

"Be—betullah" adel mengetap bibirnya kuat. Mereka tiga beradik memang tak reti menipu nanti mulalah gagap. Macam adel sekarang. Tengku Arrel simpan senyum. Nampak sangat ada benda yang adik dia sorokkan.

"Kenapa dengan perut tu ?" Adel senyap dan menundukkan kepalanya. Tidak mahu bertentang mata dengan Tengku Arrel.

Buk!

Satu tumbukan dilepaskan ke Tengku Arriz ketika dia cuba untuk menyelak baju tidur adel di perut. Tengku Arrel gelak. Muka adel berubah cemberut , mulutnya dimuncungkan.

"Angah tak guna !"

"Sakitlah woi" Adel menjeling Tengku Arriz manakala Tengku Arrel melihatnya tajam.

"I ask you again , what's wrong with your stomach?"

"Adik kena tikam dengan Dragon" kata-kata adel membuatkan Tengku Arrel segera melihat kesan tikaman tersebut. Darah yang masih mengalir keluar dan tembus dari kain anduh membuatkan adel mengeluh perlahan.

"Kenapa tak pergi hospital ?!"

"Malas" Tengku Arrel dan Tengku Arriz melihat adel tajam. Adel membatukan dirinya. Tengku Arriz mengambil kotak peti kecemasan yang disediakan lalu diserahkan kepada Tengku Arrel.

Tengku Arrel membersihkan luka itu serta membalut semula luka tersebut dengan menggunakan kain yang baru. Adel hanya mampu menahan sakit tikaman tersebut. Tengku Arriz memegang tangan adel.

"Kenapa serang Dragon ?"

"Sebab dia memang layak" Tengku Arriz melihat Tengku Arrel dan Adel. Ting ! Dia rasa dia tahu kenapa adel serang Dragon.

"Angah tahu kenapa adik serang Dragon" Tengku Arrel mengalihkan pandangannya ke Tengku Arriz pula. "Kenapa ?" Adel menggelengkan kepalanya ketika Tengku Arriz melihat adel namun Tengku Arriz dan blurnya tidak dapat dipisahkan.

"Sebab alongkan kena serang dengan Dragon. Princess kita ni mana boleh tengok orang yang dia sayang kena serang dengan musuh dia. Lagi nak kena yang serang tu Dragon , sahlah princess turun padang"

Dengan bangga Tengku Arriz kata. Kata-kata yang tepat itu membuatkan Tengku Arrel melihat adel yang sedang menundukkan kepalanya.

"Adik"

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now