MM60

3.2K 162 7
                                    

Adel keluar daripada kereta yang dipandu oleh Amir dengan tergesa-gesa. Amir dan Nick tak sempat untuk mengejar adel. Adel memecut laju untuk sampai ke wad Tengku Arrel.

Adel membuka wad VVIP dengan perlahan. Mereka yang berada dalam wad melihat pintu yang terbuka. Sebaik sahaja masuk ke dalam wad , air mata adel sekali lagi jatuh. Begitu sayang adel kepada abangnya.

Tengku Arrel senyum nipis dengan bibirnya yang pucat. Adel berjalan ke arah Tengku Arrel dengan esakan tangisnya yang perlahan.

"Sksksk ... along jahat" Tengku Arrel mendepakan tangannya dan adel langsung memeluk Tengku Arrel. Tengku Adam dan Tengku Nalicia gembira melihat mereka berdua.

"Sakit ?" Soal adel dengan polos. Tengku Arrel melihatnya tajam. "Sakitlah mesti , apalah adik ni" adel melihat Tengku Arrel. Tengku Arrel melihat adel. Mesti dia ada niat jahat ni.

Adel menepuk luka Tengku Arrel perlahan lalu berlari pergi ke belakang Tengku Nalicia. "Adik !!" Adel hanya senyum bangga. "Adik sini !!" Jari telunjuknya dihalakan ke adel.

"Kalau adik tak nak along nak buat apa ? Along tak boleh berjalan kalau tak berlaku pendarahan"

"Biarlah kalau berdarah sekalipun asalkan along dapat pukul adik" kata Tengku Arrel dan ingin bangun dari duduknya.

Tengku Adam dan Tengku Nalicia menggelengkan kepala. Tadi bukan main nangis lagi , sekarang bergaduh pula.Alice hanya gelak melihat gelagat dua beradik dihadapannya.

"If berlaku pendarahan , adik akan pastikan adik yang akan jahit balik luka along tu" adel senyum jahat. Dia dah bayangkan nak jahit senget-senget dekat perut Tengku Arrel , mesti cantikkan ?

Tengku Arrel segera berhentikan niatnya untuk bangun. Dia mula baring dari duduknya. Sakit yang menyengat ditahan. Adel duduk bersebelahan katil Tengku Arrel.

"Along tak nak bangun ke ? Tak nak kejar adik ke ?" Sungguh adel rasa waktu itu merupakan hari bahagia kerana dia dapat mengejek alongnya tanpa diejek semula.

"Adik" Adel menoleh melihat Tengku Nalicia lalu sengih. Tengku Arrel menjelirkan lidahnya ke adel. Adel mengangkat tangannya seolah-olah ingin memukul tempat luka Tengku Arrel.

"Maaf-maaf" adel mengangguk puas. Puas dengan kata maaf Tengku Arrel. Tengku Arrel menjeling Adel.

"Along , adik nak pinjam kak alice bye"

"Eh tak boleh"

"Okay thank you along" adel keluar bersama Alice. Alice hanya senyum. Dia tak kesah pun kalau nak kena ikut adel. Lebih tepat , adel mesti akan tanya tentang kejadian tersebut.

Adel membawa Alice masuk ke dalam pejabatnya. Alice kagum melihat pejabat adel yang bertemakan putih. Adel dan Alice duduk di sofa yang disediakan.

"Kak alice , adel nak tanya boleh"

"Untuk adik akak semua boleh" Adel senyum. Maklumlah , alice hanya ada abang dan dia sendiri sudah menganggap adel seperti adiknya.

"Siapa yang serang along ?"

"Dragon" Balas alice tanpa teragak-agak. Adel mengemam bibirnya sekuat yang mungkin. Adel menutup matanya buat seketika , alice yang melihat keadaan adel terus beralih duduk bersebelahan adel lalu mengusap belakangnya perlahan. Dia sudah tahu akan sisi adel.

Iloveyou Miss MafiaWhere stories live. Discover now